Selepas Tiga Dekad Berlalu

>> Monday, December 5, 2011


TERKENANG SEMASA DULU.............




SELEPAS TIGA DEKAD BERLALU......




Selepas tiga puluh tahun berlalu, berbagai-bagai peristiwa telah berlaku dalam kehidupan kita, ada yang penting dan ada yang tidak penting, ada yang masih kita ingat dan ada pula yang telah lupa atau senghaja melupakannya, kerana tidak kita sukai.



Dua malam yang lepas, dan hari ini ialah hari Isnin 5 Disember 2011, saya kebetulan meniliti tajuk-tajuk sebuah majalah berusia tiga dekad untuk mencari rencana-rencana yang berkenan di hati untuk dibaca. Sememangnya saya tidak membaca semua rencana dalam sebuah majalah, sejak dahulu hingga sekarang, dan memilih mana-mana yang ingin baca sahaja.



Demikian juga ketika membeli majalah, kebiasaannya saya tidak membeli -kerana tajuk sesebuah majalah, tapi saya hanya membeli apa-apa majalah sahaja, sekiranya ada satu sahaja pun artikel yang hendak saya baca.



Ketika membalik-balik dan meniliti tajuk-tajuk dalam majalah Pengasuh bilangan 452, keluaran Jun, 1980 [Rajab, 1400 H], pada malam itu saya terbaca sebuah tajuk artikel berjodol “Kebebasan Untuk Para Remaja”, oleh Dr. Wineferd The Cook, pengarang dan ahli jiwa saya terus percaya bahawa ialah artikel daripada terjemahan saya. Dan bila saya baca para pertamanya, saya bertambah yakin bahawa irencana itu adalah hasil terjemahan saya yang pernah disiar dalam majalah DIAN sebelumnya.



Saya teringat pada suatu hari, [Datok ] Yusuf Zaky meminta saya menterjemahnya untuk siaran majalah DIAN dan menyerahkan teks asalnya kepada saya untuk diambil tindakan. Saya lupa majalah DIAN bilangan berapa rencana itu disiar, tapi ia boleh dirujukkan.



Pada tahun-tahun awal penerbitan DIAN, hampir seluruh karya yang disiarkan setiap keluaran adalah dihasilkan oleh kami orang dalam, terutama beliau sendiri, baik berupa terjemahan atau hasil dari karya sendiri. Pada masa itu kami tidak mengharap sumbangan dari penulis-penulis luar, kerana waktu itu tidak banyak penulis ilmiah yang boleh diharap membantu, kecuali puisi.



Dan telah menjadi polisi kami tidak menyiarkan nama kami sebagai penulis atau penterjemahnya lebih dari satu nama dalam satu keluaran. Itulah pesanan Ustaz Yusuf Zaky kepada saya, kerana katanya beliau tidak mahu majalah DIAN kelihatan hanya dikendali oleh seorang sahaja, tidak boleh jadi “one show man”.



Justeru hampir seluruh karya-karya terjemahan tidak dicatat nama penterjemahnya, walaupun terjemahan beliau sendiri dibiarkan tanpa nama penterjemah, dan kalau rencana pula saya terpaksa menggunakan berbagai-bagai nama samaran, jika lebih dari satu rencana yang disiarkan dalam satu keluaran.



Pada tahun tersebut, beliau juga bertugas sebagai Ketua Pengarang Pengasuh, sebuah majalah terbitan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan, Dan saya pula ketika itu tidak lagi bertugas dengan DIAN. Oleh sebab kandungan rencana itu baik, maka beliau telah menerbitkanya semula dalam majalah Pengasuh, tanpa menyedari bahawa ialah hasil terjemahan saya, sebagaimana yang pernah berlaku tanpa di senghaja pada beberapa buah rencana lain.



DIAN, sebuah majalah populer pada suatu waktu



Adalah menjadi kebiasan saya tidak membaca semua kandugan yang terdapat dalam sesebuah majalah, malah kadang-kadang saya tidak sempat membacanya dan disimpan untuk kegunaan masa-masa akan datang bila saya perlu membuat rujukan. Itulah sebabnya selepas 30 tahun berlalu barulah saya menyedarinya, iaitu selepas ketiga-tiga redaksinya telah meninggal dunia, iaitu beliau sendiri, Ustaz Haji Hassan Idris dan Ismail Awang.



Saya menulis cerita ini sebagai satu kenangan yang menghidupkan ingatan saya kepada masa-masa yang lalu, dan sebagai satu fakta tanpa sebarang niat untuk berbangga mengenai satu sumbangan yang begitu kecilnya dan tidak bermakna.



Oleh sebab kanduangan rencana itu masih lagi relevan buat waktu ini, terutama untuk bacaan para ibu bapa dan para pendidik, maka saya perturunkan rencana itu kembali untuk tatapan pembaca yang dihormati.



XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX



KEBEBASAN UNTUK PARA REMAJA



Sejauh manakah kebebasan yang harus diberikan kepada anak-anak muda remaja? Adalah satu pertanyaan yang sukar dijawab oleh para ibu bapa dengan cara yang memuaskan hati mereka. Di satu segi mereka sedang menghadapi anak-anak mereka yang membesar panjang dan menuntut kebebasan-kebebasan yang lebih banyak, sedangkan di satu segi yang lain pula mereka menaruh bimbang apakah akibat yang mungkin berlaku kalau diberikan terlalu banyak kebebsan kepada anak-anak mereka.



Hinggakan ibu bapa yang dianggap bijaksana mendidik anak-anak mereka dengan cara memberi kebebasan-kebebasan itu juga turut merasa begitu khuatir bila mereka terkenang kepada lubang-lubang bahaya yang mungkin menunggu untuk menjerumuskan anak-anak mereka yang sedang membesar panjang itu. Oleh itu tidaklah hairan kalau ibu bapa-ibu bapa yang begitu, gagal untuk mengawal anak-anak mereka di zaman kecil telah bertindak mengetatkan lagi kawalan itu apabila anak-anak mereka telah meningkat umur remaja. Mereka begitu bosan terhdap tindak tanduk anak-anak remaja mereka yang bertambah bebas itu. Tapi dengan tindakan mereka mengkongkong kebebasan akan menyebabkan anak-anak remaja itu melakukan pemberontakan-pemberontakan yang mungkin menjerumuskan mereka di dalam lubang-lubang bahaya yang memang ditakuti oleh semua ibu bapa itu.



Suku-Suku Primtif


Untuk menolong kita memahami masalah anak-anak remaja ini elok kita meninjau mencari perbandingan dengan apa yang berlaku di dalam masyarakat suku-suku primitif. Marilah kita tinjau upacara-upacara menyambut sampai umur yang diadakan di dalam masyarakat suu-suku primitif itu, Apakah kesan dan ertinya upacara-upacara itu kepada anak-anak remaja yang baru memasuki dunia dewasa itu.



Perubahan pertama yang dialami oleh anak-anak muda selepas upacara itu ialah perhubuingan-perhubungan mereka dengan keluarga telah terketepi dan perhubungan baru mereka pula terikat secara langsung dengan suku mereka pula. Dengan erti keluarga mereka tidak lagi dapat mengkongkong mereka kerana tugas-tugas mereka sekarang ini sudah menghala ke arah suku.



Mereka kini sudah dianggap dewasa, bukannya budak-budak mentah lagi. Perubahan yang kedua mereka telah diletakkan harapan untuk melaksanakan tugas-tugas orang dewasa, kerana mereka kini sudah dianggap layak untuk berburu, berjuang dan menyarakan hidup mereka sendiri, perubahan yang ketiga anak-anak muda itu telah diakui mempunyai kematangan jantina, dengan erti mereka kini telah dianggap layak untuk beristeri atau mendiri rumahtangga sendiri.



Selanjutnya perubahan-perubahan ini telah memberi kesempatan kepada anak-anak muda re sastumaja itu menerima pengakuan yang lebih jauh lagi, iaitu mereka dipandang sebagai orang-orang yang sudah mempunyai fikiran orang dewasa yang layak membuat keputusan-keputusan dan melaksanakannya demi kepentingan-kepentingan suku dan diri mereka sendiri.



Pendeknya selepas sahaja umur mereka sampai, anak-anak muda remaja di dalam masyarakat-masyarakat primitif dianggap semuanya sudah menjadi anggota-anggota yang dewasa di dalam masyarakat itu.



Masyarakat Bertamadun


Sekarang marilah kita bandingkan pula apakah yang berlaku kepada anak-anak muda remaja di dalam masyarakat kita yang bertamadun. Di kalangan keluarga-keluarga buruh, kita dapati sudah menjadi suatu peraturan bahawa anak-anak muda yang sudah tamat persekolahan mereka akan menceburkan diri mereka dalam usaha-usaha mencari penghidupan. Keadaan ini telah meberi kesempatan kepada mereka mendapat beberapa kebebasan dari ruahtangga yang bererti dapat memenuhkan sebahagian dari hasrat mereka untuk menikmati hidup bebas.



Tapi di dalam kalangan keluarga karyawan atau keluarga yang tinggi, kita dapati masa remaja ini memanjang dan melanjut hingga kadang-kadang membahayakan anak-anak muda remaja. Di dalam kalangan anak-anak remaja keluarga inilah yang sebenarnya timbul masalah sejauh mana kebebasan yang harus diberi kepada anak-anak muda itu, kerana mereka terpaksa melanjutkan pelajaran mereka ke universiti atau menjalani latihan dalam sesuatu pekerjaan yang tertentu.



Tegasnya mereka terpaksa belajar begitu lama sebelum bertugas mencari penghidupan dan sebelum membebaskan diri mreka dari keluarga kerana sepanjang masa belajar dan berlatih itu, mereka terpaksa bergantung kepada bantuan dan penyaraan keluarga mereka. Akibat yang lebih buruk lagi mereka terpaksa memendamkan keinginan jantina yang baru tercetus di dalam diri mereka di zaman remaja itu beberapa tahun lamanya, kadang-kadang sampai selepas mereka mulai bertugas mencari penghidupan, kerana mereka tidak mungkin mendirikan rumahtangga dan memuaskan naluri jantina mereka yang mendalam itu kecuali mereka mempunyai kebebasan ekonomi, iaitu gaji yang cukup untuk menyarakan keluarga mereka.



Tegasnya batas kematangan atau kesempatan umur mereka terpaksa ditangguhkan kira-kira enam atau tujuh tahun lagi, dalamana mereka terpaksa hidup di dalam suasana budak-budak dan di dalam masa-masa inilah perjuangan mereka untuk menikmati kebebasan berlangsung dengan sengitnya.



Seandainya ibu-ibu bapa mengakui bahawa masa hidup anak-anak muda remaja mulai dari umur 14 atau 15 hingga 20 tahun lebih itu merupakan umur-umur tangguhan yang tidak tabie kepada mereka, maka dapatlah ditentukan dengan lebih bijak sejauh manakah kebebasan yang harus diberikan kepada anak-anak mereka yang membesar panjang itu.



Ibu-ibu bapa juga harus menyedari bahawa sifat-sifat kelelakian dan keperumpuanan itu sudah pun terbentuk sebaik-baik sahaja anak-anak mereka baligh. Di samping itu rekod-rekod ilmiah menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang manusia itu sudah pun tiba pada bata maksimanya ketika dia berumur kira-ktra 16 tahun lagi. Selepas itu kecerdasan tidak lagi bertam bah kecuali terlalu sedikit, tetapi kebijaksanaan seseoang itu akan terus bertambah dengan bertambahnya pengalaman-pengalaman dan umurnya. Para penyiasat telah merumuskan hasil penyelidian mereka bahawa keinginan jantina seseorang lelaki adalah memuncak setinggi-tingginya di dalam masa remaja.



Bergantung Kepada Ibu bapa


Tahun remaja dan tahun-tahun sebelum remaja harus dipergunakan untuk membentuk sikap-sikap yang sihat pada anak-anak untuk menghadapi dunia hidup; seandainya ibu-ibu bapa yakin bahawa anak-anak mereka sudah diperlengkapkan dengan ilmu pengetahuan yang cukup dan didikan dengan sikap-sikap yang sihat terhadap hal-hal yang penting dalam hidup, maka tidaklah wajar lagi kepada mereka menaruh kebimbangan atau kebebasan yang diberikan itu menjahanamkan anak mereka terutama mengenai masalah-masalah jantina.



Sejauh manakah kita harus memberi kebebasan kepada anak-anak muda remaja itu? Jawapannya adalah bergantung kepada sikap ibu bapa itu sendiri terhadap anak-anak mereka. Adakah anda telah menggalakkan anak-anak anda berpendirian bebas sejak mereka kecil lagi? Adakah anda telah mengajar mereka berdiri sendiri? Kalau anda telah berbuat begitu, maka berilah kebebasan yang cukup kepada anak-anak remaja anda, tapi bimbinglah mereka apabila mereka menghadapi kesukaran-kesukaran yang tertentu dan perhatilah tindak tanduk mereka dengan penuh kewaspadaan dan jangan campur tangan kecuali bila diperlukan oleh mereka. Seterusnya hormatilah keperibadian dan keindividuan anak-anak remaja anda sebagaimana anda menghormati orang-orang dewasa lain yang hidup bersama anda.



Anda mungkin menaruh bimbang bahawa anak-anak anda akan tergelincir di dalam lubang-lubang bahaya, tapi kenangilah bahawa jika orang-orang dewasa juga mungkin neghadapi lubang-lubang bahaya itu dan kita hanya dapat mempelajarinya dengan pengalaman. Tidak ada yang lebih baik dari peengalaman-pengalaman kita yang lalu bahawa kita harus mempelajari sesuatu dengan sendiri.



Sebaliknya kalau anda tidak pernah mendidik anak-anak anda berdiri sejak mereka kecil lagi, maka tidak wajar kepada anda memberi kebebasan yang seluas-luasnya kepada mereka di waktu remaja, kerana mereka akan jadi kebingongan tidak tahu menggunakan kebebasan yang baru diberikan itu, malahan anda harus memberi kebebasan kepada mereka secara berangsur-angsur. Mula-mula galakkan mereka berfikir dan bertrindak dengan keputusan mereka sendiri hingga mereka perlahan-lahan menjadi bebas.



Kebijaksanaan


Golongan kanak-kanak yang dikawal begitu ketat di zaman kecil dan tidak diberi kesempatan-kesempatan yang wajar untuk mereka bertindak sendiri mengikut daya utama mereka adalah merupakan golongan kanak-kanak yang akan menimbulkan kesulitan-kesulitan bila mereka telah berumur remaja kelak. Pada masa itu mereka akan merasa bosan dengan kebebasan-kebebasan yang diberikan kepada mereka dan mereka merasa benci terhadap kelemahan-kelemahan diri mereka dan akan marahkan ibu bapa mereka yang telah membelenggu mereka di masa kecil itu.



PENGASUH, majalah tertua tanah air yang masih hidup



Tabiat dan kelakuan mereka berubah-ubah, sekali mereka begitu mesra dengan perlindugnan ibu bapa mereka dan sekali pula mereka memberontak dan bertindak sewenang-wenang. Kelakuan-kelakuan remaja yang nakal, suka membuat bising, bergurau senda secara melampau-lampau dan menunjukkan pekerti yang tidak senonoh di tengah jalan adalah merupakan riaksi dari kongkongan-kongkongan yang dialami mereka di zaman kecil.



Mengapa ibu bapa takut memberi kebebasan yang luas kepada anak-anak mereka yang membesar panjang itu? Boleh jadi kerana anak anda telah memilih kawan-kawan yang tidak begitu menyenangkan hati anda. Oleh sebab itulah anda bertindak mengenakan kawalan yang ketat ke atasnya. Percayalah anda bahawa tindakan yang seperti itu sia-sia, kerana perasaan cintakan kebebasan memilih kawan telah pun mendalam dalam hatinya dan sebarang tindakan menindaskan kebebasan ini akan menyebabkan anak-anak anda lebih berpegang kukuh dengan kawan-kawan yang dipilih olehnya.



Sebenarnya adirasa memilih kawan mulai membentuk di masa sebelum mereka berumur remaja lagi, ketika anak-anak anda masih berumur 9 tahun atau 10 tahun, maka masa inilah yang wajar untuk anda mengawasi samada anak-anak anda beroleh kesempatan mencari dan memilih kawan-kawan yang baik dan bila anak-anak anda sudah meningkat umur 14 atau 16 tahun, maka adirasa memilih kawan itu sudah pun siap terbentuk.



Jika anak-anak anda telah memilih kawan-kawan yang tidak begitu baik, maka kewajipan anda ialah berusaha menggantikan kawan-kawan yang tidak baik itu dengan kawan-kawan yang baik. Sebenarnya kawan yang seperjuangan dan sehaluan itu merupakan satu keperluan kepada anak-anak muda anda samada lelaki atau perempuan dan sebarang tindakan menghalangi mereka dari bersahabat teman itu akan menimulkan akibat yang buruk.



Ibu bapa hendaklah mengurangkan sebanyak-banyaknya perbuatan menghalangi usaha-usaha anak muda yang membentuk fikiran mereka sendiri dan mencari haluan-haluan hidup yang benar-benar sesuai dengan diri mereka. Saya maksudkan dengan kata-kata “halangan” ini bukan hanya sekadar halangan fizikal, malahan meliputi perbuatan mengejek dan ketawa senda terhadap fikiran-fikiran mereka yang agak bertentangan dengan fikiran kita. Buah fikiran mereka mungkin mentah, tetapi tidak sedikit pula terdapat yang matang. Yang pentingnya ialah fikiran-fikiran itu merupakan percubaan-pecubaan mereka untuk berfikir sendiri. Perbuatan mengejek fikiran mereka bererti membataskan kebebasan mereka dan menimbulkan marah dendam mereka, sedanglan perasaan marah dendam itu adalah satu perasaan yang meruntuh dan menyekatkan kesuburan jiwa.



Anak-anak muda remaja terlalu sensitif, sikap mereka begitu serius terhdap diri mereka. Mereka mudah tersinggung dan tergoris perasaan. Oleh itu ibu bapa harus berhati-hati dan berwaspada agar tidak terpijak perasaan-perasaan mereka yang halus itu.



Kebebasan dan kesempatan-kesempatan untuk mengembang subur itulah yang amat diperlukan anak-anak muda remaja sepanjang tahun-tahun mereka terpaksa hidup bergantung kepada kita supaya mereka dapat mengembang subur menjadi lelaki dan perempuan yang matang sempurna.


xxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulur Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP