Sesuaikan Diri Dengan Majlis [PETUA MEMIKAT SUAMI]
>> Wednesday, December 28, 2011
PETUA MEMIKAT SUAMI
Sesuaikan Diri Dengan Majlis
[Kali ini dilanjutkan lagi pembicaran mengenai tata cara untuk menghadiri sesuatu majlis yang perlu anda hadiri. Sebagai seorang wanita anda perlu mengetahui tata cara untuk menghadiri sesuatu majlis, baik majlis formal atau majlis biasa, supaya anda tidak merasa canggung, dan suami anda yang ada bersama merasa aman dan selesa].
Andainya anda seorang yang berjawatan, atau seorang pemimpin yang berpengaruh, ataupun anda isteri kepada orang kenamaan atau berpangkat sudah tentu dari waktu ke waktu anda akan diundang untuk menghadiri majilis-majlis tertentu yang terpaksa anda hadir. Biasanya majlis-majlis itu diadakan di tempat-tempat yang istimewa dan disertai dengan majlis jamuan di mana perserta ramai dan terdiri dri orang-orang kenamaan juga.
Justeru sebagai seorang individu atau sebagai seorang isteri anda sudah tentu mengetahui tata cara untuk menghadiri majlis-majlis itu, baik sorang diri atau bersama suami anda yang yang diundang menyertainya. Kalau tidak mengetahui tata caranya sudah tentu anda akan merasa canggung yang akan membuat anda tidak selesa.
Antara yang pentingnya anda mesti mengetahui cara duduk dan berdiri dan bagaiama untuk membawa diri anda dalam semua majlis yang anda hadiri.
Menurut Fatimah Yassin, dalam ceramahnya, bila seseorang duduk, dia hendaklah duduk tegak, sandarkan badan ke belakang, kempiskan perut, silangkan kaki dan bawa kedua-dua kaki ke sebelah tepi. Cara ini adalah cara duduk yang sempurna bagi wanita.
Pandai menyesuaikan diri dengan majlis formal atau tidak formal mempunyai seni yang tersendiri.
Berdiri juga hendaklah mengikut cara yang betul supaya kelihatan sopan, iaitu dengan berdiri tegak, buka dada dan kempiskan perut, kedua-dua kaki hendaklah dirapatkan, sementara kaki kanan hendaklah ke depan sedikit dari kaki kiri.
Pada mula-mulanya, kata beliau anda merasa kekok kerana tidak biasa, tapi dengan melakukan latihan akhirnya anda akan merasa selesa dan konfidan ketika anda menghadiri mana-mana majlis dan di mana sahaja sekalipun.
Anda sudah tentu pernah menghadiri majlis-majlis jamuan formal ataupun biasa, oleh itu amatlah perlu kepada anda mempelajari tata tertib pergaulan, cara-cara duduk dan berdiri dengan betul, supaya anda dipandang sopan, cantik dan berbudi bahasa.
Beliau menegaskan, “Kecantikan sejati seseroang wanita itu, dipandang dari sopan santun serta budi bahasa yang baik. Ini termasuklah cara menyesuaikan pakaian pada masa dan situasi yang tertentu. Begitu juga dengan cara bagaimana kita harus menyesuaikan diri walau di mana sekalipun”.
Kita suka menambah, walau bagaiamana pun bagi wanita Islam, memilih pakaian dan berhias diri bukan sahaja mesti sesuai dengan tempat, tapi juga yang pentingnya mesti selaras dengan aturan agama, yang menuntut anda menutup aurat.
Beliau seterusnya mengingatkan, jika anda menerima undangan ke majlis-majlis jamuan seperti jamuan makan, jamuan minum teh, jamuan hari jadi dan seumpamanya, seboleh-boleh anda hendaklah sampai sebelum atau tepat pada waktunya.
Katanya, “Adalah kurang sopan, kalau kita lewat, ketika jamuan sudah diedarkan dan tetamu lain sedang menikmati hidangan”.
Kalau anda diundang ke majis-majlis yang formal, anda hendaklah berhati-hati memilih pakaian yang sesuai, dan juga sekali lagi kita suka menambah pakaian tersebut mestilah yang menutup aurat andainya anda wanita Islam.
Anda juga dinasihatkan, ketika melangkah masuk ke sesebuah majlis, anda hendaklah berjalan dengan sopan, dan jangan malu-malu atau tersipu-sipu yang boleh menjejaskan personaliti anda.
Di samping itu, katanya ketika menghadiri sesuaut majlis, selain daripada cara duduk dan berdiri yang betul, anda juga perlu mengetahui tata tertib pergaulan agar sentiasa dipandang manis dan sopan mengikut lunas-lunas kebiasan yang dibenarkan sebagai seoerang wanita Islam.
Klik:Petua Memikat Suami
xxxxxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni
0 comments:
Post a Comment