Pantang Larang Ketika Makan [PETUA MEMIKAT SUAMI]

>> Friday, December 30, 2011




PETUA MEMIKAT SUAMI




PANTANG LARANG KETIKA MAKAN



ANDAINYA MENGHADIRI MAJLIS itu mempunyai tata cara tertentu, demikian juga ketika makan, khususnya makan di meja, sudah tentu mempunyai beberapa pantang larang yang patut diberi perhatian oleh orang-orang yang sedang makan.



Fatimah Yassin dalam ceramah itu menggaris beberapa perkara yang dinggapnya sebagai pantang larang itu.



-Jangan letakkan kedua-dua belah siku anda di atas meja.



-Jangan menolak pinggan anda ke tepi apabila anda selesai makan. Katanya, biarkan sahaja pinggan itu di hadapan anda sehingga pelayan mengambilnya.

Ketika makan adab sopan memang penting untuk dijaga supaya tidak pandang jijik dan memalukan



-Jangan sekali-kali anda mengelap sudu garfu anda dengan kain napkin. Ini akan menjatuhkan air muka tuan rumah. Jika anda makan di restoran di mana kebersihannya anda curigai, kalau anda hendak melakukannya, lakulah di bawah meja.



-Jangan minum semasa mulut anda penuh dengan makanan.



-Jangan celup makanan yang keras ke dalam sup, kopi atau susu dan sebagainya. Seelok-eloknya potong kecil-kecil dahulu kemudian baru dimasukkan ke dalam sudu, dan disuapkan ke mulut anda.



-Jangan tinggalkan makanan di pinggan. Ini adalah membazir. Seboleh-bolehnya habiskan makanan yang telah diambil itu. Oleh itu sebelum makan jangan ambil terlalu banyak makanan hingga membazir. Ini adalah etiqutte yang tidak elok sama sekali.



-Jika makanan yang disuap itu terlalu panas, cepat-cepat minum air. Kurang sopan kalau diluahkan balik.



-Jangan meludah ke pinggan anda, tulang ikan, biji buah-buahan atau yang seumpamanya. Benda-benda itu hendaklah dikeluarkan dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari anda tanpa membuka mulut, dengan kedua bibir dirapatkan. Kemudian benda-benda itu diletakkan di tepi pinggan ataupun boleh juga diluahkan di atas sudu makan, setelah itu diletakkan di tepi pinggan.



-Jangan sekali-kali sapukan tangan anda yang terkena getah buah pada kain napkin sebelum tangan anda dibasuh.



-Jangan menggunakan tangan jika memakan daging, ayam, walaupun peha ayam. Gunakan pisau dan garfu.



-Jangan bercakap-cakap semasa mulut penuh dengan makanan, kerana dengan berbuat demikian makanan itu mungkin tersembur keluar.



-Dan akhirnya nasihat beliau, jangan terburu-buru menelan makanan hingga menyebabkan tercekek.



Dan diingatkan sekali lagi, setelah selesai makan, ucapkan syukur kepada Allah-ALHAMDULILLAH



Soal penting mengenai menghadiri majlis dan soal makan minum telah selesai dibicarakan, dan untuk yang seterusnya akan dibincang mengenai perkara solek menyolek yang amat penting kepada setiap kaum wanita.



xxxxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP