Tata cara Untuk Bermake-up [PETUA MEMIKAT SUAMI]
>> Monday, January 2, 2012
PETUA MEMIKAT SUAMI
TATA CARA UNTUK BERMAKE-UP
KATAKANLAH ALAT-ALAT MAKE-UP yang ada perlukan telah anda beli dan siap untuk digunakan. Tapi tahukah anda menggunakannya secara yang wajar supaya ia sesuai dan benar-benar berkesan?
Kita suka mengingatkan, janganlah anda lupa mengucap syukur anda mempunyai wajah yang cantik, malah semua wanita dijadikan Allah cantik.
Dan anda juga patut bersyukur kerana anda dikurnikan rezeki dan mampu membeli bahan-abahan solek yang anda perlukan dan juga bahan-bahan lain yang anda dan keluarga anda perlukan.
-----------------------------------Wajah isteri Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor
Kita juga hendak mengingatkan supaya anda tidak tersalah make-up, nanti suami anda bukan sahaja tidak menyukainya, malah membuat anda kelihatan seperti hantu atau badut wayang yang menjadi bahan ketawa.
Oleh itu petua-petua yang diberikan oleh Fatimah Yassin dalam ceramahnya itu patut diberi perhatian untuk dijadikan panduan kepada anda dalam mengenakan make-up yang berkesan.
Beliau menginatkan, sebelum anda mengenakan make-up pada muka anda, pastikan muka anda betul-betul berada dalam keadaan bersih.
Kemudian ikuti cara berikut sebagaimana dijelaskan oleh beliau dalam cermahanya itu:
Segarkan muka anda dengan losyen penyegar. Tujuannya ialah untuk menghilang kesan make-up yang tertinggal selepas cucian, juga untuk menegangkan kulit untuk sementara waktu dan menyegarkan lagi kulit anda.
Sapukan losyen pelembab., supaya kulit muka anda sentiasa lembut dan kelihatan muda.
------------------------------Wajah Raja Perempuan, Trengganu, bekas Permaisuri Agong
Seterusnya beliau memberi petua berikut bagaimana untuk menggunakan make-up, iaitu dengan cara menitikkan kerim atau losyen sedikit demi sedikit pada pipi, hidung, dagu, dahi dan kelopak mata. Katanya, dengan lembut sapukan hingga ke garis anak rambut dan di bawah rahang hingga rata. Tapi awasilah jangan sampai terlalu ketara.
Selepas mengenakan make-up asas, gunakanlah pemerah pipi. Tjuannya menurut beliau ialah:
a].Untuk memperlihatkan tulang pipi yang menarik, dengan cara menyapu pemerah pipi di rongga pipi dan ratakan. Sapukan pemerah pipi pada tulang rahang, jika tulang rahang terlalu lebar, dan ratakan arah ke bawah.
b]Untuk mengecilkan sedikit bentuk muka yang panjang, serta runcing, dengan cara menyapu pemerah pipi dari kanan pada tulang pipi terus ke garisan anak rambut.
c]Untuk mengecilkan muka yang bersegi atau terlalu bulat, dengan menyapukan pemerah pipi ke atas dalam bentuk tiga segi hingga keluar sudut muka.
Katanya sebelum memakai bedak, sapukan pembayang mata pada kelopak mata, ke arah kening mengikut warna kegemaran anda, jika anda menggunakan jenis krim.
----------------------------------------------Wajah isteri Menteri Besar Kelantan
Sapukan bedak ke serata muka dengan menggunakan kapas bersih. Cecahkan kapas kepada bedak debu, kemudian sapukan pada muka dengan cara menekan-nekannya. Kemudian beruskan muka dengan dengan berus yang lembut, untuk memperkemaskan make-up.
Gariskan pensel celak atau jenis cecair pada pangkal bulu mata sebelah atas dan bawah mata. Setelah itu barulah dikenakan mascara pada bulu mata atas dan bawah.
Memakai celak, dengan menggariskan bentuk kening anda yang asli dengan lorekan yang lembut dan perlahan.
Akhir sekali kenakan gincu bibir, anda boleh gunakan pensel penggaris bibir untuk menggaris bentuk asli bibir anda, atau gunakan berus bibir. Kemudian sapukan gincu bibir pada bibir anda. Untuk mempelihatkan bibir yang basah, sapukan dengan penggilap bibir [lip glass] ke atas gincu bibir.
Akhir sekali, katanya untuk menimbulkan seri pada wajah anda, sapukan dengan pemerah pipi yang berbentuk bedak padat pada pipi, dagu, tulang rahang dan dahi.
Fatimah Yassin mengingatkan, ketika mennggunakan make-up pada waktu siang, biarlah sederhana supaya nampak asli. Waktu malam gunakan make-up yang tebal sedikit kerana sinaran akan memucatkan muka.
Dengan itu selesailah anda bermake-up, bergaya seperti seorang permaisuri, dan tunggulah suami anda pulang, lihatlah apa riaksinya? Dan bersedialah untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mungkin akan berlaku akibat tindakan anda itu?
xxxxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni
0 comments:
Post a Comment