Dari Kelantan Berjasa Di Pahang

>> Wednesday, December 21, 2011




DARI KELANTAN BERJASA DI PAHANG




Haji Cik Man atau Pak Da Haji Cik Man, seorang ahli al-Quran dan tukang lagu yang terkenal.



Beliau adalah peneroka tanah di Lubuk Kawah Pahang dan pengasas Pondok Lubuk Kawah yang termasyur itu.



Anak beliau, Haji Mat Saman pernah menjadi Imam Mukim Salor dan ayah kepada Hajah Faridah bt Mat Saman, Johan Qariah Kebangsaan dan Antara Bangsa yang masyur itu dengan isterinya Hajah Cik Yam.



Tandanya kita sampai di Kampung Salor yang termasyur dalam banyak perkara



Haji Cik Man yang berjasa ini berasal dari Salor, tapi beliau mungkin telah dilupai oleh generasi-generasi baru penduduk Salor hari ini.



Kemunculan Haji Cik Man ini merupakan sebahagian daripada keunikan Kampung Salor, yang meruapakan salah sebuah kampung yang istimewa di negeri Kelantan Darulnaim, baik dari segi penduduk, pendidikan, budaya, agama dan sejarahnya yang unik.



Pada masa dahulu Kampung Salor ini pernah muncul sebagai pusat pengajian agama yang termasyur dan menjadi tempat kelahiran beberapa orang tokoh agama yang termasyur yang termasuk dalam kategori ulamak.



Salah seorang dari mereka, ialah Haji Cik Man Salor; nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Samad, salah seorang guru pondok dan ulama yang terkenal di negeri Pahang. Beliau berasal dari Kampung Gertak Lembu, Salor.



Beliau lebih dikenali dengan nama Haji Cik Man, tapi di kalangan masyarakat tempatan beliau lebih dikenali dengan panggilan “Pak Da Haji Cik Man”.



Beliau kembara ke Pahang dan merupakan peneroka Kampung Lubuk Kawah.



Sehingga kini masih belum diketahui dengan jelas pendidikan awal Haji Cik Man. Namun ada cerita-cerita mengatakan beliau pernah sampai ke Patani untuk belajar agama. Patani pada masa dahulu memang terkenal sebagai tempat berkembangnya syiar Islam dan banyak mempunyai pondok-pondok agama.



Sebelum beliau berhijrah ke Pahang pada tahun 1920an beliau diketahui sempat bersahabat dengan Tok Jerulung, dan merupakan salah seorang daripada murid perintisnya di peringkat awal, bersama dengan Pak Nik Awang Pengkalan Ujid, Salor [Pengkalan Ujid ini masih ada sampai sekarang, dan dianggap sebagai kawasan yang keras oleh penduduk tempatan sampai ke hari ini], Pak Nik Haji Hamzah Gertak Lembu. [Surau di tepi jalan berhampiran dengan gertak Lembu itu adalah Surau Pak Nik Haji Hamzah].



Jerulung ialah sebuah kampung kecil dalam daerah Salor yang letaknya berhampiran dengan Sekolah Salor, tak berapa jauh dari Kedai Salor.



Tukang Lagu


Haji Cik Man adalah seorang yang terkenal ahli dalam bidang al-Quran dan termasyur sebagai tukang lagu, di mana pada masa dahulu seorang tukang lagu sering mendapat undangan untuk mengalunkan suaranya yang merdu itu di majlis-majlis keramaian atau keraian.



Dengan kebolehannya itu beliau telah dilantik menjadi Imam Mukim Salor yang keempat, di mana masjid Salor itu letaknya tidak begitu jauh daripada kampungnya, Kampung Gertak Lembu. Ketiga-tiga imam sebelumnya ialah Haji Samat Alim bin Hj. Ahmad, Ibrahim bin Haji Samat Alim, Haji Ali bin Salih, iaitu adik ipar Ibrahim.



Di samping itu beliau juga berkhidmat sebagai guru al-Quran. Dua orang daripada muridnya yang terkenal, ialah Haji Idris bin Salih dari Kampung Lubuk Jambu dan Pak Nik Mahmud “Api” bin Osman dari Kampung Kur [1896-1984].



Kemudian beliau meninggalkan Kg.Gertak Lembu dan berhijrah ke Pahang. Pada permulaan penghijrahannya beliau tinggal di Kampung Bintang, Temerluh.


Jalan Pasir Mas-Salor, bermula dari Wakaf Cik Yeh sampai ke Kepala Tembak, dikenali dengan nama Jalan Salor



Saya masih ingat, pada suatu ketika dahulu, ketika saya masih kanak-kanak, ramai orang-orang dari Kg. Salor berjirah ke Pahang untuk membuka tanah, di antaranya termasuk keluarga penulis sendiri, seperti keluarga Hj. Mat Sa’d Mak Wok, dan sepupu saya sekeluarga, Mek Yah masih ada lagi di Pancing, sekarang. Kebanyakan mereka beranak pinak di sana dan tidak balik ke kampung halaman lagi, antara tempat yang menjadi tumpuan mereka ialah Lubuk Kawah, Mila dan Ulu Tembeling.



Di Kampung Bintang, Hj. Cik Man berkahwin dengan anak perempuan, Khatib Ahmad, seorang pendekar yang kaya.



Sebagai menantu kepada pendekar Khatib Ahmad dia dihormati oleh masyarakat sekitar dan menjadi seorang yang berpengaruh.



Dari situ Haji Cik Man menjadi peneroka Kampung Lubuk Kawah yang letaknya kira-kira 5 batu dari bandar Temerloh.



Di situ beliau telah berjaya membuka sebuah pusat penganjian pondok yang terkenal dan mendapat sambutan menggalakkan daripada segenap lapisan masyarakat.



Beliau termasyur alim dalam kitab Jawi dan dalam bidang bacaan al-Quran.



Pondok Lubuk Kawah mencapai puncak kegemilangannya pada pertengahan tahun 1920an. Pada masa itu terdapat seramai kira-kira 550 orang pelajar di pondok tersebut.



Tapi akibat Bah Merah yang melanda pada penghujung tahun 1926 dan awal tahun 1927 telah memusnahkan Pondok Lubuk Kawah. Di negeri Kelantan Bah Merah mulai berlaku pada 24 Disember 1926, menenggelamkan bandar Kota Bharu selama kira-kira 4 hari.



Pondok Lubuk Kawah dibangun kembali pada tahun 1928 dan pembelajarannya disambung semula seperti biasa, sehinga sampai ke zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada awal tahun 1940an.



Tapi pengistiyaran Undang-undang Darurat telah memusnah pusat pengajian pondok itu. Lubuk Kawah termasuk dalam kawasan darurat yang dikenali dengan Kawasan Hitam, di mana semua penduduknya terpaksa mengosongkan kawasan itu. Undang-undang Darurat diistiyarkan pada bulan Jun 1948.



Beliau sendiri sebagai pengasas pondok telah berpindah ke Kampung Berhala Gantang. Beliau hanya kembali semula ke Kampung Lubuk Kawah selepas ianya diistiyarkan sebagai kawasan putih pada tahun 1955.



Beliau meninggal dunia pada 2 Mahram 1375 H bersamaan dengan 20 Ogos 1955.



Keluarga


Beliau mempunyai 12 orang anak lelaki dan perempuan hasil perkahwinannya dengan tiga orang isteri, iaitu Sofiah Abdul Karim, dari Kelantan, Rafiah Khatib Ahmad dari Kg. Bintang, Pahang dan Jaamah Hussin dari Kampung Lonik, Negeri Sembilan.



Anank-anak beliau dengan isteri tuanya Sofiah ialah Daud, Haji Mat Saman, Embong, Zainab, Deraman, Aminah dan Aisah.



Anak beliau dengan isterinya Rafiah Khatib Ahmad ialah Haji Ibrahim.



Sementara anak-anak beliau dengan isteri terakhirnya, Jaamah ialah Maimunah, Salamah, Rokiah dan Kalsom.



Anaknya Haji Mat Saman pernah menyandang jawatan Imam Mukim Salor dan pernah beristerikan Hajah Cik Yam bt Ci Had, seorang tukang lagu termasyur di sekitar tahun 1950an . Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Hajah Faridah, johan Qariah Kebangsaan dan Antara Bangsa yang termasyur itu. Haji Mat Saman meninggal dunia di Kampung Bukit Tingkat, Temerloh, iaitu kampung yang diterokainya, pada tahun 1987



Rencana ini ditulis berdasarkan tulisan sahabat saya, Ismail Cik Daud, seorang penulis yang terkenal dalam bidang biografi tokoh-tokoh ulama. Dan tulisan ini merupakan sebahagian daripada bahan-bahan yang dapat saya kumpulkan dalam kajian yang saya lakukan mengenai sejarah kampung saya, Kampung Salor yang unik itu. Kajian ini sebenarnya telah lama saya lakukan, tapi tidak pernah selesai dan sebahagian daripadanya pernah diterbitkan.



xxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.


13 comments:

lloni September 1, 2012 at 2:17 AM  

Terima kasih Pak Rahmat atas info ini..saya sendiri sempat berguru atau mengaji Quran dgn arwah Pok Nik Haji Hamzah. Mengenai Hj Mat Saman..emk saya ada 'bbaghi' akan cerita tersebut. Tapi tak menyeluruh. Cuma yg di beri tahu bahawa isteri arwah Tok Imam Yahya tu adalah adik beradik dgn Hjh Faridah..mungkin adik beradik satu bapak. Tiga org Tok saudara saya adalah memastautin di Lubuk Kawah malah kubur mereka pun di sana.

p/s: Tok Imam Yusof adik kpd tok imam Yahya telah meninggal pada 28/8/2012

lloni September 1, 2012 at 2:18 AM  

Terima kasih Pak Rahmat atas info ini..saya sendiri sempat berguru atau mengaji Quran dgn arwah Pok Nik Haji Hamzah. Mengenai Hj Mat Saman..emk saya ada 'bbaghi' akan cerita tersebut. Tapi tak menyeluruh. Cuma yg di beri tahu bahawa isteri arwah Tok Imam Yahya tu adalah adik beradik dgn Hjh Faridah..mungkin adik beradik satu bapak. Tiga org Tok saudara saya adalah memastautin di Lubuk Kawah malah kubur mereka pun di sana.

p/s: Tok Imam Yusof adik kpd tok imam Yahya telah meninggal pada 28/8/2012

lloni September 1, 2012 at 2:58 AM  

kalu Pak rahmat tahu cerita pasal Hj Ahmad Tok Imam salor yg rumahnya dulu sebelah Balaisaf Hj Hamzah aka Masjid Hj Hamzah (Pok Nik Haji Hamzah) tolong tulis sikit..

hanifhizam May 22, 2013 at 12:10 PM  

Assalamualaikum warahmatullah

menarik sungguh catatan tuan. saya sebagai cicit Tuan Guru Hj Cik Man (TG Abdul Rahman) sangat berbesar hati atas kesungguhann tuan mengkaji susur galur keturunan beliau hinggalah sekarang. semoga usaha tuan mendapat ganjaran setimpal dan dirahmati hingga akhir, Aamiin

hanifhizam May 22, 2013 at 12:11 PM  
This comment has been removed by the author.
Unknown June 4, 2013 at 12:47 AM  

Hanifhizam ada facebook tak?

Unknown June 4, 2013 at 12:48 AM  

Hanifhizam ada facebook tak?

anon September 6, 2017 at 11:39 AM  

Saya nak bertanya adakah Haji Abdul Rahman nie juga dikenali sebagai Tok Ayah Man dikalangan anak² muridnya? Adakah Tuan Tulis Haji Ismail bin Hussien Tu antara sebahagian anak² murid beliau?

Unknown July 28, 2018 at 9:38 PM  

utuk pgethuan penulis hji cek man pernah megjar di mdrasah kg paya hitam bera,era thun 48 higa awl thun 50 han beliu megilir naik perahu dari kg lubuh kwah tgh mlm didalm gelap gulita tk boleh psag api tkut dikethui kominis megikut ape yg dicerita kn oleh ank muridnya yg kini masih ada lagi nama siti kini umur ank murid hji cek man telah berumur 83 thun

Anonymous,  May 25, 2019 at 9:26 PM  

rasanya mmg Tuan Guru Haji Abdul Rahman Lubok Kawah ni guru kepada Tuan Haji Syeikh Ismail Tuan Tulis, Kg Talang, Kuala Pilah..

Cumanya tahun tu yg agak musykil, Tuan Tulis meninggal pada 1923 di Kuala Pilah dan sebelum sudah agak lama beliau balik ke Kuala Pilah, sdgkan menurut kisah di atas Tuan Guru Haji ABdul Rahman datang ke Lubok Kawah pada 1920an..

Kalau gurunya wali, pasti anak muridnya juga seorang wali..

Ninie January 25, 2022 at 9:55 AM  

Assalamualaikum sy ninie.. Cucu kepada hj ibrahim.. Cicit kepada hj abd rahman.. Dr temerloh, pahang.. Kami disini juga sedang mencari susur galur keluarga besar hj abd rahman..

Sangga Buana January 14, 2023 at 2:17 PM  

Gambar lelaki dan perempuan diatas tu siapa orangnya.

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP