Tata Tertib Ketika Makan [PETUA MEMIKAT SUAMI]r

>> Thursday, December 29, 2011




PETUA MEMIKAT SUAMI




TATA TERTIB KETIKA MAKAN



Untuk menghadiri sesuatu majlis yang formal atau biasa mestilah mengetahui peraturan atau tata tertib di meja makan. Oleh sebab pada hari ini di majlis-majlis rasmi kita tidak menggunakan tangan untuk makan, tapi sebaliknya menggunakan sudu dan gerfu, maka kita mestilah mengetahui cara yang betul untuk menggunakan alat-alat tersebut, termsuklah penggunaan pinggang mangkuk, gelas dan lain-lain.



Ramai di antara kita tahu menggunakan sudu dan garfu ketika makan, tapi kebanyakan kita tidak mengetahui cara-cara penggunaannya yang betul.



Anda sepatutnya mengetahui bahawa majlis yang menghidang makan cara barat, biasanya mengandungi 4 atau 5 course.



Oleh itu kata Fatimah Yassin, terdapat berbagai-bagai jenis sudu, garfu dan garfu yang diletakkan di atas meja di kiri kanan pinggan, seperti sudu sup, pisau dan garfu salad, pisau dan garfu makan daging serta sudu dan garfu makan puding, mengikut jenis makanan yang akan dihidangkan.

Anak-anak hendaklah dilatih dari kecil adab sopan ketika menghadapai hidangan makanan



Fatimah Yassin mengingatkan, sebelum anda mula makan, anda hendaklah duduk dengan selesa dan jangan membongkok. Letakkan kain napkin tangan kepangkuan anda. Tujuannya supaya makanan tidak jatuh pada baju anda. Andainya sup dihidangkan sebagai hidangan pertama, gunakanlah sudu yang mula-mula di sebelah kanan anda.



Kita juga suka mengingatkan, makanan-makanan yang hendak dimakan itu hendaklah dipastikan terlebih dahulu terdiri dari makanan yang halal, dan jangan lupa menyebut nama Allah ketika hendak memula makan supaya apa yang kita makan diberkati.



Kemudian akan diikuti oleh hidangan kedua dan berikutnya. Seterusnya Fatimah Yassin menghuraikan satu persatu cara menggunakan sudu dan garfu di meja makan dalam majlis formal sebagimana berikut:



1]sup


Hendaklah disudu menghala keluar, kemudian dihirup dengan perlahan di tepi sudu. Jangan berbunyi seperti itik menyudu air. Apabila sup itu hampir habis, angkat sedikit pinggan sup itu, dengan ibu jari dan jari telunjuk.



2]Daging


Daging steak atau seumpamanya. Anda hendaklah menggunakan pisau dan garfu, pisau dipegang dengan tangan kanan, dan garfu pada tangan kiri. Potonglah makanan itu untuk sesuap mulut sahaja.



Setelah selesai makan, apa jenis makanan pun, pisau, sudu atau garfu hendaklah dirapatkan kedua-duanya di tengah pinggan makan anda. Dengan merapatkan pisau dan garfu menunjukkan anda sudah selesai makan dan pinggan anda boleh diangkat oleh pelayan.



3]Roti


Roti yang dihidangkan semasa makan, samada roti bun atau lain-lain jenis roti, hendaklah dicubit atau dipecah-pecahkan dengan jari, kira sesuap mulut. Semasa anda menyapu mentega pada roti, roti itu mestilah berada di bibir piring sebelah kiri anda. Roti jangan sekali-kali dipotong dengan pisau.



4]Puding Atau Lain-lain Pembasuh Mulut


Dimakan dengan menggunakan sudu sera garfu khas [desert fork dan spoon] atau gunakan garfu sahaja.



5]Buah-buahan



Biasanya hidangan buah-buahan didertakan dengan pisau dan garfu kecil khas dan sebuah mangkuk basuh tangan. Buah-buahan yang kering dan tidak berair dimakan dengan tangan sahaja.



Sementara jenis buah-buahan yang berair seperti manggis, rambutan, nenas dan tembikai dimakan dengan manggunakan pisau serta garfu. Apabila memakan manggis atau rambutan, hendaklah dipotong kelilingnya pada tengahnya supaya bahagian kulit itu dapat ditanggallan dan isinya dimakan dengan menggunakan garfu.



Gunakan mangkuk basuh tangan selepas makan buah.



6]Setelah selesai makan, letakkan balik napkin tangan di atas meja di sebelah kiri anda. Napkin itu jangan dilipat, letakkan saja begitu.



Dan seterusnya diringi dengan ucapan syukur kepada Allah-ALHAMDULILLAH.



xxxxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP