SAHUR,, SESIAPA YANG TERLEPAS SAHUR

>> Wednesday, August 10, 2011




MARHABAN YA RAMADAN

SAHUR, SESIAPA YANG TERLEPAS SAHUR BERSAHUR

Kita percaya semua orang berpuasa tahu dan megerti dengan perkataan bersahur atau makan sahur.



Namun begitu ada juga sesetengah dari kita yang tidak makan sahur kerana sebab-sebab tertentu.



Ada beberapa sebab orang yang berpuasa tidak bangun bersahur, terutama di kalangan orang-orang muda.



Ada yang berpendapat tidak bangun sahur pun tidak menjejaskan puasa mereka. Mereka boleh terus berpuasa dengan selesa walau pun tidak bersahur. Sama sahaja kepada mereka bersahur atau tidak bersahur. Lalu mereka pun memilih tidak bersahur.



Ada yang tidak bersahur, kerana malas untuk menyusahkan diri dengan bersahur. Orang lelaki kena bangkit dari tidur, sedangkan orang perempuan kalau tidak ada pembantu rumah, terpaksa bekerja lebih untuk menyediakan makanan dan megemaskan dapur. Kerja yang tidak begitu digemari oleh sesetengah wanita, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang boleh menambahkan keletihan.



Ada yang tidak bersahur kerana tidak terjaga dari tidur, akibat terlalu mengantuk, tidur jauh malam, tonton tv samapi larut malam atau leka dengan mainan internet yang meneroka alam maya yang tidak terbatas. Sedar-sedar dari tidur Subuh pun sudah luput dan terus tergesa-gesa besiap-siap untuk bekerja.



Ada juga suami isteri yang tidak terbangun sahur kerana keletihan, akibat "kerja tambahan" di malam Ramadan, terus tertidur hingga ke pagi.



Kanak-kanak yang baru belajar berpuasa pula kadang-kadang keberatan untuk bangun sahur untuk dijadikan alasan membolehkan mereka dibenarkan untuk tidak berpuasa keesokan harinya.



Andainya ketua keluarga tidak terbangun sahur, sedangkan dalam rumah itu ada kanak-kanak dan orang-orang tua yang berpuasa, maka sudah tentu membebankan mereka untuk berpuasa keesokan harinya.



Tegasnya ada berbagai-bagai sebab kenapa orang yang berpuasa tidak bersahur, sebab yang menasabah dan tidak menasabah atau sebab yang logik dan tak logik.



Apakah Bersahur?


Hendaknya kita tidak terlupa bahawa bersahur itu ada mempunyai hikmat yang tersendiri, selain daripada mendapat kurniaan pahala daripada Allah SWT.



Bersahur merupakan salah satu amalan yang penting untuk orang yang berpuasa, walau pun tidak bersahur bukanlah bererti puasa tidak sah, sebagaimana tidak membaca al-Quran walau pun amalan yang penting dalam bulan Ramadan bukanlah bererti puasa terbatal.



Di samping itu tidaklah dapat dinafikan bahawa orang yang bersahur itu mempunyai lebih kekuatan ketika berpuasa keesokan harinya daripada orang yang tidak bersahur, terutama kanak-kanak dan orang-orang yang telah lanjut usianya.



Bersahur sejajar dengan amalan Rasulullah saw. dan seruan Baginda saw. kepada umatnya yang berpuasa supaya bersahur.



Sabada baginda saw.



“Bersahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu hanya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah SWT dan malaikatNya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur”.HR:Imam Ahmad.



Dan sabda Baginda lagi,



“Kamu perlu bersahur kerana ia makanan yang diberkati” HR:Nasai.



Di samping itu bersahur membezakan puasa umat Islam dengan puasa penganut-penganut agama lain yang berpuasa, seperti penganut agama Yahudi dan Nasrani.



Baginda Rasulullah saw.bersabda, “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita [umat Isam] dengan puasa ahli kitab [Yahudi dan Nasrani] adalah bersahur”.HR:Muslim,Nasaia ha & Ahmad.



Waktu bersahur adalah salah satu waktu yang mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini.



Marilah kita tidak melepaskan peluang yang keemasan ini untuk mengangkat tangan memanjatkan doa kepada Allah setiap malam di bulan Ramadan al-Mubarak ini. Semoga doa kita dikabulkan Allah.



Waktu Bersahur


Waktu sahur itu bermula daripada separuh malam atau dinihari sebelum terbit mata hari. Sebaik-baiknya kita tidur dahulu sebelum bersahur.



Dalam hal ini kita digalakkan supaya melewatkan makan sahur sehingga tiba waktu imsak, di mana Allah akan memberi ganjaran pahala kepada mereka yang bersahur itu.



Ada sesetengah dari kita makan sahur terlalu awal menjelang masuk tidur, kerana mereka malas untuk bangun bersahur di waktu dinihari. Perbuatan mereka seperti itu tidak menepati erti sahur, dan apa yang mereka makan itu merupakan makan malam yang tidak mendapat ganjaran pahala sahur dari segi agama kita.



Namun begitu, dalam melewatkan waktu bersahur itu kita hendaklah berhati-hati jangan makan melampau batas waktu terbit mata hari atau waktu Subuh yang akan membatalkan puasa kita.



Para anak-anak muda kita pula, khususnya yang baru mendirikan rumahtangga hendaklah lebih berhati-hati andainya mereka ingin menambah sahur makan dengan “sahur suami isteri”, supaya tidak terlalai, sehingga azan subur bergema anda masih lagi belum selesai bersahur, sebagaimana pernah berlaku pada sesetengah kawan-kawan saya semasa mereka masih muda-muda dahulu.



Amalan berhenti makan dalam masa kira-kira 10 minit yang dikatakan waktu imsak sebelum terbit mata hari yang menjadi kebiasaan masyarkat kita selama ini amatlah baiknya, untuk mengelak kita daripada terlajak waktu makan yang dibenarkan, dan memberi ruang kepada makanan dalam mulut kita tidak tersisa lagi.



Daripada Zaid bin Thabit, katanya,” Kami telah bersahur bersama-sama dengan Nabi, kemudian Baginda bangun untuk mengerjakan solat. Aku [Anas] bertanya berapa lama tempoh antara azan dengan sahur itu? Zaid menjawab sekadar bacaan 50 ayat al-Quran”.



Ya Allah ampunilah kami, terimalah wahai Tuhan kami akan puasa kami di sepanjang bulan Ramadan ini dan terimalah segala amalan ibadat kami. Amin.



Selamat berpuasa.



xxxxxxx




Rujukan



1.Saliem Al-Hilalis &


Ali Hasan Ali Abdul Hamed,



Puasa Rasulullah


Thinker’s Library Pte.Ltd.,

123, Jalan Jasa Tiga, Taman Jasa, Sungei Tua,

68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia.



2.Hj.Mohd Sanusi Mahmood


Sains Dan Teknoloji

Al-Ahmadiah Press [Pte] Ltd., Singapura.



3.Dr.Mohammad Alitoha


365 Tip Sihat Gaya Rasulullah

PTS Millennia Sdn.Bhd.,

No 12 & 12A

Dolomite Business Park

68100, Batu Caves, Selangor, Malaysia.



4.Absyar Fuad.Suzana Ismail

Adab Ramadan



PTS Islamika Sdn. Bhd.,

No 12 & 12 A, Jalan DBP,

Dolomite Business Park,

68100 Batu Caves, Selangor.



5.Abdul Hadi Awang


Ramadan Tetamu Yang Dirindui

Penerbit yang sama di atas.



6.Syahrul Nizam Junaini


Travelog Ramadan Al-Mubarak

Penerbitan Yang Sama



7.Dr.Engku Ahmad Zaki


Sirah Bulan-bulan Hijrah

Must Read Sdn.Bhd.,

35, Jalan Wangsa Setia 3,

Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur.t



8.Wan Mohd.Noh Wan Hama

Rusnah Abu Samah



Ramadan Tiba Lagi

Yamani Angel Sdn.Bhd.,

No 2-2, Jalan Excella

Taman Ampang Hilir,

55100 Kuala Lumpur.



9.Muhammad bin Mubarak ath-Thawasyi

Dr.Said bin Musaffar al-Qahthani


Misteri Ramadhan



Al-Hidayah Publication

27, Jalan Ipooh Kecil, 50350 KL.WP.

[Terjemahan:Juhan Che Yaman]



10.Haji Johari Haji Alias



Panduan Solat Tarawih



Darul Nu’man

15A, Tkt.Satu, Wisma Yakin,

Jalan Masjid India,

50100 Kuala Lumpur.



11.Prof.Dr HAMKA


Tuntunan Puasa, Tarawih & Shalat Aidifitri,



Pustaka Dini,

30-B, Tingkat 2, Blok 4, Pusat Perniagaan Worldwide,

Jalan Karate, 13/47, Seksyen 13, 40675, Shah Alam,

Selangor DE.



12,Syahrul Nizam Junaini

Travelog Ramadan Al-Mubarak

PTS Islamika Sdn. Bhd.,



13.Majalah & Akhbar dan lain-lain



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



1 comments:

syahrulnizam August 14, 2011 at 6:33 PM  

Terima kasih kerana merujuk buku Travelog Ramdan.

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP