Amen-Ra, Ramai Yang Kena Tipu?
>> Thursday, December 15, 2011
AMEN-RA, RAMAI YANG KENA TIPU?
Kita sering mendengar dan membaca berbagai-bagai cerita pelek, aneh, ganjil, luar biasa dan misteri. Cerita-cerita yang boleh mencabar kebijaksanaan dan juga keimanan kita, yang menuntut kita membacanya dengan hati-hati dan waspada.
Ada di antara cerita-cerita itu memang benar berlaku, tapi tidak kurang pula cerita-cerita itu berupakan cerita rekaan atau khayalan yang diadun begitu rupa supaya nampak benar, walau pun dusta, terutama sekali untuk menimbulkan sensasi dan fitnah.
Ikutilah cerita ini.
Siapa Amen-Ra?
“Puteri Amen-Ra hidup kira-kira 1500 SM. Bila dia mati dia dibaringkan dalam sebuah keranda berhias dan dikebumikan jauh dalam tanah di sebuah makam di Luxor, di tebing Sungai Nile.
Andainya dia dibiarkan tanpa diganggu dalam pusaranya, mungkin ceritanya berakhir di situ. Namun ia sebenarnya baru pembukaan cerita. Selama sepuluh tahun permulaan abad ini, pengaruh jahat kerandanya menyebabkan kematian dan kemusnahan ke mana sahaja ia pergi”.
Demikian John Macklin memulakan ceritanya mengenai sebuah keranda dari Mesir yang tersimpan di Brirtish Museum yang dikatakan berpuaka.
Seterusnya beliau menulis. lewat tahun 1890an empat orang Inggeris yang kaya melawat tempat penggalain di Luxor di mana mereka telah ditawar membeli sebuah peti mummi yang sangat cantik bentuknya, mengandungi sisa-sisa mayat Puteri Amen-Ra.
Salah seorang dari mereka telah membayar beberapa ratus pound dan membawa keranda itu ke hotelnya. Tapi menurut Macklin beberapa jam kemudian pembeli itu kelihatan berjalan keluar menuju ke padang pasir, dan tidak pernah kelihatan lagi selepas itu.
Seterusnya menurut cerita Macklin, pada keesokan harinya, salah seorang daripada teman-temannya telah ditembak oleh jungus berbangsa Mesir dan dia luka parah menyebabkan tangannya terpaksa dipotong.
Orang yang ketiga dalam kumpulan itu pula, katanya bila dia pulang ke rumah mendapati bank tempat dia menyimpan semua simpanannya telah jatuh muflis.
Orang yang keempat pula katanya jatuh sakit berat, kehilangan kerjanya dan terpaksa menjual macis di jalan.
Menurut beliau, bila keranda itu tiba di England, ia telah dibeli oleh seorang peniaga di London.
Kata Macklin, “Selepas tiga orang daripada keluarganya tercedera dalam kemalangan jalan raya dan rumahnya rosak teruk dalam kebakaran, maka tuan punya keranda itu pun mendermakan keranda itu kepada Musium British”.
Walaupun reputasinya buruk ,tapi pihak berkuasa muzium menerima derma itu. Puteri Amen-Ra tidak mengambil masa yang lama untuk membawa malapetaka kepada rumah barunya itu.
Ketika keranda itu sedang diturunkan daripada sebua trak di halaman muzium, trak itu dengan tidak semena-mena terbalik, memerangkapkan seorang yang lalu di situ dan terpaksa dibawa ke hospital.
Kemudian katanya ketika keranda itu diusung menaiki tangga oleh dua orang pekerja lelaki, seorang daripadanya jatuh dan patah kaki, yang seorang lagi pula, dalam usia tiga puluhan dan nampaknya cukup sihat, mati tidak diketahui sebabnya dua hari kemudian.
Sebaik-baik sahaja Puteri Aem-Ra ditempatkan di Kamar Orang-orang Mesir, kesulitan benar-benar bermula. Katanya pengawal malam muzim itu sering mendengar ketukan menggila-gila dan esak-esakan daripada keranda itu.
Barang-barang pameran yang lain dalam kamar itu telah dilempar berselerak di sana sini. Dalam satu kejadian, penyimpan muzium mendakwa dia benar-benar telah diserang oleh hantu yang melompat keluar dari keranda dan cuba melemparnya ke bawah setinggi 40 kaki.
Menurut beliau, pencuci-pencuci di muzium itu enggan mendekati Puteri Amen-Ria. Bila seorang lelaki mengibas secara menghina kain lap pada keranda itu, anaknya dikatakan mati kerana penyakit campak tidak lama selepas itu.
Akhirnya kata beliau pihak berkuasa muzium membawa turun mummi itu ke ruang bawah tanah, di mana ia sudah pasti tidak lagi membahayakan.
“Dalam masa seminggu, salah seorang daripada pekerja yang menolong memindahkan mummi itu sakit berat, dan pengawas perpindahan itu pula ditemui mati di mejanya”. Tulis beliau lagi.
Sehingga ini akhbar-akhbar telah dapat mengesan cerita tersebut. Seorang juru gambar mengambil gambar keranda mummi itu dan bila mencucinya gambar pada keranda itu telah bertukar menjadi manusia, muka yang menyeramkan. Juru gambar itu lalu kembali ke rumahnya, mengunci pintu dan menembak dirinya sendiri.
Kemudian tulis Mackmilan lagi, Muzium British telah menjual mummi itu kepada seorang pengumpul barang-barang persendirian. Selepas ditimpa bala berulang-ulang, dia menyembunyikan mummi itu di atas loteng, sehinggalah pada suatu hari Madam Helena Blavatsky, seorang pakar yang terkenal dalam bidang ilmu ghaib, occult berkunjung ke rumah itu. Dia tidak mengetahui sejarah mummi itu, malah ia juga tidak mengetahui mummi itu ada di kediaman tersebut. Tapi sebaik-baik sahaja dia memasuki rumah itu dengan tiba-tiba dia mengiggil dan mendakwa ada pengaruh jahat sedang beroperasi dalam rumah itu.
Tuan rumah, hampir berseluruh, menjemput beliau meninjau sekitar. Madam Blavatsky memeriksa rumah itu tapi tidak menemui apa-apa sehinggalah dia naik ke loteng dan menemui keranda mummi itu. Dia segera menyedarinya bahawa mumilah itu punca pengaruh jahat yang dirasinya itu.
“Bolehkah puan mengusir hantu yang jahat ini?”, tanya tuan rumah.
Madam Blavatsky menolaknya dan antara lain berkata. “Jahat kekal jahat selama-lamanya. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan tentangnya. Saya minta sangat-sangat kepada anda supaya segera menyingkirkan benda yang jahat ini seberapa segera yang boleh”.
Tapi katanya, tuan rumah itu tidak mengambil serius tentang nasihat tersebut sehinggalah salah seorang daripada anggota keluarganya, ketika mengalih beberapa buah kopor di loteng seminggu atau seminggu lebih kemudian, mendakwa melihat sebuah susuk bangkit dari keranda mummi dan meluncur melewati lantai. Selepas itu, barulah tuan rumah itu merasa dia perlu menerima nasihat Madam Blavatsky dan memisahkan dirinya daripada benda yang menganggu itu.
Mengikut Macklin, tidak muzium di Britan bersedia menerima mummi itu; pada hakikatnya hampir seramai 20 orang telah menemui kematian atau mala petaka kerana menggendali keranda itu yang ceritanya sekarang telah tersebar luas.
Akhirnya kata beliau, seorang ahli arkeologi Amerika yang berkepala batu menolak kejadian-lejadian itu sebagai keanehan sekitar, lalu membeli keranda itu dengan harga lumayan untuk
dipindahkan ke New Yorak. Pada bulan April 1912, pengumpul barang lama itu menemani keranda yang dibelinya itu di atas kapal baru yang bergemerlapan, White Star dalam penggemabaran sulungnya ke New York.
Dan beliau menamatkan cerita seramnya itu dengan “Pada malam 14 April, dalam suasana ketakutan yang tidak pernah ditempuh sebelumnya, Puteri Amen-Ra ditemani oleh seramai 1523 penumpang menemui maut di dasar Lautan Atlantik. Nama kapal itu ialah Titantic”.
Cerita Dusta
Adakah anda percayakan cerita tersebut yang ditulis oleh seorang wartawan British, John Macklin?.
Jika anda mempercayainya bererti anda telah tertipu.
Seluruh cerita itu sebenarnya dusta, karut dan rekaan penulisnya sahaja untuk membuat kegemparan atau sensi.
Fakta-fakta yang diutarakan mengenai keranda yang dikatakan berhantu itu tidak tepat, tidak benar dan bercanggah dengan keadaan yang sebenarnya.
Namun begitu, ia mungkin dipercayai oleh sesetengah masyarakat pembacanya, bukan sahaja di kalangan rakyat Bristih, tapi oleh masyarakat dunia yang membacanya dan menganggapnya sebagai satu kebenaran.
Cerdik pandai Inggeris, pakar-pakar mereka, dan pihak Muzium British sendiri menolak cerita itu sebagai cerita rekaan semata-mata untuk mencari sensasi.
Luxor yang disebut dalam tulisan tersebut ialah terletak di timur dan di barat Sungai Nile, tempat pemerintahan Raja-raja Mesir yang bergelar Firaun. Tapi tidak ada tempat di Luxor yang bernama Amen-Ra. Tapi sebenarnya Amen-Ra ialah nama tuhan orang-orang Mesir lama. Oleh sebab itu Puteri Amen-Ra itu tidaklah wujud, kecuali khayal penulisnya sahaja..
Mengikut pakar-pakar, keranda Puteri Amen-Ra itu sejak ia ditempatkan di Muzium British itu tidak pernah sekali pun dipindah atau meninggalkan tempatnya sejak ia dibawa ke situ dan sampai sekarang.
Keranda itu hanya keranda kosong, tidak ada mayat Amen-Ra di dalamnya sebagaimana didakwa.
Mengikut pihak otoritas kapal Titanic, selepas dijalankan pemeriksaan terhadap senarai barang-barang di atas kapal yang tenggelam itu, tidak ada senarai keranda Amen-Ra di dalamnya.
Puan Helena Blavatsky, seorang occulist tersohor yang dikaitkan dalam cerita tersebut telah meninggal dunia kerana penyakit selesema ,pada tahun 1891, sedangkan pengaitannya dengan cerita itu dan tenggelamnya kapal Titanic berlaku pada tahun 1912,.
James Bandi Educational Foundation resourse on the paranormal pseudoscientific and the supernatural telah membuat komen sebagai berikut megenai tulisan dusta itu, “Though this story has been circulated and verciculated, written and enthasiastically enhanced, it is just a story. The mummy never existed dan entire tale is a journalistic execise in bad writing and witless sensationalism, a story that the British Museum is often do deny. The Museum even publishes an official denial which is sent to those who inquire’.
British Museum ialah salah sebuah muzium terbesar di dunia mengenai sejarah manusia dan budaya, di mana terdapat 7 juta bahan-bahan koleksi daripada seluruh dunia.
Berhati-hatilah
Lihalah bagaimana mudahnya manusia menggunakan hujung jari nereka untuk membuat sesuatu pembohongan atau penipuan. Benda yang tidak ada pun diwujudkan sebagi anda, dan perkara yang tidak pernah berlaku pun diwujudkan sebagai sesuatu yang benar-benar berlaku.
Pada hari ini, ada sesetengah penulis dan para wartawan atau penceramah-penceramah menggunakan cara yang serupa untuk menipu orang ramai menerusi cerita mereka, terutama dalam membuat fitnah terhadap seseorang atau sesuatu pihak yang tidak disukai.
Oleh itu berhati-hatilah dalam membaca, sebelum kita menerimanya sebagai kebenaran, kerana adanya segolongan manusia hari ini tidak lagi memperjuangkan kebenaran dan sebaliknya suka menabur fitnah tanpa merasa takut ancaman-ancaman dosa yang akan menimpa mereka.
xxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment