Belasungkawa Untuk Yg. Dikasihi

>> Monday, October 11, 2010


Bersama kawan [kanan]

Belasungkawa.............Innalilahi Wainailahirajiun

DUA tiga hari yang lepas, saya dan anak saya dan isterinya masuk ke kedai menjual pakaian di Kota Bharu. Salah seorang daripada pembantu kedai itu melayan kami. Kami telah biasa dengannya sejak berbelas-belas tahun yang lalu, kerana kedai itulah salah satu daripada kedai yang menjadi tumpuan kami bila kami ingin mencari sesuatu bahan keperluan yang kami perlukan yang ada dijual di situ.

“Ehhhh. Tak perasaan, “ kata pembantu kedai itu bila melihat saya, lalu menepuk-nepuk bahu saya dan berkata, “minta maaflah, ya?”.

“Tak apa! Tak apa!” balas saya sambil menyapu-nypau belakangnya dengan tangan kanan saya.

“Seorangkah”. Dia bertanya sambil mata mencari-cari dalam kedainya mencari jawapannya sendiri.

“Tidak, bersama dengan anak dan menantu saya. Tu!”. Jelas saya sambil menunjukan ke arah anak saya dan isterinya yang sedang memabelek-belek baju yang tersangkut dalam kedai itu.

“Tapi mana Kak Wannya?”. Dia bertanya. Yang dimaksudkan Kak Wan itu adalah Allahyaramah isteri saya.

“Dah tak ada?” Balas saya.

“Tak ada?” Dia bertanya balik dengan nada terkejut.”Bila?”.

“Dah setahun lebih dah!”. Jawab saya.

“Sakit apa?”. Tanyanya lagi sambil merenung muka saya.

“Tak sakit apa-apa pun”, jawab saya.

“Tak sakit apa-apa”, dia mengulang-ngulangnya. “Kalau begitu memang sudah sampai masanyalah”.

Kami menyepi. Kemudian dia menyambung, “Saya masih ingat lagi kali terakhir dia datang ke kedai ni”.

Saya pun masih ingat, waktu itu saya berada di kedai seberang jalan untuk membeli buku. Bila saya sampai ke kedai itu, isteri saya sudah pun keluar, berada di kaki lima kedai, dan kami bersama-sama berjalan di kaki lima bangunan itu meneruskan perjalanan menyusuri kaki lima untuk pergi ke kereta yang diparking tak berapa jauh dari situ.

“Sabarlah,” Dia menasihati saya. Maaf nama pemabntu kedai itu telah saya lupa.

“Demikianlah hidup ini.......bila tiba masanya semua orang kena pergi. Tak ada siapa yang kekal”.Sambungnya lagi.

“Yalah” jawab saya.

Bila melihat anak saya tidak ada urusan lagi, saya mengosok-gosok bahunya sambil berkata, “Maaf ya, saya pergi dahulu. Terima kasih”.

“Sama-sama. Kalau ada masa jumpa lagi, ya”. Katanya. Kami pun terus melangkah keluar dari kedai itu.

Saya teringat. Dua hari sebelum itu, ketika saya berdiri untuk melintas jalan di depan pasar lama di tengah-tengah bandar KB, seorang lelaki berhenti betul-betul di hadapan tempat saya berdiri dan bertanya, “Nak ke mana ni?”.

Kami bersalaman. Lelaki itu seorang pejual nasi di sebuah kedai nasi di tengah-tengah bandar KB ini. Kedai nasi itu adalah salah satu daripada kedai nasi yang menjadi pilihan kami pada masa-masa yang lalu.

Belum sempat saya menjawab dia menjelaskan dia pergi parking kereta, dan hendak pergi ke kedainya tak jauh dari situ.”Hari ini, orang baru terima gaji. Parking payah. Kena letak jauh sana”. Dia menjelaskan tanpa diminta.

“Eh mana Mak Sunya?”. Dia menanya saya lagi, walapun pertanyaannya tadi belum sempat saya jawab dan yang dimaksudkan dengan Mak Su itu ialah Allahyarham iasteri saya,Asiah. Seingat saya, tidak ada orang yang memanggil isteri saya dengan panggilan Mak Su, kecuali dia.

Bila saya jelaskan isteri saya yang dipangil Mak Su telah kembali ke rahmatullah, seperti orang lain juga dia terkejut dan akan bertanya apakah penyakitnya. Dan seperti selalu, saya pun menjawab tak sakit apa-apa.

Demikinalah setiap orang yang saya temui, yang masih belum mengetahui tentang perihal pemergian isteri saya yang sudah berusia lebih dari setahun, akan bertanya mana Yah, mana Kak Yah, mana Mak Cik Yah dan mana Asiah?. Dan seperti biasa juga mereka akan bertanya apakah penyakit yang membawa kematiannya?

Seperti biasa saya beritahu bahawa isteri saya tidak sakit apa-apa. Saya keberatan untuk menceritakan latar belakang kematian isteri saya, walaupun tidak ada apa-apa penyakit, tapi ada seikit kaitan dengan buatan khianat orang yang iri hati terhadap kebahagian hidup kami. Dia telah menggunakan syaitan terkutuk untuk mengkhianati kami sekeluarga.

Kami berdoa semoga Allah memberikan balasan yang setempal terhadap sesiapa sahaja yang telah mengkhianati kami dan merampas kebahagian kami....yang semuanya berlaku dengan izin Allah.

Demikianlah sesiapa sahaja, bila bertemu dengan saya yang masih belum mengetahui tentang kematian isteri saya, walaupun setahun lebih telah berlalu akan bertanya, mana isteri saya, kerana selalunya mereka melihat kami sentiasa bersama-sama ke mana sahaja kami pergi- saya dan isteri saya jarang bersendirian. Bila melihat saya sendirian, maka sudah tentu menjadi tanda tanya kepada mereka?

Sebenarnya sampai ke hari ini kami masih lagi menerima panggilan-panggilan telefon memberitahu mereka masih terkenang-kenangkan isteri saya dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraannya. Mereka tidak dapat melupakan kebaikan, keramahan dan kemesraan isteri saya ketika bersama dengan mereka.

Dan yang terbaru, anak saya mememberitahu ada sahabat-sahabat kami di seberang laut menelepfn memberitahu mereka masih terkenangkan Mamanya dan tidak dapat melupakan Mamanya. Mama terlalu baik buat mereka. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atasnya.

Saya sebak mendengar cerita itu. Kesayuan bergayut di hati. Kenangan mengetar perasaan dan mengocak jiwa.

Ini membuat saya membuka telefon bimbit saya dan melihat dan membaca khidmat pesanan ringkas [SMS] yang kami terima dari rakan-rakan yang tidak dapat berkunjung ke rumah pada hari kematian itu. SMS itu masih saya simpan tanpa dipadam-padamkan sebagai kenangan.

Ini tidak termasuk saudara mara, sahabat handai, dan kenalan yang begitu ramai berkunjung ke rumah selepas pemergian isteri saya ke pangkuan Ilahi. Ya Allah cucurilah rahmat ke atasnya.

Saya membaca semula sebahagian daripada SMS itu, di antaranya:

Khabar Untuk Semua:

“SMS ini datang dari seorang saudara yang prahtin, dia memberitahu semua rakan dan kenalan bila mengetahui isteri saya dimasukkan ke wad kecemasan di KK. Waktu itu isteri saya sedang menjalani pemeriksaan di wad kecemasan hospital tersebut. [Rabu 1 Julai 2009]. Dia memohon kepada semua mereka yang mendapat berita itu supaya berdoa kepada Allah untuk ksejahteraan isteri saya yang dikenali dengan panggilan S. Asiah di kalangan mereka”.-S.A.

Kehilangan Tak Berganti

“Sambutlah salam kasih mesra daripada kami. Kami merasa amat sedih dan terharu mdengar berita S. Asiah yang dikasihi telah kembali ke rahmatullah. Kami berdoa semoga Allah menempatkannya di kalangan orang-orang beriman dan diredaiNya. Kami sayangkan anda semua demi Allah. Berbanyak-banyaklah sabar. Kami amat menyayanginya. Kami akan merasa kehilangannya buat selama-lamanya”.SAZ.

Innalillahi Wainailahirajiun

“Innalillahi Wainailahirajiun. SMS ini memberitahu berita sedih kematian isteri saya di Hospital Kuala Krai itu telah dihebahkan kepada semua sahabat dan rakan jauh dan dekat. Beliau meminta semua mereka berdoa kepada Allah untuk Allahyarhamah dan semoga Allah menempatkan rohnya di tempat yang mulia di kalangan para aulia yang dikasihi Allah”. SA.

Doa ditempatkan di kalangan para aulia

“Assaamualaikum kami ucapkan. Kami ucapkan takziah atas kematian S. Asiah secara mengejut. Didoakan semoga Allahyarahmah ditempatkan di kalangan para aulia Allah dan di kalangan para suhada yang diredaiNya”.SM

Sabarlah

“Assamualaikum. Kami ingin menyampaikan ucapan takziah di atas kehilangan isteri yang tercinta. Ya Allah tempatkan beliau di kalangan para aulia Allah yang diredaiNya. Bersabarlah menerima ujian Allah. Amin”. Saj.

Tak Akan Sama Lagi

“Saya dapat merasa kesedihan yang ditanggung. Saya merasa amat sedih dengan kehilangan S. Asiah. Saya dapat merasakan bagaimana sedihnya anda menerima ujian ini. Saya berdoa kepada Allah, yang amat pengasih dan penyayang suapa S. Asiah ditempatkan di tempat yang mulia di sisi Allah.

“Saya harap anda dan keluarga anda bersabar menerima ujian Allah ini dan menerima takdir yang telah ditetapkan oleh Allah ini dengan reda dan tenang. Saya sedar adalah amat sukar untuk berbuat demikian, dan keadaan tidak akan sama lagi tanpa orang yang dikasihi di samping. Namun begitu kita masih memiliki sahabat handai, guru yang mulia dan juga Allah yang sentiasa bersama dengan kita.

Didoakan semoga Allah menempatkan Allahyarmah di kalangan orang-orang yang beriman dan diredaiNya, dan dikurniakan ketenangan kepada anda yang telah kehilangan orang yang amat anda kasihi.

Hati saya amat terharu dan penuh dengan kesedihan dengan kehilangan orang yang anda kasihi itu. Terimalah ucapan takziah yang tulus iklhas dari kami. Amin”.SKh.

Doa Kebahagiaan

“Saya mengangkat kedua belah tangan berdoa kepada Allah Taala untuk kebahagian anda dan keluarga anda yang dikasihi. Sambutlah salam takziah di atas kehilangan orang yang anda kasihi daripada saya dan keluarga. Ya Allah cucurilah rahmat ke atasnya”.STk.

Merasa Sedih

“Kami baru mendapat berita tentang kehilangan orang yang anda kasihi. Kami merasa amat sedih dengan kehilangan itu. Terimalah ucapan takziah dari kami.SFC

“Allah Cucuri Rahmat

“Assamualaikum. Sambutlah salam takziah daripada kami sekeluarga di atas kehilangan orang yang anda kasihi. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan reda ke atasnya, dan menempatkannya di kalangan para suhada dan para aulia Allah yang dikasihiNya. Maafkan kami kerana tidak dapat menyertai majlis pengebumiannya. Hati kami sentiasa bersama anda dan keluarga anda. Semoga Allah mengurniakan anda dan keluarga anda dengan penuh kesabaran menerima dugaan ini dengan tenang dan reda”. Darpada.Z

Semoga Allah Megampunkannya

“Kami doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan aulia Allah. Semoga anda semua meredakannya dan berada dalam kadaan aman Insyallah. Maaf tak dapat hadir di majlis pengebumian. Salam kasih sayang dan reda”.SO

Mengharap Kelembutan Allah

“Saya ucapkan takziah di atas meninggalnya orang yang anda kasihi. Semoga kelembutan Allah mencucuri Allahyarhmah, anda dan keluarga anda”.SH

Semoga Ditempat Di kalangan KekasihNya

“Sambutlah salam daripada saya serta keluarga, Dengan penuh rasa sedih dan tawadhuk saya ingin menyampaikan salam takziah di atas kembali ke rahmatullahnya orang yang anda kasihi. Semoga roh Allahyarhmah ditempatkan di kalangan hamba yang beriman dan amat dikasihiaNya”. Saz.

Ditempatkan Di kalangan Baginda Rasululah

“Innalillahi Wainnailahirajiun. Kami berdoa kepada Allah supaya menempatkan Alahyarahmah di kalangan keluarga baginda Rasulullah saw dan para mursidin. Kami turut merasa sedih di atas kehilangan orang yang anda kasihi”.SH

Bersama Orang DikasihiNya

“Innalillahi Wainnaillahi rajiun. Semoga Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang menempatkan roh orang yang anda kasihi itu bersama dengan orang-orang yang beriman dan dikasihiNya.

Diiringi dengan doa semoga anda dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sejahtera. Amin”.SAM

Merasa Amat Sedih

“Asalamualaikum , saya turut merasa amat sedih dengan kehilangan S. Asiah, orang yang anda kasihi. Kami iringi dengan doa semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan mereka yang beriman dan diredaiNya”.SKh.

Demikianlah sebahagian daripada SMS yang sempat saya ulang baca buat waktu itu. Dihulurkan mahabah dan terimakasih kepada mereka semua yang medoakan untuk Allahyarhmah dan mengucapkan takziah kepada kami sekeluarga.

Dua orang sahabat dari kalangan penulis yang merupakan sebahagian daripada mereka yang datang mengucapkan belasungkawa di kediaman kami, di Sg. Durian adalah sdra. Norisham Mustaffa dan Wadi Lata S.A.

Barakllahhufika’ kepada mereka berdua, dan semua.

Walaupun setahun lebih telah berlalu, tapi kami merasa hanya baru sekejap beliau hilang dari sisi kami. Malah terasa-terasa dia masih ada bersama kami, dengan seyum dan tawanya, dengan mesra dan mahabahnya yang memintal di hati dan jiwa kami yang tidak mungkin akan hakis ditelan masa buat selama-lamanya. Di mana kami berada, di situlah dia berada, di alam jaga, dan juga di alam impian yang indah-indah yang sentiasa mewarnai tidur kami.

Pulau Pandan Jauh Ke tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga,
Hancur Badan Dkandung Tanah
Budi Yang Baik Dikenang juga

xxxxxxx

Renunglah:
-“Sesungguhnya seorang Mukmin dengan perilaku baiknya akan mendapatkan kedudukan [pahala] seperti orang yang berpuasa dan solat malam”.Shahih Sunan Abu Daud.

-“Tidaklah seorang di antara kamu beriman hingga ia mecintai saudaranya sebagaiman ia mencintai dirinya sendiri”. HR:Al-Bukhari.
xxxxxxx

Bisik Pondok Rahmat:
“Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni”.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP