Tip Naik Turun Kereta Dan Tangga
>> Sunday, January 15, 2012
PETUA MEMIKAT SUAMI
TIP-TIP NAIK TURUN KERETA DAN TANGGA
Segala sesuatu dalam hidup ini perlu dilakukan dengan wajar selaras dengan masa dan tempatnya. Kalau tidak, gerak laku kita akan menjadi sumbang dan memberi kesan yang tidak baik.
Justeru semua perkara yang dilakukan, baik perkara yang kecil, dan lebih-lebih lagi perkara yang besar, mestilah dilakukan mengikut cara-cara yang sebaik-baiknya yang boleh memberi manfaat .
Dalam hal ini, ada perkara-perkara yang terlalu lumrah dalam kehidupan kita, yang menjadi amalan kita saban hari, menyebabkan kita tidak menyedari bahawa ada cara yang lebih baik lagi yang dapat kita lakukan daripada amalan yang telah menjadi kebiasan kita itu.
Di sini diberikan beberapa tip daripada Fatimah Yassin dalam ceramahnya yang berguna untuk mendapat perhatian anda dalam menjalani hidup setiap hari.
Naik Dan Trun Kereta
Mengikut perhatian, kebanyakan wanita, apabila masuk atau keluar kereta dengan cara yang tidak betul sehingga nampak kurang manis. Apatah lagi andainya mereka memakai skirt pendek atau kain berbelah di hadapan.
[Patut diingatkan di sini bahawa wanita Islam diperintah menutup aurat dan diharam sama sekali mendedahkannya. Jadi nasihat seumpama ini adalah sesuasi untuk wanita-wanita bukan Muslim].
Hati-hatilah membawa tas tangan, bukan sahaja tas tangan yang terancam, malah keselamtan dan nyawa anda juga teancam
Beliau lalu mengutarakan cara-cara yang betul untuk masuk dan keluar kereta kepada kaum wanita, supaya kelihatan sopan dan manis.
Ketika hendak masuk ke dalam kereta, baik di sebelah depan atau di belakang kereta, masukkan dulu punggung anda, kemudian baru kedua-dua belah kaki, iaitu dengan cara mengangkat dan menghayunkan kaki ke dalam.
Apabila anda hendak keluar pula, keluarkan kedua-dua kaki dahulu, kemudian baru anda bangun dan keluar. Dengan cara begini, anda akan kelihatan sopan.
Naik Turun Tangga
Naik dan turun tangga juga ada mempunyai cara yang betul. Ia bukan sahaja berguna dari segi kecantikan, tapi juga yang pentingnya untuk menjaga kesihatan anda.
Anda semua memang telah biasa dengan naik dan turun tangga, baik di rumah, di pejabat, di kompleks membeli belah dan seumpamanya. Tapi tahukah anda cara yang betul untuk naik dan turun tangga?
Semasa anda naik tangga, anda hendaklah menegakkan badan anda, kempiskan perut dan pijakkan tapak kaki anda pada anak tangga, supaya berat badan anda menjadi seimbang.
Beliau menasihatkan, jangan sama sekali menjengkit bila naik tangga.Perbuatan itu tidak elok dari segi kesihatan, kerana berat badan anda tidak menjadi seimbang.
Dan apabila anda turun tangga, buatlah seperti itu juga. Dengan berbuat demikian anda akan kelihatan lebih sesuai sebagai seorang wanita.
Membawa Tas Tangan
Beg tangan atau tas tangan memang menjadi teman kaum wanita. Ia dibawa ke mana-mana sahaja bila wanita keluar rumah, baik di waktu siang atau malam, ke majlis-majlis besar atau kecil, ke pejabat ataupun ke pasar. Tas tangan seolah-olah menjadi perhiasan kepada kaum wanita.
Jika anda perlu membawa tas tangan, pilihlah tas tangan yang sesuai dengan anda, baik dari segi ukuran besar kecilnya, dari segi warna, dan juga cara-cara anda membawa beg tangan itu, terutama ketika berada di majlis-majlis.
Tapi anda hendaklah berhati-hati dengan keselamatan tas tangan yang anda bawa itu, kerana pada hari ini terdapat ramai para pencopet dan peragut di sana sini yang sentiasa menunggu mangsa untuk dikorbankan. Yang malangnya, bukan sahaja tas tangan anda dan segala kandungannya, yang akan terkorban, tapi juga keselamatan anda sendiri, tuan empunya tas tangan turut terancam sebagaimana yang sering berlaku.
Justeru, berhati-hatilah andainya anda perlu memabwa tas tangan ke tempat-tempat ramai. Jangan dedahkan diri anda kepada bahaya dan ancaman yang sentiasa mengintip.
Sentiasalah berdoa kepada Allah untuk keselamatan.
xxxxxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment