Isteri Bekerja, Pandai-pandailah Jaga Suami

>> Sunday, December 25, 2011






Assalamualaikum,Helo Sayang




ISTERI BEKERJA, PANDAI-PANDAILAH JAGA SUAMI




“Kak, saya ni ada beberapa tahun lagi baru cukup umur pencen. Tapi suami saya dah beberapa tahun pencen. Bosanlah kak macam ni”. Antara lain kata seorang wanita kepada seorang wanita lain yang dipanggilnya kakak.



“Kenapa pula? Bukankah lebih rihat?”, Tanya yang dipanggil kakak itu.



“Eh tidaklah! Mana tak bosannya kak, semuanya kita kena buat. Pagi-pagi kena siap anak hendak sekolah, balik petang kena siap makan suami, malam kena bangun buat susu anak; suami hanya tidak menolong apa-apa walaupun telah tidak bekerja. Asyik tidur sahaja. Penatlah kak”.

Berpergerakan dan berpersatuan memang bagus untuk membantu pertumbuhan keluarga yang sihat dan membina perkembangan negara, kedua-duanya harus dibina serentak. Gambar hiasan. Foto Arkib @pR



Dalam pengaduan wanita itu tersirat beberapa perkara. Pertama dia seorang wanita yang bekerja, dia seorang isteri dan seorang ibu, dan suaminya enggan membantu walaupun telah pencen.



Tegasnya, dia seorang permasuri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang pengurus rumah tangga.



Demikianlah sebahagian daripada panaroma kehidupan wanita kita hari ini yang kian meningkat bilangan mereka yang bekerja dalam berbagai-bagai sektor tahun demi tahun.



Ada wanita bekerja dengan kerajaan, dengan swasta, dari jawatan serendah-rendah hingga setinggi-tingginya, termasuk dalam bidang politik dan pentadbiran negara, dan ada politik yang bekerja sendiri, dalam berbagai-bagai sektor pula.



Sebahagian dari mereka mungkin telah bekerja lebih awal daripada mereka bersuami, malah mungkin juga kerana bekerja itulah menjadi salah satu faktor mereka dipilih menjadi isteri. Sebaliknya ada pula wanita yang bekerja selepas mendirikan rumahtangga, setelah menjadi isteri.



Kenapa Bekerja?


Ada beberapa faktor mendorongkan seseorang wanita menceburkan diri dalam pekerjaan untuk mencari rezeki, ada di antara yang baik, dan ada juga kerana sebab-sebab yang tidak wajar.



Ada wanita bekerja untuk menambah pendapatan keluarga, ini memanglah baik, kerana dapat membantu kehidupan rumahtangga mereka supaya dapat berjalan dengan lancar dan sebaik mungkin.



Ada sesetengah wanita berkerja untuk mencari rezeki untuk membolehkan mereka bermewah-mewah dalam hidup, seperti untuk memiliki kereta besar, rumah mewah, berfoya-foya ke sana ke mari dan sebagainya.



Tujuan bekerja seperti ini sudah tentu mengundang bencana, boleh menyebabkan mereka terlibat dalam perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral, melibatkan diri dalam ikatan hutang-hutang kerana memburu kemewahan yang akhirnya menimpakan bencana ke atas mereka sekeluarga.



Ada pula sesetengah wanita yang keluar bekerja untuk menghilangkan rasa hina dan malu terhadap pandangan negatif masyarakat terhadap wanita yang tidak bekerja pada hari ini, lalu mereka mencari kerja, walaupun mereka tidak perlu berbuat demikian.



Ada wanita bekerja, kerana demikianlah anggapan dan harapan ibu bapa dan keluarga kepada setiap wanita yang mempunyai pendidikan dan kelulusan, seharusnya bekerja bila tamat belajar, untuk mendapat ganjaran gaji sebagai imbuhan kepada masa dan belanja yang telah dihabiskan untuk mereka belajar.



Lagi pun pinjaman-pinjaman pelajaran yang dibuat untuk mengongksi pembelajaran mereka, siapa yang hendak membayarnya, jika mereka tidak bekerja? Jumlshnys buksn ratusan ringgit, tapi berpuluh-puluh ribu ringgit, malah mungkin juga ratusan ribu ringgit. Mahu tidak mahu mereka terpakasa bekerja, setidak-tidaknya untuk melangsaikan hutang belajar yang akan menimbulkan masalah jika tidak diselesaikan.



Ada wanita bekerja kerana kepakaran yang dimilikinya dalam sesuatu bidang ilmu, kerana itu mereka terpaksa bertugas dengan berjauhan daripada keluarga dalam masa yang panjang, seperti bertuas di luar negara.

Mencari rezeki untuk membantu keluarga mengikut kemampuan masing-masing, memanglah baik dan terpuji.Foto Arkib @pR.



Beberapa orang isteri sahabat-sahabat saya kerana negara memerlukan kepakarannya dalam bidang-bidang tertentu telah dihantar oleh majikannya bertugas di luar negara. Justeru itu suami-suami mereka sering kali trpaksa mengambil cuti panjang untuk bersama dengan isteri-isterinya itu, malah ada di antaranya terpaksa membawa ahli-ahli keluarga untuk tinggal bersama mereka ketika bertugas di luar negara demi keselamatan dan keselesan.



Ada wanita bekerja untuk mendapat wang dan membolehkan mereka bebas berbelanja sesuka hatinya kerana diperolehi dari hasil titik peluhnya sendiri. Sesetengah wanita yang rakus seperti ini, tidak memilih pkerjaan, tanpa mengira halal atau haram semuanya dilakukankan asalkan memperolehi pendapatan yang memuaskan hatinya.



Itulah yang menyebabkan sesetengah wanita, termasuk isteri-isteri orang, menjalankan kerja-kerja terkutuk, memperdagangkan kecantikan dan tubuh badanya sendiri sebagai umpan untuk mengejar pendapatan yang lumayan.



Ada pula sesetengah wanita bekerja kerana bimbang dengan masa hadapan mereka yang tidak menentu. Sebagai sseorang isteri mereka bimbang akan berlaku perceraian, atau ditinggalkan suami yang akan menyebabkan mereka dan anak-anak akan terbiar dan hidup merana seperti yang sering kita dengar. Justeru dengan mempunyai sumber pendapatan sendiri perkara yang tidak diingini itu mungkin dapat dicegah daripada menimpa mereka bila perpisahan benar-benar berlaku, dan mereka dapat meneruskan hidupnya dengan selesa walapun tanpa suami yang selama ini menjadi payung keluarga.



Perlukan Bantuan


Sudah tentu isteri yang bekerja terpaksa meminta bantuan orang lain dalam menguruskan rumahtangga mereka, sekurang-kurangnya untuk mengasuh anak waktu mereka bekerja.



Ataupun mana-mana keluarga yang mampu akan mencari pembantu rumahtangga, untuk menyiap rumah, menjaga anak-anak dan juga untuk menjalankan urusan dapur.



Namun begitu, kita percaya wanita-wanita yang bekerja ini tidak akan mengabaikan urusan rumahtangganya walaupun mereka mereka mungkin mempunyai pembantu rumah, bibiklah katakan.



Setiap hari sebelum keluar rumah pergi bekerja, dia akan terlebih dahulu memapastikan urusan rumahtangganya tidak terbangkalai dan berada dalam keadaan yang sebaik-baiknya.



Antara urusan-urusan rumahtangga yang penting diberikan perhatian ialah pakaian suami dan anak-anak.



Jika perkara-perkara pokok seperti ini tidak diberi perhatian oleh isteri yang bekerja, kemungkinan besar kehidupan rumahtangga mereka akan kucar-kacir dan berantakan, yang mungkin menjadi bibit kepada kehancuran rumahtangga mereka jika terus berlanjutan dan menjadi punca tekanan kepada suaminya yang sukar untuk bertolak ansur.



Kadang-kadang di sinilah letaknya lubang-lubang kehancuran ruamhtangga, di mana suami yang liar, akan mengambil peluang untuk menggoda pembantu-pembantu rumah mereka yang genik yang juga mencari peluang untuk mendapat layanan yang lebih istimewa daripada majikannya.



Ada beberapa orang kenalan sasya di ibu negara KL menceritakan bahawa mereka mempunyai pembantu rumah yang berdahi licin dan pandai melayan yang menyebabkan mereka menjadi tergoda dan menaruh kebimbangan terhadap kekuatan imannya bila mereka berada berdua-duan di rumah tanpa isterinya bersama.



Malah ada di antara mereka m sengaja mencari peluang untuk lebih kerap berada bersama dengan pembantu rumah seperti itu tanpa isteri, seperti dengan jalan meminta isterinya pergi bekerja sendirian terlebih dahulu di waktu pagi, sedangkan dahlunya mereka hanya menggunakan sebuah kereta sahaja, si suami menghantar dan mengambil isteri setiap hari. Waktu petang pula si suami akan sampai ke rumah lebih awal dari kesampaian isterinya. Berbagai-abagai alasan diberikan suami untuk menghalalkan perbuatannya itu.



Oleh itu wahai para isteri, selalulah berhati-hati dengan keadaan-keadaan yang berlaku dalam rumahtangga anda supaya tidak menjadi bibit-bibit fitnah yang akan melanda dan merosak binasakan rumahtangga anda.



Malah anda hendaklah dengan penuh kebijaksanaan, berusaha mengelak rumahtangga anda yang dibina itu daripada menemui kemusanahan kerana kecuaian akibat kesibukan anda bekerja, mencari razeki.



Isteri yang bijaksana akan mengelak daripada melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya. Dia tidak akan menyerahkan seluruh tugas asasinya itu sepenuhnya kepada pembantu rumahnya, atau menyerahkan sepenuhnya kepada suaminya yang juga bekerja.



Andainya suami anda terlalu amat memerlukan anda, sedangkan anda tidak dapat memberikannya kerana naik bendera merah, gunakanlah kebijaksanaan anda untuk memberikan kepuasaan dengan cara lain yang halal kepada suami anda, dengan rela berkorban dan dengan persetujuan suami anda yang memang mengetahui ada “no entry” di laluan yang biasa dilaluinya. Ini lebih baik daripada membiarkan suami anda menjadi gila, mengamuk, mengancam keselamatan anda dan anak-anak anda. Gunakanlah kebijaksanaan anda sebagai seorang wanita dan isteri yang selama ini mempunyai kemampuan untuk mencairkan hati suami anda.



Jangan jadi seperti sesetengah wanita hari ini, walaupun tidak bekerja, tapi sibuk dengan urusan luar, berpersatuan, berorganisasi, mesyuarat di sana, mesyurat di sini, ke hulu ke hilir, keluar pagi, malam baru balik, dan keluar malam, larut malam baru balik ke sana ke mari, dan bercampur bebas dengan kawan-kawan lelaki dan perempuan, kerana mereka mempunyai kemewahan hidup, maka dengan itu mereka melupakan tugas mereka kepada suami dan anak-anak.



Malah ada juga dari mereka yang memberi makan daging busuk kepada suami mereka, dengan melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk, mencari lelaki lain untuk memuaskan nafsu dengan alasan dia diabaikan oleh suaminya, dia kesepain kerana selalu ditinggalkan suami, kerana itu terpakasa mencari lelaki muda untuk menjadi teman menghilangkan kesepian.



Masyallah sampai hatinya manusia ini!



Isteri yang bertindak di luar kawalan seperti itu bererti mengundang petaka ke dalam rumahtangga, selain daripada menempah dosa yang terkutuk, dan meletak rumahtangganya di pintu neraka kemusnahan.



Jauhilah daripada sikap mementingkan diri sendiri, bahawa dengan bekerja itu bererti anda berhak membebaskan diri anda daripada suami anda, kerana anda mempunyai sumber pendapatan sendiri dan tidak lagi memerlukan sumbangan kewangan daripada suaminya, kerana itu anda meerasa anda boleh berbuat dan bebas melakukan apa sahaja tanpa persetujuan suami anda sekali pun, apa lagi andainya pendapatan anda lebih lumayan daripada suami anda sendiri.



Itu ertinya keangakuhan, sedangkan bekerja tidaklah bererti membersikah diri anda daripada memikul tugas sebagai seorang isteri, baik dari segi lahir atau batin, demikian juga tugas kepada anak-anak dan keluarga tidak tidak terhapus kerana anda bekerja.



Tegasnya wanita yang bekeja hendaklah bijak menggendalikan dirinya sebagai seorang pekerja dengan tugasnya sebagai wanita menjadi isteri di rumahtangganya.



Andalah Permaisuri, andalah Bonda, andalah Jungus, andalah Buruh, anda adalah Pelayan dalam sebuah perahu rumahtangga anda yang memerlukan kebijaksanaan anda untuk menguruskannya. Jika anda enggan mengemudikannya dengan baik, anda bersikap acuh tak acuh bererti perahu rumahtangga anda mungkin akan melanda karang-karang yang akan memusnahkan seluruh rumahtangga anda. Kalau ia berlaku, tidak ada siapa yang boleh dipersalahkan, kecuali diri anda sendiri.



Semoga dijauhkan Allah. Semoga anda hidup bahagia di samping suami tercinta, dan anak-anak tersayang, Semoga kebahagian anda berkekalan.



Hidup ini hanya sekejap. Pejam celik- pejam celik, tidur bangun- tidur bangun, sedar-sedar usia anda telah larut senja, maka jagalah masa yang singkat itu supaya anda memperolehi kebahagian di dunia dan menikmati kebahagian di akhirat.



xxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP