Bulan Dan Pengaruhnya Terhadap Manusia
>> Friday, January 13, 2012
BULAN DAN PENGARUHNYA TERHADAP MANUSIA
Salah satu fenomena alam yang menarik ialah bulan tersembul di langit biru di waktu malam. Cahayanya putih memerak, lembut dan tersebar ke seluruh alam. Ramai yang tepukau dengan sang rang bulan dan terpesona dengan keindahan alam. Lalu ada di antara mereka mengambil bulan sebagai perlambangan cinta sejati antara dua hati yang telah berpaut kasih.
Bulan bertambah indah kelihatan di dada langit biru, bila bintang-bintang bertabur di sekitarnya dengan cahaya yang gemerlapan. Maka dikatakanlah “bagai bulan dipagar bintang”, yang indah bertambah lagi keindahannya ciptaan Tuhan.
Nyanyian Unggas Malam
Maka setiap malam bulan terang, cuaca yang terang, langit yang cerah dengan cahaya bulan memerak menyelimuti kampung tempat kami tinggal ini, akan kedengaran burung berlagu ‘cuk-cuk”, berdendang merupakan seruling malam yang mistri. Lagunya senada, tapi senada itulah terletaknya keharmonian dengan suasana malam yang terang benderang, terutama di malam purnama raya.
Bulan tepampang di langit senja
Dalam sinaran ratu malam, si unggas “cuk-cuk” akan memulakan dendang dari sejak awal-awal malam, hingga menjelang waktu fajar subuh memecah di langit menyambut ketibaan siang. Kadang-kala ia berlagu sampai kesiangan hari, tanpa disedarinya malam telah berlalu.
Itulah unggas yang merindukan bulan, dengan suara menghiba di kejauhan malam yang hening sepi. Tapi adakah sesiapa, generasi-generasi baru yang pernah mendengar unggas malam merindukan bulan, dan seterusnya adakah sesiapa yang suka mendengar suara unggas-unggas mendayu-dayu merindukan bulan di malam sepi?
Sesiapa yang pernah bangkit bersolat malam, khususnya yang tinggal di desa-desa yang dikelilingi oleh pepohon-pepohon, mahu tidak mahu akan mendengar suara unggas-unggas malam yang berlagu sepi di malam hari, yang akan menambah kekudusan hati mereka dalam menghening cipta mengingat Allah, Tuhan Rabbul Alamin. Akan tambah gementarlah hati mereka.
Pengaruh Bulan
Disedari atau tidak disedari, memang bulan yang ribuan kilometer terpacak di langit itu memang mempunyai pengaruh terhadap makhluk-makhluk di bumi, khususnya manusia. Sesetengah tindak-tanduk mereka, dan juga perasaan mereka terpengaruh oleh bulan di langit, sehingga bulan dijadikan ibarat dalam kehidupan manusia di bumi.
Malah ada sebahagian daripada manusia yang sesat telah memuja bulan, menyembah bulan dan bintang yang dipercayai dapat mempengaruhi hidup mereka, seolah-olah mereka telah terlepas dari kekuasaan Allah, sedangkan bulan dan bintang makhluk ciptaan Allah belaka.
Pada masa tidak lama dahulu, ibu-ibu yang sedang membimbing anaknya yang mulai belajar bercakap dan mengenal sesuatu, jika kebetulan berada di luar rumah, pada waktu malam bulan terang, akan mengangga mulutnya sambil menepuk-nepuk mulutnya yang terbuka itu berkata, “Wau-wau nun, bulan!”, sambil jari telunjuknya mengarah ke arah bulan yang benderang di langit. Si anak akan mendongak ke langit melihat apa yang ditunjuk oleh ibunya itu. Si ibu akan melakukan berulang-ulang kali hingga hatinya puas.
Bayang-bayang sebahagian daripada bumi yang kelihatan di permukaan bulan itupun, orang tua dulu percaya ialah gambaran nenek kebayan, seorang wanita tua bongkok tujuh yang dalam dongeng-dogeng dikatakan suka menolong orang yang kesusahan.
Sebenarnya, di angkasa raya terdapat berbagai-bagai bulan atau jisim-jisim yang mengelilingi orbit-orbit yang lebih besar daripadanya yang dijeniskan sebagai bulan, seperti bulan planet Zuhal, bulan planet Titan dan lain-lain. Tapi bulan kita, bulan yang kita nampak dengan mata kasar kita itu, ialah bulan bumi, tempat kediaman kita. Ia beredar mengeliling bumi dan merupakan bulan yang terbesar daripada segala bulan di angkasa setakat yang diketahui.
Ia beredar sekeliling bumi selama 273 hari dalam kedudukan 384,00 km di antara keduanya di bawah tarikan graviti bumi.
Menurut kiraan sains, usia bulan sama tua dengan usia bumi kita, iaitu 4.6 bilion tahun.
Bulan sebenarnya tidak bercahaya, apa yang kita nampak sebagai cahaya bulan itu ialah pantulan cahaya matahari. Kita hanya nampak sebelah sahaja muka bulan bahagian yang ditimpa cahaya matahari itu.
Ada bulan mana bintang-bintangnya yang gemerlapan?
Demikian juga tidak ada udara di bulan, kerana itu tidak ada bunyi yang kedengaran di bulan. Demikian juga, tidak seperti di bumi tiada air, tiada hakisan tanah di permukaan bulan.
Bulan merupakan bumi yang tandus dan mati.
Di permukaan bulan itu banyak terdapat kawah-kawah yang terjadi kerana rempuhan komet-komet yang melanggarnya. Mengikut kajian sains, kawah-kakwah bulan itu telah mencapai usia jutaan tahun, tapi masih utuh keadaannya.
Sebuah kawah bulan yang terbesar, ialah dikenali dengan nama Clavius, mempunyai garis pusat 230 km. dan sedalam 36 km.
Justeru bulan itu terletak berhampiran dengan bumi, maka graviti atau daya tariknya menarik air laut naik, dan ini menyebabkan air laut pasang di bahagian yang menhadapai bulan, dan ini menyebabkan air lautan mengalami pasang dan surut setiap hari.
Bomoh Yang Sesat
Bagi ahli-ahli mistik, bomoh-bomoh yang sesat menggunakan bulan sebagai satu bahan untuk melaksanakan maksud jahat mereka, sebagaimana mereka menggunakan batu dan kayu, dan hewan-hewan dalam ilmu sihir.
Orang-orang yang terkena sihir pengasih yang tertentu, perasaannya akan berkecamuk dengan kerinduan terhadap orang yang menjadikannya mangsa bila melihat bulan mengembang di langit.
Bomoh-bomoh pengasih juga membuat sejenis minyak pengasih yang diambil dari getah sejenis pokok, dan kemudian dipuja dengan cara-cara tertentu. Minyak ini dipanggil minyak “cenuai”, akan surut dan kering pada hari-hari biasa, tapi akan naik memenuhi botol pada masa bulan terang, khususnya di malam bulan penuh purnama.
Ada pula yang menjampi keris sakti mereka dengan mengaitkannya dengan bulan. Keris ini akan “hidup” pada hari-hari tentu dalam masa bulan purnama dengan bertukar rupanya menjadi seperti seekor ular yang bergerak-gerak minta dipuja.
Ada pula orang-orang yang menuntut ilmu salah, akan kepanasan bila bulan mengembang, kerana emosinya menjadi tidak stabil.
Selain itu ada lagi beberapa perkara dalam kehidupan kita ini dikaitkan dengan bulan di langit.
Datang Bulan
Kaum wanita datang haid, dikatakan “datang bulan”. Buah kelapa yang sebelah luarnya baik, tapi sebahagian daripada isi sebelah atas di sebelah dalamnya rosak, lemebek dan buruk, dikatakan “nyur dimakan bulan”.
Orang yang terlalu merindukan seseorang tapi tidak kesampaian dikatakan seperti “pungguk rindukan bulan”.
Wajah sang ratu malam tidaklah seindah imaginasi para teruna dan dara yang dilamun cinta,semacam pungguk rindukan bulan?
Kembara sepasang suami isteri yang baru lepas kahwin untuk berhibur, berdua-duan tanpa gangguan sesiapa atau keluarga di sesuatu tempat yang istimewa bagi mereka dikatakan “berbulan madu”. Alangkahnya manisnya bulan yang bermadu.
Asal Usul Kejadian Bulan
Manusia telah berjaya menjejaki tapak kaki mereka ke bulan. Dua orang angkasawan Amerika, iaitu Neil Armstrong dan Buzz Aldrin merupakan dua orang manusia julung kali mendarat di bulan pada tahun 1969 dengan kapal angksa Apollo XI.
Ada berbagai-bagai teori mengenai asal usul kejadia bulan. Teori yang populer mengatakan bulan itu terjadi daripad hasil pelanggaran sebuah jisim sebesar Marikh di angkasa dengan bumi menyebabkan batu-batunya pecah berkecaian pada peringakat awal kejadiannya, kemudian batu-batu yang bertaburan itu bertangkup kembali membentuk setongkol jisim yang kemudiannya dikenali dengan nama bulan itu.
Dalam Al-Quran
Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 189 Allah menyebut tentang bulan, “Mereka itu bertanya kepada engkau tentang bulan, [mengapa kecil, kemudian bertambah besar, kemudian kecil kembali]. Katakanlah, bulan itu untuk menentukan waktu bagi manusia dan untuk [mengerjakan] haji”. Al-Baqarah: 189.
Malah dalam kitab suci al-Quran ada sebuah surah dinamakan Bulan “AL-QAMAR”, di mana ayat pertamanya menyebut tentang bulan sebagai tanda kiamat.
Menurut tafsir Prof.Dr.H. Mahmud Yunus ayat itu bermaksud, “Telah hampir [saat] kiamat dan belah bulan [ketika itu].Al-Qamar:1.
Dr.Ahmad Hatta M.A. Dalam “Tafsir Quran Per Kata” telah menyatakan Asbabun Nuzul ayat tersebut dengan menganggkatkan Hadis berikut :“Dari Ibnu Mas’ud ra. berkata, “Aku melihat bulan terbelah menjadi dua bagian di Makkah sebelum Nabi keluar. Orang-orang berkata, Bulan telah kena sihir”.HR:Bukhari & Muslim.
Sementara Dr,Muhammad Taqi-ud-Din Al-Hilali dan Dr. Muhammad Muhsin Khan dalam “ Interpretation Of The Meaning Of The Noble Quran”membuat tafsiran seperti berikut “The Hour has drawn near, and the moon has been cleft asunder [the peopel of Makkah requested Pophet Muhammad SAW to show them a miracle, so he showed them the splitting of the moon”.
Demikianlah sekadar renungan bersama.
xxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment