Bibir Anda Yang Menawan
>> Tuesday, January 24, 2012
PETUA MEMIKAT SUAMI
BIBIR ANDA YANG MENAWAN
Kita sering tersenyum. Kita sering melihat orang tersenyum. Ada senyum manis yang menawan, mempesonakan, dan sebaliknya pula senyum membosankan, mengejek. Sesungguhnya senyum yang terpancar dari bibir seseorang itu memang banyak mengandungi rahsia.
Senyumlah, senyum memintal kasih
Seserorang jejaka akan jatuh hatinya dengan senyuman yang menawan yang terpancar dari bibir seorang gadis.
Saya masih lagi saya terpesona dengan senyuman isteri saya, Allahyaramah Asiah Yaacob, [semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya], ketika saya pertama kali bertemu dengannya di suatu majlis, dan dengan seyum seperti itu jugalah terukir di bibirnya ketika dia meninggalkan kami buat selama-lamanya,
Senyumlah, senyum menambat hati suami
Apakah rahsia di balik senyuman yang menarik itu?
Seyuman Dan Bibir
Seyum itu terpancar dari bibir, kerana itu untuk mendapat senyuman yang menarik, menambat hati suami, jagalah bibir anda dengan sebaik-baiknya.
Untuk mendapat senyuman yang menarik, Fatimah Yassin telah memberikan petua-petua yang berikut.
Katanya, bibir kita nipis bak kertas dan terlalu sensitif. Keadaannya sentiasa basah, merkah dan berkedut.
Tapi gincu bibir dapat memberi perlindungan kepada kelembaban itu.
Senyumlah, senyum merungkai kekusutan
Setiap malam, ketika anda mengurut muka dengan krim, jangan lupa sapukan juga krim itu pada bibir merkah.
Untuk bibir yang terlalu sensitif, terutamanya yang tidak boleh terkena gincu bibir, gunakan krim pelindung bibir, kemudian sapukan gincu bibir seperti biasa.
Krim ini juga dapat menyembuhkan bibir yang merekah.
Di sebalik Senyum Anda
Bibir yang cantik sekalipun, akan hilang sebahagian daya penariknya, jika ternampak gigi yang tidak rata tumbuhnya dan berwarna kuning.
Hanya dengan cara memberus gigi setiap lepas makan atau memberusnya sekurang-kurangnya dua kali sehari dapat memulihkannya.
Seyumlah, senyum menawan hati
Berus gigi pula hendaklah dijaga dengan baik. Seminggu sekali taburkan dengan garam biasa dan jemur.
Berapa lamakah anda harus menggunakan sebatang berus gigi? Mengikut pendapat pakar kesihatan, ialah empat hingga enam bulan.
Jika anda tidak dapat menggunakan berus gigi untuk membersih gigi selepas makan tengah hari, cuba jadikan kebiasaan berkumur mulut selepas makan.
Anda mestilah sekurang-kurangnya membuat pemeriksaan gigi dengan doktor gigi dua kali setahun.
Senyumlah, senyum itu pancanran hati
Tentukan, makanan seharian anda mengandungi cukup susu, biji-bijian, telur, keju, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Selepas makan, jangan biasakan mencuci mulut dengan juadah yang manis di antara waktu makan Amalan ini bukan sahaja boleh merosakkan gigi anda, tetapi juga dapat menambahkan berat badan anda.
Sekarang anda boleh tersenyum dengan yakin. Senyumlah. Murahkan dengan senyum. Sambutlah suami anda dengan seyum, dan lepaskan suami anda pergi bekerja dengan seyum terukir di bibir anda yang menawan. Semoga selepas kerja, dia akan terus balik ke rumah untuk menikmati senyuman anda yang menawan itu. Tidak bibir lain lagi yang diingatinya, selain bibir anda. Tidak anda senyuman lain yang bermain di matanya, selain senyum anda yang menggoda dan penuh makna itu.
xxxxxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment