Petua Membina Kesopanan Diri
>> Tuesday, December 27, 2011
PETUA MEMIKAT SUAMI
Petua Membina Kesopanan Diri
Semua wanita ingin menjadi cantik dan kelihatan cantik. Dalam hal ini mereka ingin mempunyai bentuk badan yang menawan hati dan sentiasa kelihatan menarik di sepanjang masa.
Tapi bukan semua wanita yang dilahirkan di dunia ini dengan rupa yang cantik, rupawan dan menawan. Namun begitu menurut Fatimah Yassin dalam ceramahnya ada beberapa petua dan cara yang boleh diamallkan oleh kaum wanita supaya kelihatan lebih cantik dan menarik.
Walau bagaimana pun, katanya seseorang wanita yang cantik sekalipun tidak akan kelihatan cantik, jika dia tidak menjaga dirinya dengan wajar, dan selalu berada dalam keadaan selekeh, tidak mempunyai harga diri dan tidak bersopan santun.
Beliau telah mendedahkan beberapa petua dan amalan yang boleh dijadikan amalan oleh kaum wanita supaya sentiasa kelihatan menarik dan cantik khususnya di mata suami tercinta.
Menurut beliau ada sesetengah wanita memasuki kelas-kelas modelling yang khusus untuk mempelajari cara berjalan yang betul, etiquete pergaulan dan lain-lain perkara yang dapat membentuk personaliti seseorang wanita, dan pandai menyesuaikan diri bukan sahaja di rumahtangga tapi juga di mana mereka berada.
Menurut beliau untuk mempunyai bentuk badan yang sempurna dan dan mampu berjalan seperti seorang model, kaum wanita perlu melakukan beberapa latihan tanpa perlu masuk kelas, kerana ianya boleh dilakukan di rumah sendiri.
Untuk tujuan tersebut beliau menyarankan latihan-latiahan seperti berikut untuk membentuk bentuk badan yang sempurna.
Berdiri tegak, jangan membongkok, kemudian letkkan sebuah buku di atas kepala. Tujuannya ialah untuk melatih seseorang wanita berjalan dengan tegak.
Kata beliau, da baiknya kalau latihan berjalan ini dilakukan di hadapan cermin panjang supaya mereka dapat melihat sendiri latihan yang sedang mereka lakukan.
Mula berjalan dengan langkah kanan, rapatkan kedua-dua belah kaki, dan biarkan kedua-dua lutut bergesel ketika berjalan.
Ketika berjalan, katanya angkatkan kepala tegak memandang ke depan, jangan sekali-kali menundukkan kepala semasa berjalan. Bidangkan dada, kempiskan perut, tahan nafas, dan jangan biarkan perut menonjol ke depan.
Dengan berbuat demikian wanita itu akan kelihatan lebih tinggi dan segak, tapi jangan pula melenggang-lenggang kedua belah tangan atau menghayun-hayunkannya.
Berjalan dengan segak dan penuh keyakinan pada diri sendiri, nescaya mereka akan kelihatan menarik.
Katanya satu perkara yang perlu diingat ialah jangan sama sekali berjalan dengan keadaan terburu-buru atau tergesa-gesa. Semasa berjalan, atur dan hayun langkah setapak demi setapak.
Katanya beliau yakin setelah menjalani latihan-latihan yang ditunjukkannya itu, wanita tersebut akan dapat berjalan dengan betul dan segak di samping mempunyai cara berjalan dan berdiri yang sempurna.
Pada hemat kita, latihan ini amat sesuai dengan wanita yang bekerja supaya kelihatan lebih sopan dan santun, apa lagi jika dikenakan dengan pakian sopan yang menutup aurat, dan bukan sama sekali untuk menggoda lelaki lain.
xxxxxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni
0 comments:
Post a Comment