BIARLAH
>> Saturday, December 3, 2011
TERKENANG SEMASA DULU.............
BIARLAH
Pada suatu masa [Datok] Yusuf Zaky Yaacob berada di Singapura, masa itu Singapura masih merupakan sebahagian daripada bumi Malaysia. Beliau adalah seorang penulis dan pemikir Islam tanah air yang terkenal dan merupakan salah seorang daripada guru saya.
Allahyarham Datok Yusuf Zaky Yaacob, penulis dan pemikir Islam yang terkenal.Foto:Arkib PR.
Pada suatu ketiKa beliau dan kawan-kawanya masuk ke sebuah kedai makan di Singapura. Ketika sedang asyik berbual-bual, mungkin pada masa itu, beliau baru balik dari Mesir, datang pelayan kedai itu bertanya, apa yang beliau hendak minum?
Oleh sebab beliau sedang asyik berbual-bual itu, maka beliau pun menjawa, “Biarlah dulu”, yang bermaksud tunggulah dahulu.
Pelayan itu terus berlalu, dan tidak lama kemudian datang semula membawa sebotol beer [arak] dengan sebuah gelas kosong, meletaknya di atas meja di hadapan beliau.
“Ada apa lagi, encik?”, Tanya pelayan itu.
“Eh, apa ni?”, kata [Datok] Yusuf Zaky dengan terkejut, “saya tak minta arak ini”, katanya.
“Tapi, tadi encik minta beer?”, jawab pelayan itu.
“Oh begitu,”, jawab beliau, “maksud saya biar dahulu itu, “tunggu dahulu, bukannya beer”.
Beliau dan rakannya terus ketawa berdekah-dekah.
Perkara ini pernah diceritakan oleh beliau kepada saya, dan kisah singkat ini juga pernah dicatat oleh Abu Zaky Fadzil, kalau tidak silap saya pernah disiar dalam Berita Minggu.
Saya teringat kisah lucu Allahyarhman Datok Yusuf Zaky ini ketika terpandang tiga buah buku kecil yang dihasilkan oleh Abu Zaky Fadzil beberapa malam yang lepas. Saya terus terkenangkan Datok Yusuf Zaky, di mana saya pernah berkhidmat dengan beliau hampir dua dekad.
Buku Abu Zaky Fadzil mencetus kenangan
Ketiga-tiga buah buku itu berjodol “Apa itu Laitul-Kadar”, “Alfatihah” dan “Khazanah dari al-Quran”. Buku terakhir itu, iaitu Khazanah dari al-Quran diterjemah khusus dari karya Al-Shaikh Mahmud Shaltut, Shaikul Azhar, Mesir dan diterbitkan pada tahun 1971 dengan tujuan untuk memungut derma pembinaan surau baru Ampang Jaya yang bernilai RM40,000.
Pada masa itu Abu Zaky Fadzil adalah Penasihat Bahagian Agama Penerbitan Pustaka Ilmu [PPI] yang beralamat di Petaling Jaya.
Sebagai seorang penulis saya pernah menyimpan hasrat untuk bertemu dengan beliau, tapi tidak pernah berkesempatan sampai ke hari ini.
Saya rasa selepas perisitiwa itu beliau pun tidak pernah berkunjung ke Kota Bharu, dan menjadi tamu kepada Yusuf Zaky Yaacob seperti beberapa orang penulis lain, seperti Allahyarham Pak Sako, Kris Mas dan sebagainya.
Surau kayu lama Ampang Jaya sekitar tahun 1970an yang dibina secara gotong royong oleh penduduk-penduduk Islam tempatan.
Saya masih ingat juga, salah sebuah daripada buku itu saya perolehi daripada pejabat Menteri Besar Kelantan mungkin sekitar awal tahun 1980an, sewaktu saya mula-mula masuk berkerja. Pada waktu itu terdapat setimbun buku terseburt di sebuah bilik di pejabat MB terbiar begitu sahaja. Ketika ditanya kenapa buku itu tidak diedarkan, salah seorang kakitangan di situ memberitahu “ada masalah sedikit”, dan bila saya tanya lebih lanjut, dia pun tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan. Walau bagaiaman pun akhirnya buku itu tidak lagi kelihatan berlonggok di bilik tersebut.
Sekian
xxxxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment