Lubang Mengundang Bencana
>> Tuesday, December 6, 2011
ASSALAMUALAIKUM, HELO SAYANG
LUBANG MENGUNDANG BENCANA
Ada sebahagian daripada anggota manusia keadaanya berlubang atau berongga, masing-masing mempunyai fungsi yang tersendiri. Kaum wanita pula mempunyai sejenis anggota berlubang yang amat istimewa yang tidak dipunyai oleh kaum lelaki.
Anggota berongga ini selain daripada mempunyai fungsi yang istimewa, tapi juga menjadi anggota rebutan lelaki dari sejak dahulu hingga sekarang.
Heng Seal Kie, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Lubang atau rongga yang dimaksudkan ialah saluran yang terdapat pada alat sulit wanita, atau vagina yang mempunyai beberapa fungsi yang khusus.
-Berguna semasa berlangsungnya hubungan intim antara suami dan isteri.
-Tempat keluarnya darah haid
-dan tempat keluarnya bayi sewaktu melahirkan anak.
Sanggup Berkorban
Sesetengah kaum lelaki sanggup berhabis-habisan untuk memiliki lubang wanita itu. Mereka sanggup berkelahi, bertengkar, berbalah, malah berbunuh-bunuhan kerana berebut lubang yang amat istimewa yang hanya dimiliki kaum wanita itu.
Oleh sebab lubang itu amat istimewanya, maka kaum wanita diseru supaya menjaga lubang itu dengan teliti dan sebaik-baiknya, dan tidak menyalahgunakannya secara yang tidak halal.
Lubang itu hanya untuk penggunaan khusus kepada seorang lelaki sahaja pada sesuatu masa, iaitu suaminya yang dinikahi secara sah. Tidak boleh dikongsi lebih dari satu orang lelaki dalam satu-satu masa.
Tidak Boleh Berkongsi
Sungguh malang, ada wanita yang telah mempunyai suami yang sah, tapi secara sulit-sulit rela menyerahkan lubangnya itu diperkudakan oleh lelaki lain secara haram.
Akibatnya ada di antaranya yang mengandung anak, tapi bukan anak suaminya yang sah, tapi terus disembunyikan seolah-oalah anak suaminya itu sendiri, dan bila anak itu lahir lalu dibinkan suaminya sebagai ayah.
Maka dengan ini dosa menjadi berganda.
Suaminya pula kalau dia mengetahui isterinya telah menyerahkan lubangnya kepada lelaki lain, tapi buat masa bodoh sahaja, tidak mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya, maka dia juga turut menanggung beban dosa.
Sungguh malang nasib menimpa seorang lelaki yang uzur dan bergantung harap kepada isterinya untuk meneruskan hidupnya sehari-hari. Tapi isterinya pula telah belot, mengambil kesempatan menyerahkan lubangnya itu kepada lelaki lain di rumah mereka sendiri dengan alasan untuk berurut dengan lelaki tersebut. Selepas berurut, mereka membuka bab lain pula.
Kejadian malang ini diketahui oleh lelaki itu, dan juga diketahui dan anak-anak mereka, malah diketahui oleh orang sekampung, tapi bila diberitahu kepada suaminya tentang perbuatan sumbang isterinya itu, dia hanya berkata, “pandai dia makan, pandailah dia simpan”, kerana dia bimbang akan ditinggalkan oleh isterinya itu, sedangkan dia tidak mampu untuk mengurus hidupnya sendiri.
Ada seorang isteri yang terlanjur melakukan maksiat dengan seorang lelaki lain, bila rahsianya itu diketahui oleh suaminya, dia pun mengancam, jika suaminya itu memarahinya atau menghalangnya, dia akan bertindak lebih aggresif lagi, untuk menyerahkan lubangnya itu bukan sahaja kepada seorang lelaki, tapi katanya dia akan menawarkan lubangnya itu kepada mana-mana lelaki yang ingin menikmatinya secara percuma. Masyallah!
Ada pula anak-anak gadis kita yang mempergunakan lubangnya itu untuk bersuka-suka dan berseronok-seronok mencari kenikmatan dengan pasangan yang belum dinikahi yang berakhir dengan petaka menimpa diri dan keluarga.
Perbuatan kotor berebut-rebut lubang, gilir bergilir lubang, menyerah dan menjual lubang berlaku di mana-mana, baik di kampung-kampung mahu pun di bandar-bandar.
Curang
Ada isteri yang curang, bila suami keluar pergi bekerja di waktu pagi, dia buka pintu belakang untuk lelaki lain masuk menikmati lubangnya.
Perbuatan wanita yang menggunakan lubang dengan lelaki yang tidak dikahwin dengan sah itu dikatakan berzina. Menerusi lubang itu jugalah anak hasil zina itu dilahirkan ke dunia.
Tentulah amat mengejutkan dalam masa selama 3 tahun dari tahun 2008 hingga 2010 lubang-lubang wanita di negara kita Malaysia melahirkan anak zina seramai 152,182 orang.
Dalam kaca mata Islam anak yang dilahirkan tanpa bapa yang sah ini dikatakan anak zina, tapi dari segi perundangan negara ia dikatakan anak tidak sah taraf. Kedua-duanya sama sahaja, hanya nama sahaja berlainan, seperti katak dengan kodok, ada orang panggil katak, dan ada orang panggil kodok. Panggillah apa pun, ia tidak akan mengubah keadaan.
Perangkaan daripada Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] menunjukkan bahawa bilangan kelahiran anak zina yang tinggi mengikut negeri ialah sebagai berikut:
-Sabah seramai 41,490 orang
-Selangor seramai 18,983 orang
-Sarawak seramai 17,570 orang
Johor seramai 16,298 orang
-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seramai 12,095 orang.
Sebab-sebab
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kie, pernah menyatakan bahawa mengikut kajian yang dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat [JKM] ada berbagai-bagai faktor yang menyebabkan berlakunya kelahiran anak zina begitu ramai di negara kita.
Wanita Bukan Bunga, Boleh Disedut Semua Serangga
Antara sebab-sebab yang pernah diutarakan beliau ialah:
-Pengaruh rakan sebaya
-Rela melakukan hubungan seks
-Tidak mempunyai pengetahuan tentang kesihatan reproduktif dan seksual.
-Kurang perhatian ibu bapa.
-Menonton video dan laman web lucah
-Kurang didikan agama.
-Perasaan ingin mencuba.
-Diperkosa saudara sendiri.
Tidaklah diperjelaskan, secara terperinci menurut kaum dan agama. Walau bagaimana pun bagi mereka yang bukan beragama Islam, tidak ada apa-apa tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka, tapi bagi orang Islam pelakunya boleh didakwa mengikut Akta Jenayah Syariah Persekutuan 1997.
Berhati-hatilah
Justeru lubang ini boleh menentukan anda masuk syurga atau neraka. Kalau anda menggunakanya secara baik dan benar anda tentu selamat, tapi kalau anda menggunakannya secara yang salah, anda akan dilempar ke dalam neraka jahanam.
Ada pun lubang-lubang lain lagi itu, tidaklah sehaibat itu penanggungannya, walaupun ia juga perlu dijaga dengan sebaik-baiknya supaya penggunaannya tidak tersasul dari kewajaran.
Jagalah lubang anda supaya sentiasa bersih, suci dan halal untuk menyelamatkan diri anda, dunia dan akhirat.
Suntikkan dengan iman dan takwa kepada anak-anak anda, kerana keimanan dan ketakwaan itu akan menjadi tembok yang utuh kepadanya untuk menjaga kesucian lubangnya itu.
Sentiasa awas dan waspada supaya anda tidak tersalah langkah menjermuskan lubang anda bersama-sama dengan anda ke dalam lubang maksiat yang lebih besar.
Ingatlah, dalam lubang ada madu, tapi dalam madu ada racun. Awaslah! Sebab wanita bukannya bunga yang boleh disedut oleh semua serangga.
Gunakanlah akal dan fikiran!
Jangan biarkan lubang anda yang cantik itu dikorek hingga rosak binasa oleh pendatang haram yang tidak bertanggungjawab.
Semoga anda berbahagia di dunia dan di akhirat.
xxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulrkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment