BILA ORANG BERPUASA BOLEH BERBUKA DAN BERSAMA ISTERI ?I

>> Friday, August 26, 2011


MARHABAN YA RAMADAN

BILA ORANG BERPUASA BOLEH BERBUKA DAN BERSAMA ISTERI?



Musafir ada mempunyai tempat yang khusus dalam Islam. Malah kita dianjurkan supaya bermusafir, terutama sekali untuk memerhati kebesaran Ilahi, Tuhan Maha Pencipta. Justeru itu ada cara ibadat yang khusus untuk kemudahan orang-orang musafir, seperti sembahayang atau pun puasa.



InsyaAllah malam ini saya akan berkembara ke KL kerana ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan sebelum Aidilfitri tiba yang akan membawa seribu makna. InsyaAllah saya akan bertolak balik pada malam raya nanti. Walau pun perjalanan atau musafir saya itu dekat sahaja, tapi ia dikira musafir juga.



Musafir Dan Puasa


Di antara beberapa perkara yang diizinkan seseorang berbuka puasa dalam bulan Ramadan ialah mereka yang bermusafir atau dalam perjalanan jarak yang melebihi 80.64 km [52 batu].



Allah berfirman,”Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir [di negeri tempat tinggalnya] di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada malam itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan [lalu dia berbuka, maka [wajib baginya berpuasa], sebanyak hari yang dtinggalkanya itu, pada hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu”. Al-Baqarah 2:185.



Pada suatu hari Hamzah bin Amru Al-Aslami, seorang yang suka berpuasa telah bertanya kepada Rasulullah saw.apakah dia patut berpuasa atau tidak dalam masa musafir. Baginda Rasulullah saw. menjawab terserahlah kepada beliau, kelau beliau suka berbuka, bukalah dan kalau beliau suka berpuasa, berpuasalah.



Untuk lebih lanjut mengenai puasa dan musafir ini saya petik pendapat Wan Mohd.Noh Wan Hamat dan Rusnah Abu Samah yang antara lain berkata:



Walau pun orang yang bermusafir dalam jarak yang tertentu itu dibolehkan berbuka, tapi perjalanan atau safar itu semata-mata tidak boleh dijadikan alasan kepada seseorang untuk berbuka.



Justeru katanya seseorang yang berniat untuk bermusafir dalam bulan Ramadan tidak boleh berniat untuk berbuka sebelum dia memulakan perjalanannya, kerana boleh jadi rancangan musafirnya itu terbatal kerana sesuatu sebab.



Dengan itu dia tidak boleh membatalkan puasanya selagi dia tidak keluar dari kampungnya.



Lain-lain halangan yang mebolehkan seseorang membuka puasanya ialah:



-Orang yang sakit



-Orang tua yang sudah lemah.



-Wanita yang hamil dan wanita yang sedang menyusu anaknya.



Bagaimana Dengan Zaman Kini


Tapi ada pula sesetengah dari kita yang berpendapat dalam zaman kemajuan ini, di mana alat-alat penganggkutan telah begitu canggih maka tidak perlu lagi kita yang bermusafir mengambil kesempatan yang diberikan oleh Allah itu untuk berbuka puasa semasa bermusafir.



Oleh itu mereka akan mentertawa sinis atau menyindir jika ada yang berbuka dalam masa musafir di bulan Ramadan.



Untuk menjawab persoalan terebut Saliem Al-Hilali dan Ali Hasan Adulhamed berhujah, “Jadi kemudahan, keringanan dan upaya keringinan kepada para musafir itu memang dikehendaki oleh Allah, dan ia merupakan tujuan dari syariat rahmat ini., apa lagi kalau anda perhatikan bahawa yang menciptakan syariat rahmat itu Dia pulah yang menciptakan temapt, Zaman dan manusia, dan sudah tentu Dia Maha Mengetahui hajat, kebutuhan dan kekuatan manusia itu di mana dan bila pun juga, firmanNya:



”Apakah Dia tidak mengetahui sipa yang telah menciptanya, padahal Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”.Al-Mulk:14.



Berhubung dengan hal ini saya teringatkan pada suatu masa saya menghadiri tazkirah SSM Mufti Kerajaan Kelantan, Allahyarham Dato’ Hj. Ismail Yusuf mengenai iabdat puasa. Pada peringkat akhir beliau membuka peluang kepada para peserta yang semuanya terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan di segenap peringkat.



Salah seorang daripada mereka mengemukakan soalan yang menarik dan mencetuskan ketawa sebahagian besar daripada peserta, termasuk peserta wanita. Pertanyannya ialah berhubung dengan musafir, bagaimana kiranya seorang musafir yang baru balik dari perjalanan yang jauh dan lama yang telah membatalkan puasanya semasa dalam perjalanan, kerana dia telah lama meninggalkan isterinya, maka dia pun berhajat untuk melepaskan kerinduannya pada isterinya di siang hari pada bulan Ramadan kerana pada masa itu dia sudah membatalkan puasanya, walau pun isterinya sedang berpuasa?



Saya lupa bagaimana SSM Dato’ Mufti menjawab pertanyaan itu, di sebalik itu ada pula beberapa orang mencelah dengan jawapan berupa pertanyaan kepada beliau. Saya harap kalau ada sesiapa yang arif dalam hal ini dan berkebetulan membaca Blog ini sudilah memberi sedikit jawapan.



Sekian selamat berpuasa.



xxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP