DI MALAM RAYA, ARWAH BALIK KE RUMAH POHON SIMPATI
>> Monday, August 29, 2011
MARHABAN YA ‘AIDILFITRI
DI MALAM RAYA, ARWAH BALIK KE RUMAH POHON SIMPATI
Setelah berpuasa sepanjang bulan Ramadan, maka tibalah saat yang sedih untuk berpisah dengan Ramadan, tapi senafas itu juga kita merasa gembira dan bersyukur menyambut ketibaan ‘Aidilfitri.
Besok ‘Aidilfitri akan tiba bersama dengan mentari pagi yang membawa seribu rahmat ke seluruh alam..
Setelah beberapa hari saya berada di Kuala Lumpur. Berpuasa di sini.di kalangan keluarga dan rakan-rakan seperjuangan. Inya-Allah saya akan bertolak balik malam ini, malam ‘Aidilfitri bersama dengan anak kami dan keluarganya dengan menyusur lebuh raya ke Pantai Timur.
InsyaAllah besok kami akan menyambut ‘Aidilfitri di kampung laman.
Kami harap perjalanan kami tidak teruk dengan jem seperti hari-hari yang lepas. Jalan raya tersumbat dengan aneka kenderaan dengan para perantau yang hendak balik kampung halaman mereka.
Dalam kenderaan yang dipandu oleh anak saya, ada seramai lima orang penumpang lagi, termasuk saya, menantu dan tiga orang cucu yang hendak beraya di kampung
Andainya arwah isteri saya , Asiah Yaacob [semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya] masih ada, sudah tentu beliau akan ikut bersama kami, dan alangkah gembiranya beliau pada hari ini, kerana semua anak-anak dan cucu-cucu akan berkumpul serentak di rumah untuk beraya.
Terasa kesayauan mengigit hati, menginggatkan kehilangan orang yang dikasihi, di malam raya ini. Dengan ini sudah tiga kali Aidilfitri beliau tiada di kalangan kami, dan yang ada hanya kenangan-kenangan manis yang tidak dapat diukir dengan kata-kata melalui lisan atau di atas lembaran kertas.
Semoga beliau bahagia di sisi Allah. Semoga Allah meredakannya dan meletakkannya di tempat yang mulia.
Kehilangan yang sukar ditukar ganti; kasih dan cinta abadi yang terus terpahat di jambangan hati kami.
Kami berharap kami akan sampai dengan selamat di rumah kami di KB sebelum subuh esok, dan bersolat subuh di sana. Kemudiannya bersolat hari raya di kampung sendiri.
Kemudian, seperti biasa kami akan berangkat menzirahi pusara beliau, dan ayah bonda dan keluarga-keluarga yang lain yang telah berpergian terlebih dahlu ke angkuan Ilahi dan disemadikan di situ.
Oleh itu, kami harap kami tidak akan solat hari raya di tengah perjalanan. Sebaik-baiknya pada malam hari raya ini kami berada di rumah bersama keluarga, menyambut raya besuk. Tapi apa boleh buat, kerana sesuatu yang tidak dapat dielakkan di malam raya ini kami berada dalam perjalanan yang panjang untuk kembali ke rumah.
Suasana di rumah tentu lebih meriah jika kami ada bersama. Cucu-cucu kami yang masih kecil yang telah ada di rumah menunggu tentu akan tertanya-tanya kenapa datoknya masih belum juga sampai ke rumah sedangkan besuk hari raya?
Arwah Kembali Ke rumah
Di samping itu, pada setiap malam raya, arwah orang-orang yang meninggal dunia akan kembali ke rumah dan berdiri di muka pintu memohon simpati daripada penghuni-penghuninya yang mereka tinggalkan.
Apakah simpati yang mereka pohonkan?
Jawapannya terkandung dalam sebuah Hadis riwayat Ibnu Abas yang berkata, “Jika datang hari raya, hari Asyura, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh semua mayat keluar dari kubur dan mereka berdiri di pintu rumahnya sambil berkata:
“Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang bekat ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah satu suap. Jika kamu bakhil dengan sedekah dan kamu sekalian tdak mahu memberikannya, hendaklah kamu mengingat kami dengan bacaan surah a-Fatihah di malam yang penuh keberkatan ini”.
“Adakah seorang belas kasihan kepada kami. Apakah salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami, wahai orang yang menempati rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita [isteri kami], wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami, yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membahagikan harta benda kami”.
“Jika mayat memperoleh sedekah dan doa daripada mereka, maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh, maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan berputus asa”.
0 comments:
Post a Comment