Senaman Untuk Kecantikan Anggota-anggota Sulit
>> Saturday, January 14, 2012
PETUA MEMIKAT SUAMI
SENAMAN UNTUK KECANTIKAN ANGGOTA-ANGGOTA SULIT
Sebahagian besar daripada badan anda sebagai seorang wanita merupakan aurat dan tidak boleh didedahkan sesuka hati anda, malah anggota-anggota itu perlu ditutup dengan sebaik-baiknya.
Anggota-anggota tersebut hanya boleh dibukakan di hadapan orang yang anda kasihi, iaitu suami anda yang sah. Antara anggota-anggota sulit itu selain daripada faraj ialah peha, payu dara, leher, perut, punggung dan sebagainya.
Walaupun, anggota-anggota itu perlu ditutup daripada pandangan umum, tapi ia perlu sentiasa dijaga supaya berada dalam keadaan baik, sihat dan cantik dipandang oleh suami anda semata-mata.
Justeru itu anda perlu menjaga ksempurnaan anggota-anggota itu dengan tujuan semata-mata untuk keseronakan suami anda, tidak lain dari itu. Andainya niat anda tidak tertumpu ke arah itu, tapi untuk dijadikan tontonan ramai, terutama lelaki, ertinya anda telah merendahkan darjah diri anda sendiri sebagai pelacur jalanan yang ingin menggoda lelaki yang buas yang pantang melihat dahi yang licin.
Walau bagaimanapun di sini, kita terakan sedikit tatacara senaman petikan dari ceramah Fatimah Yassin untuk menjaga anggota-anggota sulit tersebut untuk panduan anda dalam menjaga keindahan dan kesegarannya supaya menjadi impian dan igauan suami anda yang dikasihi.
Untuk Kaki Dan Peha Yang Cantik
Ada dua cara senaman yang boleh anda lakukan untuk tujuan tersebut, senaman yang mudah dan ringan.
Pertama, mula-mula anda hendaklah baring di atas lantai dan luruskan kedua kaki anda kedepan. Angkat kedua-dua belah kaki ke atas seberapa tinggi yang boleh. Sokong pinggang anda dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Kemudian kayuh kedua-dua belah kaki seperti mengayuh basikal.
---------Jadikan diri anda seindah bunga yang segar, semanis bunga yang mekar. Aduhai sayang!
Kedua, anda hendaklah berdiri tegak dan kangkangkan kaki. Hayunkan tangan kanan untuk mencecah hujung kaki sebelah kiri, kemudian tangan kiri pula, mencecah hujung kaki sebelah kanan.
Senaman ini dapat memecahkan lemak-lemak pada pangkal peha dan di bahagian belakang kaki.
Memejal Dan Menegangkan Payu Dara
Bengkokkan kedua-dua belah tangan anda arah ke dada, selari dengan bahu. Tekankan kuat-kuat. Anda akan merasa tarikan pada otot-otot di bahagian bawah buah dada yang mana ini akan memejalkan otot-otot payu dara anda.
Lakukan sebanyak 6 kali pada setiap kali senaman. Dan anda juga boleh melakukannya sambil duduk.
Menjaga Kecantikan Mulut
Ini ada suatu senaman untuk menjaga kecantikan mulut anda. Anda hendaklah membuka mulut anda besar-besar sambil menyebut ah...ah...ah, kemudian memuncungkan mulut seperti menyebut oo...oo. oo.
Lakukan senaman ini beberapa kali. Cara ini dapat mengekalkan bentuk mulut anda.
Menjaga Kecantikan Leher
Leher anda juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Dengan melakukan senaman anda akan dapat menjaga leher anda supaya sentiasa jinjang dan mengelakkan dari dagu menjadi berlapis. Senaman ini boleh anda lakukan sambil duduk atau berdiri.
-Tegakkan badan anda, pandang ke hadapan. Pusingkan leher ke sebelah kanan, kedepan, ke kiri dan balik kedepan. Tunduk ke bawah, tegak semula dan dongak ke atas. Buatlah gerakan ini sebanyak 6 kali.
-Untuk mengelak dagu berlapis, tepuk-tepukan bahagian bawah dagu dengan kedua-dua tangan ataupun dengan cara pukul-pukulkan keluar dagu.
Senaman ini boleh anda lakukan semasa anda menonton televisyen atau semasa berihat-rihat sambil mendengar radio.
Sementara lompat berjengket-jengket boleh mengurangkan berat badan.
Akhir sekali sebelum masuk tidur, ai atas katil, luruskan badan dengan sepenuh tenaga [stretch], sehingga otot-otot anda terasa. Mulakan dengan kaki kanan dan diikuti dengan kaki kiri. Rehatkan diri.
Kemudian lakukan pada bahagian punggung, perut, pinggang dan belakang. Rehatkan diri.
Akhir sekali luruskan leher, bahagian muka dan otot-otot kulit kepala. Rehatkan diri.
Tarik nafas perlahan-lahan dan hembuskan nafas keluar. Anda akan merasa relek dan dapat tidur dengan nyenyak.
Mengamalkan senaman setiap hari, bukan sahaja dapat menjaga bentuk badan kita, malah juga menjaga kesihatan kita.
Untuk menurunkan berat badan, selain dari melakukan senaman, makanan juga harus diberikan perhatian.
Mengurangkan makanan adalah cara yang sebaik-baiknya untuk menurunkan berat badan. Kurangkan memakan makanan yang berlemak, berkanji dan juga bergula.
Banyakkan memakan buah-buahan, sayur-sayuran hijau dan meminum air kosong.
Jika anda dapat mengamalkan senaman dan mengurangkan makan, pasti akan dapat memiliki tubuh yang ramping di samping menjaga kesihatan anda.
Semoga dengan itu bertambahlah sayangnya suami anda kepada anda, siang menjadi angan-angan dan malam-malam menjadi dakapan dalam sebuah rumahtangga yang bahagia.
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment