MEMORI PRU EMPAT BELAS 2018

>> Friday, May 11, 2018






MEMORI PRU EMPAT BELAS 2018


Tulisan singkat ini hanya sekadar catatan bahawa PRU 14 telah disempurnakan hari ini, Rabu 9 Mei 2018 bersamaan dengan 23 Syaaban 1439 serta diringi oleh beberapa keping foto sebagai kenangan.
Dr.Mahathir menghadap DYMM SPYDA untuk mengangkat sumpah jawatan  


Ia lebih merupakan sebuah catatan keluarga  berhubung dengan PRU 14 untuk menjadi sesudut kecil dari rangka rakaman sejarah tanah air yang besar itu.





Baru sampai untuk mengundi





Kami sekeluarga berempat, saya, anak saya Noorbaiti Zaini, suaminya Safayi bin Fa, dan anak kami Ahmad Faris Zaini yang mengaggahkan diri balik memandu kereta bersama dengan keluarganya dari Parit Perak sehari sebelumnya semata mata untuk mengundi.

Dua orang anak saya lagi, Arham Zaini menggundi di Selangor, sementara seorang lagi Ahmad Syaibani Zaini mengundai di Kuala Krai, sementara isterinya Emmy mengundi di Pasir Mas. Justeru selepas mengundi di Kuala Krai mereka bergegas menuju ke Pasir Mas pula.

Kami turun dari rumah di Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh jam lebih sedikit pukul lapan pagi  untuk berkereta  ke tempat mengundi di SK. Kebangsaan Gong Dermi kira kira empat kilomerter sahaja jaraknya. Kami bertolak awal untuk mengelak daripada bersesakan di jalanan dan di tempat mengundi andainya kami pergi lewat.

                                                  Selepas mengundi

Sememangnya sejak semalam lagi jalan jalan besar di seluruh Negeri Kelantan telah jam atau tersumbat, antaranya Jalan Kuala Krai ke Kota Bharu. Jalan Kuala Krai ke Tanah Merah, Jalan Tanah Merah ke Pasir Mas, Jalan Pasir Mas ke Kota Bharu, dan Jalan Kota Bharu ke Pasir Puteh semuanya tersumbat kerana pilihanraya.





Namun begitu, bila kami sampai, tempat parkir kereta di sisi jalan tempat pusat mengundi SK Gong Dermi itu telah penuh sepanjang kiri kanan jalan, dan kami terpaksa berpusing dan menunggu untuk memperolehi parkir kosong. Nasib baik tidak lama.

Pengundi wanita









Bila kami masuk ke kawasan sekolah tempat membuang undi, orang orang yang hendak mengundi pun telah agak ramai, dan telah berbaris mengikut saluran yang telah ditetapkan. Untuk memeriksa nama dan nombor pengundi, dan saluran megundi dalam buku pengundi SPR hanya mengambil masa yang singkat sahaja.

Bersiap untuk bertolak mengundi di Kuala Krai

 

Kami terus beratur mengikut barisan di saluran yang telah ditetapkan. Ada kira kira dua puluh orang, sedang menunggu giliran mereka. Namun begitu, ada juga seorang dua lelaki yang datang kemudian, memotong barisan dengan melangkah ke hadapan, dan ini berlaku kerana kurang berhemah.



                               Para pengundi sedang masuk ke tempat membuang undi


Setelah menunggu kira kira setengah jam lebih sedikit, maka tibalah giliran saya. Anak anak saya semuanya berada di saluran yang lain. Saya bernasib baik  memperolehi sebuah kerusi kosong untuk duduk menunggu giliran itu.



                                   Seorang pengundi sedang disorong ke tempat menggundi


Saya bertemu dengan beberapa orang rakan rakan sekampung, Padang Bongor yang kami sering bertemu di madrasah di masa masa yang lalu. Walaupun nama mereka telah saya lupa tapi wajahnya masih saya cam. Salah seorang daripadanya, Imam Masjid, setelah melihat saya duduk dikerusi beliau lalu menawarkan kepada saya untuk duduk di atas kerusi roda untuk membolehkan saya masuk mengundi dahulu dengan alasan tidak sihat. Tapi saya menolak mengatakan saya masih mampu berjalan.

              Jari bercelup tanda sudah mengundi
 

Kira kira setengah jam labih menunggu tibalah giliran masuk memangkah. Selepas itu bila semuanya selesai menjalan tanggungjawab masing masing, kami bertolak pulang.

Keputusan pilihanraya seluruhnya baru diumumkan keeskoan harinya, Khamis 10 Mei 2018, di mana Kerajaan Pusat telah jatuh ke tangan pembangkang, dan demikian juga beberapa buah negeri telah direbut oleh pembangkang.



                               Orang berdiri menunggu gilirfan


UMNO dan Barisan Nasionalnya buat pertama kali telah kecundang dalam pilihanraya yang telah diadakan sejak tahun 1955 yang lalu. Pada waktu ini UMNO teletak di bawah kepimpinan Datok Sri Najib bin Tun Abdul Razak.

Sekian sekadar catatan dan memori hari bersejarah PRU 14 tanpa pandangan dan sebarangan ulasan tentangnya.

Semoga negara Malaysia sentiasa maju, makmur, aman dan jaya dan diperintah dengan adil dan saksama.



Lorong Masjid al Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Ppasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.


Khamis: 10 Mei 2018
24 Syaaban 1438.






0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP