BERKORBAN APA SAHAJA SEPMENA AIDIL ADHA
>> Saturday, September 2, 2017
KELMARINi umat Islam di seluruh dunia menyambut kethadiran hari raya Aidil
Adha atau Hari Raya Haji, atau Hari Raya Korban sempena dengan ketibaan 10
Zulhijjah 1438 [1 September 2017] yang tiba setiap tahun sejak ratusan tahun yang lampau, dan seterusnya selagi dunia terus
berkembang.
Tidak seperti biasa, hari kelmarin kami tidak ke mana
mana selain dari sebahagian daripada keluarga kami mengurus penyembelihan
haiwan korban yang dilakukan oleh keluarga di tempat yang terletak beberapa
kilometer dari rumah kami di Pasir Tumboh.
Kebetulan kelmarin hari Jumaat. Tidak lama selepas
solat Jumaat, hujan mulai mencurah curah turun dengan lebatnya dan disertai
oleh guntur bergemuruh membelah langit yang meletus berpanjangan.
Justeru rancangan untuk bersilaturahim terpakasa
dibatalkan kerana hujan terus berpanjangan sampai ke petang hari.
Daging daging korban itu selain daripada dimakan, dibuat
jamuan juga diedarkan kepada para kenalan untuk sama sama menikmatinya.
Berkorban pada hari Aidil Adha ini mengingatkan kita
kepada beberapa faktor berkaitan tentang harta benda yang dibelanjakan untuk membeli
daging korban itu yang sangat besar ertinya kepada orang Islam.
Terutamanya ia mengingatkan kita bahawa wang ringgit,
dan harta benda malah apa sahaja yang ada di tangan kita adalah milik dan kepunyaan
Allah, Tegasnya ia bukan milik mutlak kita, tapi milik Allah; ia merupakan
amanah dan ujian dari Allah untuk kita hamba hamba Nya.
Justeru itu sebarang perbelanjaan yang kita gunakan
walau sekecil mana sekalipun,akan mendapat ganjaran dari Allah. Malah ia
merupakan pelaburan kekal yang terbesar, iaitu pelahuran akhirat yang dijamin tidak akan
rugi buat selama lamanya, malah akan mendapat pemulangan yang berganda ganda.
Pembaziran dalam menggunakan wang ringgit atau harta
benda dengan sewenang wenangnya merupakan salah satu kesalahan besar di sisi Allah
SWT. Allah menyifatkan orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan
yang terkutuk.
Membazir adalah amalan yang tidak berfaedah, tidak
memberi manfaat atau tidak berguna dari segi ruhani dan jasmaninya, malah boleh
membinasakan diri sendiri dan merusakkan
amalan amalan diri,
termasuklah dalam perkara perbelanjaan bejat yang digunakan untuk menjatuh,
menurun atau memusnahkan orang lain yang tidak wajar sama sekali dilakukan
berdasarkan hasad dengki dan iri hati yang berkobar kobar dalam dada. Sebaliknya segala rezeki yang Allah SWT kurniakan itu hendaklah diseliajagakan dengan sebaik baiknya supaya sentiasa berkembanga mewangi.
Seiring dengan itu bersifat bakhil, kedekut, atau
tangkal jering juga merupakan amalan yang terkutuk dan keji yang perlu dijauhi.
Mengumpul dan menyimpan wang dan harta benda, semata mata untuk tujuan dan
kepentingan diri sendiri, apa lagi untuk tujuan yang bejat, akan menerima
kutukan dari Allah SWT.
Mak Long
Kita juga hendaklah sentiasa ingat bahwa wang ringgit dan harta benda yang ada dalam jagaan kita itu adalah kurniaan Allah, tegasnya ianya semata mata hak Allah, justeru itu Allah boleh mengambil baliknya bila bila masa sahaja dengan aneka cara yang telah ditakdirkannya untuk berlaku, sebagaimana Allah SWT boleh mengambil nyawa kita bila bila masa dan dengan apa cara sahaja mengikut ketentuan Nya.
Lagi pun semuanya akan kita tinggalkan nanti bila
ketentuan ajal telah tiba, tidak ada suatu pun yang akan ikut bersama kita,
kecuali segala amalan amalan yang kita tunaikan semasa hayat di dunia yang fana
ini untuk dipertimbangkan, dinilai oleh Allah yang akan memberi imbalannya
nanti. Semoga kita berbahagia, dan harta benda yang kita belanjakan untuk jalan
yang diredhai Allah itu akan turut memberi sumbangan bakti yang berfaedah
kepada ketentuan nasib kita itu nanti.
Gemulah Kak Doh
Tulisan singkat ini diakhiri dengan ingatan terhadap pemergian abadi dua orang kakak tercinta yang masih lagi terasa menguggat perasaan dan hati. Kedua dua mereka yang pergi mendului kami itu ialah Mek Mek Jah atau Mak Long [Khadijah] dan Kak Doh atau Cik Dah [Zubaidah]. Semoga Allah cucuri limpahan rahmat ke atas keduanya.
FOTO FOTO AIDIL ADHA
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.
1 comments:
Selamat hari raya qurban.
Post a Comment