LAITUL QADAR! LAITUL QADAR! DI MANA ENGKAU SAYANG?

>> Friday, August 19, 2011


MARHABAN YA RAMADAN

LAITUL QADAR! LAITUL QADAR! DI MANA ENGKAU SAYANG!



Bulan Ramadan adalah bulan yang menjadi kerinduan seluruh umat Islam dari sejak dahulu hingga sekarang. Bulan menambah iman, meneguh takwa, bulan mengganda pahala di sisi Allah. Walau pun seluruh hari-hari bulan Ramadan itu dirindu, tapi sepuluh hari terakhir bulan Ramadan adalah merupakan hari-hari penantian yang penuh debaran.



Kerana orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadan diberi ganjaran bonus yang sungguh istimewa oleh Allah SWT. Bonus istimewa itu ialah Malam Laitul Qadar yang ditunggu-tunggu dan dimuliai oleh seluruh umat Islam yang memahami hakikat-hakikat ketuhanan. Malam Laitul Qadar dipercayai jatuh pada salah satu daripada malam-malam sepuluh yang terakhir itu.



Allah berfirman dalam kitab suci al-Quran dalam Surah al-Qadar ayat 1 hingga 5.



1.“Sesunguhnya Kami telah menurunkan [al-Quran ] ini pada malam Lailatur-Qadar.



2.”Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?



3.”Malam Laitul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan



4.”Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan r mereka, kerana membawa segala perkara [yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut.



5.”Sejahteralah Malam [yang berkat] itu hingga terbit fajar”.-Al-Qadr:1-5.



Baginda Rasulullah saw.bersabda, “Sesiapa yang bangun bersolat pada malam Laitul-Qadar dalam keadaan beriman dan niat ikhlas pasti diampunkan kepadanya apa-apa dosa yang terdahulu”.HR:Bukhari & Muslim.



Apakah Malam Laitul Qadar?


Mennurut Sayyid Qutb, Malam Lailatul Qadar adalah begitu agung hingga hakikat keagungannya mengatasi batas-batas daya pemikiran manusia, tetapi keagungannya itu tidaklah memerlukan kepada mempercayai berbagai-agai cerita dongeng Laitul Qadar yang masyur dalam anggapan orang-orang awam”.



Selanjutnya beliau menegaskan, “Laitul Qadar adalah satu malam yang amat agung, kerana ia telah dipilih Allah sebagai malam permulaan Nuzul al-Quran atau permulaan penyuluhan cahaya agama Allahabad-abad ke seluruh alam dan kerana al-Quran itu mengandungi akidah, kepercayaan, syariah dan adab cara yang memancarkan kesejahteaan di bumi dan di hati”.



“Jika kita renungkan kembali dari belakang abad-abad yang sekian lama berlalu kepada peristiwa malam Laitul Qadar yang mulia itu dan kita gambarkan kembali temasya indah yang telah disaksikan oleh bumi pada malam itu di samping kita memerhatikan pula apa yang sebenar berlaku di malam itu dan meniliti kesan-kesannya di sepanjang zaman, kesan-kesannya kepada dunia dan kesan-kesnnya kepada hati dan akal manusia tentulah kita dapati bahawa malam Laitul Qadar itu adalah sebenarnya suatu malam yang sungguh agung, kerana pada malam itulah Allah menjelaskan segala urusan yang bijaksana, meletakkan nilai-nilai, dasar-dasar dan neraca dan menetapkan nasib individu-individu, nasib umat-umat, nasib kerajaan-kerajaan, nasib bangsa-bangsa, nasib hakikat-hakikat akidah, nasib peraturan-peraturan dan nasib hati-hati manusia”.



“Kerana kejahilan dan nasibnya yang tidak baik manusia telah melupakan keagungan malam Laitul Qadar dan sejak itulah mereka telah kehilangan nikmat Allah yang paling indah di samping kerugian kebahagian dan kedamaian rumahtangga dan kedamaian masyarakat yang dikurniakan oleh Islam. Kerugian-kerugian tidak dapat diganti oleh kejayaan-kejayaan mereka di bidang kemajuan kebendaan, tamadun dan pembangunan. Walau pun mereka kini mewah dengan hasil-hasil pengeluaran dan cukup lengkap dengan segala kemudahan hidup, namun jiwa mereka tidak mencapai kebahagiaan”.



“Kita umat Muslimin adalah diperintah supaya jangan lupakan malam yang agung itu. Nabi kita saw. telah menunjukkan satu cara yang mudah untuk memperingati malam itu supaya jiwa kita mempunyai hubungan yang abadi dengannya, iaitu beliau telah menggalakkan kita supaya menghidupkan malam itu dengan ibadat pada setiap tahun dan supaya berusaha menunggu-nunggunya pada malam-malam sepuluh Ramadan yang terakhir”.



Keajaiban Lailatu Qadar


Malam Laitul Qadar itu suamu malam agung yang penuh keajaipan, semoga kita menjadi orang yang beruntung kerana mendapatkan malam Laitul Qadar sehingga kita berbahagia di dunia dan akhirat.




Muhammad bin Mubarak ath-Thawasyi dan D.Said bin Musaffar berkata, “Sesungguhnya malam Laitul Qadar sangat agung, yang membuat jiwa orang mukmin dipenuhi rasa rindu kepadanya, tapi tidak disukai oleh orang yang lalai dan melakukan maksiat.



Malam Laitul Qadar katanya terdapat pada sepuluh malam terakhir dan pada malam yang ganjil.



Kata mereka alangkah bahagianya orang yang boleh menyemarakkan malam Laitul Qadar dan alangkah beruntungnya orang yang berjaya meraih pahala Laitul Qadar.



Beliau menegaskan, “Malam Laitul Qadar adalah malam perniagaan yang menguntung di mana kebanyakan orang bersedia untuknya. Pada malam itu doa dikabulkan oleh Allah SWT, di mana orang-orang berlumba-l umba untuk mencapainya. Alangkah bahagianya orang yang beruntung dan alangkah celakanya orang yang rugi”



Mereka menyarankan supaya kita memperbanyakkan doa di malam Laitul Qadar, dan berdoalah kepada Allah semoga kita termasuk dalam golongan orang yang bertakwa. Semoga Allah SWT memuliakan kita dan umat Islam secara umum dengan malam Laitul Qadar.



Bilakah Laitul Qadar Berlaku


Walau pun malam Laitul Qadar itu tidak diketahui, tapi Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani berpendapat bahawa Malam Laitul Qadar boleh diketahui berdasarkan hari pertama bulan Ramadan.



Sekiranya awal Ramadan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, maka Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-29.



Sekiranya awal Ramadan jatuh pada hari Isnin, maka Laitul Qadar berlaku pada malam ke-21.



Sekiranya awal Ramadan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat, maka Laitul Qadar berlaku pada malam ke-27.



Sekiranya awal bulan Ramadan jatuh pada hari Khamis, maka Laitul Qadar berlaku pada malam ke-25.



Sekiranya awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu, maka Laitul Qadar berlaku pada malam ke-23.



Pendapat ini boleh dijadikan panduan untuk mencari malam Laitul Qadar tapi janganlah kerananya menyebabkan kita tidak melupakan kualiti dan kuantiti ibadat puasa kita.



Tanda-Tanda Laitul Qadar


Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pula, ketika berbicara mengenai keajaiban Malam Latul Qadar itu antara lain menegaskan bahawa, malam itu bercahaya walau pun malam gelap bagaikan adanya bulan. Ia disinari oleh ramainya para malaikat dan keberkatannya meriah dengan ibadat hamba-hamba Allah yang saleh.



Katanya matahari pada sebelah petangnya lembut dan cahaya matahari waktu keesokannya juga lembut sehingga matahari yang kemerahan itu berwarna putih.



Namun begitu, kata beliau ada juga tanda-tanda Lailatul Qadar yang tidak dapat disebutkan.



“Malam Laitul Qadar menjadi terang benderang kerana pada malam itu terlalu ramai para malaikat yang bersama Malaikat Jibril selaku pemimpin mereka turun ke bumi bagi memeriahkannya. Kedudukannya mulia di sisi Allah”.



Persediaan Menyambut Laitul Qadar


Kita disuruh bertungkus lumus mengejar malam Laitul Qadar itu dengan mempertingkatkan amal ibadat kita khususnya pada malam-malam sepuluh Ramadan yang terakhir. Tapi malangnya kebanyakan kita kian ke hujung bulan Ramadan, kian lesu kita, kian memar kita menyebabkan bilangan jamaah tarawih pun menjunam turun.



Tapi di rumah-rumah kita terus hidup dengan pesta-pesta hiburan menyambut raya, digegakgempitakan oleh rancangan-rancangan istimewa TV untuk menyambut Aidilfitri yang bahangnya telah mulai berkembang menjelang kedatangan Ramadan lagi..



Untuk mengejar Malam Laitul Qadar yang agung itu, berbabagi-pendapat pendapat telah dikemukakan untuk perhatian umat Islam supaya kita tidak terlepas daripada malam yang penuh keberkatan itu.



Di sini saya petik pendapat Wan Mohd.Noh Wan Hamat dan Rusnah Abu Samah yang menggariskan beberapa petua yang amat baik untuk diberikan perhatian.



Kata mereka jangan dibiarkan sedetik pun waktu Ramadan berlalu tanpa mengisinya dengan amal ibadat baik siang mahu pun malam hari.



Beliau menyarankan supaya kita menghabiskan masa di waktu malam sebanyak mungkin di surau atau di masjid untuk memudahkan kita beribadah mengingati Allah, solat, tilawah dan berzikir. Ibadah seperti ini agak sukar dilakukan jika kita berada di rumah.



Mereka menyarankan supaya kita tidak terlalu berat bekerja di siang hari sehingga terlalu letih untuk berjaga dan beribadah di malam hari.



Untuk lebih selesa beliau menyeru kita berqailulah atau tidur sekejap sebelum waktu zohor agar kita bersemangat dan segar untuk berjaga di malam hari.



Mereka manasihatkan kita supaya menghindari semua hal yang hanya membawa kepada sia-sia termasuk menonton TV.



Mereka berepsan supaya kita berdoa sebelum tidur memohon kepada Allah S.W.T. supaya kita mempunyai kekuatan untuk bangkit di tengah malam untuk beribadat.



Katanya kita hendaklah tidur awal dan jangan tidur di tempat yang terlalu selesa agar kita tidak sukar untuk bangun di malam hari.



Mereka juga menyarankan supaya kita tidak tidur dalam keadaan junub. Malah sebaik-baiknya kata mereka tidurlah dalam keadaan berwuduk, insya-Allah akan lebih mudah bagi kita untuk bangkit beribadat malam..



Seterusnya mereka menyarankan, supaya sebelum tidur kita membersihkan hati dengan kita memohon ampun kepada Allah kesalahan dan dosa kita , di samping kita memaafkan semua orang yang berdosa dengan kita.



Apa yang Patut Dibuat?



Bagiamanakah caranya kita perlu lakukan untuk menghidupkan malam-malam untuk mengejar Laitul Qadar, dan apakah yang pautu kita lakukan bila kita merasa kita telah mendapat malam Laitul Qadar itu?



Sebagaimana yang diketahui Malam Laitul Qadar adalah malam yang penuh keberkataan, kerana itu amatlah ruginya orang yang tidak bwejY mendapat malam Laitul Qadar yang amat berkat itu. maka amatlah ruginya dan bererti diia telah kehilangan seluruh kebajikan.



Justeru itu Saliem Al-Hilali dan Ali Hasan Ali Abduhamied menganjurkan orang Islam yang taat kepada Allah supaya menghidupkan malam-malam itu dengan penuh keimanan dan keikhlasan, mengharapan imbalan pahalaNya yang besar. Katanya kalau mereka melakukannya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang lalu.



Ini berdasarkan sabda Rasulullah saw, “Siapa yang bangun di malam Laitul Qadar dengan keimanan dan keikhlasan, diampuni dosa-dosanya yang lalu”.



Dan setelah merasa malam Laitul Qadar itu telah ada apa pula yang patut dilakukan?



Pada malam itu katanya orang dianjurkan memperbanyakkan doa. Menurut Aisyah Ra, katanya, “Saya bertanya: “Ya Rasulullah:Kalau saya tahu malam itu adalah Laitul Qadar, apa yang akan saya ucapakan pada saat itu?”.



Beliau menjawab:”Ya Allah! Sungguh Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memberi ampun, maka berilah ampunan terhadapku”.



“Allahummainnaka ‘afuwwun tubhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni”.



Marilah kita semua, khsusnya diri saya sendri dan keluarga berusaha untuk dikurniakan malam Laitul Qadar malam yang tidak ada taranya untuk setiap tahun yang kita lalui. Tidak ada malam yang lebih agung daripada malam Laitul Qadar, malam yang khusus untuk orang-orang yang beriman dan bertakwa mencari keredaan dan keampunan Allah SWT.



Inilah malam yang dikatakan oleh Imam an Nawawi yang menegaskan, “Laitul Qadar adalah seafdal-afdal malam di dalam setahun. Barang siapa yang mengadakan ibadah [qiamullail] pada malam Laitul Qadar sekalipun ia tidak diberi taufik untuk menyaksikan alamat-alamat Laitul Qadar, nescaya ia dibalas dengan balasan tersebut”.



Ya Allah janganlah kami semua terlepas daripada malam yang agung ini dan kurniakanlah rahmat-Mu ke atas kami semua! Kurniakanlah pada kami semua malam Laitul Qadar! Amin!



xxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.


Rujukan



1.Saliem Al-Hilalis &


Ali Hasan Ali Abdul Hamed,

Puasa Rasulullah


Thinker’s Library Pte.Ltd.,

123, Jalan Jasa Tiga, Taman Jasa, Sungei Tua,

68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia.



2.Hj.Mohd Sanusi Mahmood


Sains Dan Teknoloji



Al-Ahmadiah Press [Pte] Ltd., Singapura.



3.Dr.Mohammad Alitoha


365 Tip Sihat Gaya Rasulullah



PTS Millennia Sdn.Bhd.,

No 12 & 12A

Dolomite Business Park

68100, Batu Caves, Selangor, Malaysia.



4.Absyar Fuad.Suzana Ismail


Adab Ramadan



PTS Islamika Sdn. Bhd.,

No 12 & 12 A, Jalan DBP,

Dolomite Business Park,

68100 Batu Caves, Selangor.



5.Abdul Hadi Awang


Ramadan Tetamu Yang Dirindui



Penerbit yang sama di atas.



6.Syahrul Nizam Junaini


Travelog Ramadan Al-Mubarak



Penerbit Yang Sama



7.Dr.Engku Ahmad Zaki


Sirah Bulan-bulan Hijrah



Must Read Sdn.Bhd.,

35, Jalan Wangsa Setia 3,

Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur.



8.Wan Mohd.Noh Wan Hama

Rusnah Abu Samah


Ramadan Tiba Lagi



Yamani Angel Sdn.Bhd.,

No 2-2, Jalan Excella

Taman Ampang Hilir,

55100 Kuala Lumpur.



9.Muhammad bin Mubarak ath-Thawasyi


Dr.Said bin Musaffar al-Qahthani



Misteri Ramadhan



Al-Hidayah Publication

27, Jalan Ipooh Kecil, 50350 KL.WP.


[Terjemahan:Juhan Che Yaman]



10.Haji Johari Haji Alias


Panduan Solat Tarawih



Darul Nu’man

15A, Tkt.Satu, Wisma Yakin,

Jalan Masjid India,

50100 Kuala Lumpur.



11.Prof.Dr HAMKA


Tuntunan Puasa, Tarawih & Shalat Aidifitri,



Pustaka Dini,

30-B, Tingkat 2, Blok 4, Pusat Perniagaan Worldwide,

Jalan Karate, 13/47, Seksyen 13, 40675, Shah Alam,

Selangor DE.



12,Syahrul Nizam Junaini


Travelog Ramadan Al-Mubarak



PTS Islamika Sdn. Bhd.,



13.Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani


Matla’ al-Baldrain wa Majma’ al-Bahrain



14..Majalah & Akhbar dan lain-lain




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP