Kecantikan Dari Hujung Kaki

>> Thursday, January 19, 2012




PETUA MEMIKAT SUAMI


KECANTIKAN DARI HUJUNG KAKI


Kesihatan yang baik amatlah penting kepada semua orang. Ia merupakan salah satu penentu kepada aliran kehidupan seseorang insan. Dengan tubuh yang tidak sihat atau berpenyakit, sudah tentu pergerakan kita menjadi terbatas, tidak seperti orang yang sihat segar. Lebih-lebih lagi kalau sakit berat yang memaksa kita terbaring di ranjang, tanpa boleh bergerak.



Oleh itu jagalah kesihatan kita dengan sebaik-baiknya. Ianya lebih berharga dari sebongkah emas mutu manikam. Kalau badan terlantar sakit, segunung emas pun tidak berguna.



Justeru itu, tidak ada nilai kecantikan bagi orang yang tidak sihat atau berpenyakit. Saya mengenali beberapa orang wanita yang dulunya sihat, cantik dan menawan, tapi kemudian jauh berubah bila dia menderita penyakit-penyakit kronis yang menyebabkan saya hampir tidak mengenali mereka lagi dari perawakan wajahnya.



Oleh itu, sihat dan cantik adalah dua perkara yang nampak berbeza tapi senada pada hakikatnya. Tidak ada kecantikan bagi orang tidak sihat, sebagaiamana pudarnya bulan di kesiangan hari.



Malah kecantikan sejati seseorang wanita sebenarnya terletak pada tubuh yang sihat dan fikiran yang tenang. [Insyallah kita akan membicara khusus mengenai rahsia ketenangan ini kerana ia melibatkan perkara-perkara yang lebih kompliketed].



Rihat



Mendapat rihat yang mencukupi adalah rahsia kecantikan yang paling baik.



Untuk kesihatan dan mengekalkan kecantikan, anda perlu mendapat rihat [relex]yang mencukupi untuk melembutkan segala urat-urat yang tegang, kerana bekerja sepanjang hari sama ada di pejabat ataupun menguruskan kerja-kerja rumah, terutama kepada para surirumah sudah tentu merasa lenguh letih dan penat pada bahagian kaki dan seluruh badan.



Demikian juga mereka yang selalu gugup, bersedih dan mempunyai darah gemuruh, cubalah belajar relex untuk menenangkan fikiran demi mengekal kesihatan dan kecantikan mereka.



Ikutilah petua-petua yang diberikan Fatimah Yasin ini sebagai berikut:


Kecantikan Dari Hujung Kaki



Mandi dengan air panas dengan menggunakan wangi-wangian dapat menolong merehatkan badan. Tapi sebelum masuk ke besin mandi, lakukan terlebih dahulu perkara yang berikut:



Berdiri di atas hujung kaki, seolah-olah anda hendak mencapai sesuatu di siling sehingga anda merasa urat tertarik. Kemudian bengkokkan badan dengan kedua-dua tangan jatuh ke bawah, dan kepala anda di antara dua kaki.



Goyangkan kepala anda perlahan-lahan dari kiri ke kanan. Goyangkan tangan anda dari pegelang tangan dan biarkan tulang belakang anda lembut.

Seindah warna, secantik bunga, selalu segar di ruang mata, pengubat hati yang tercinta



Jika anda tidak merasa puas dengan cara ini, anda boleh cuba meluruskan kaki [leg strech]. Ini dapat menghindarkan kaki daripada menjadi tegang dan otot-otot di bahagian betis supaya dapat berfungsi dengan baik, melembutkan otot-otot pada bahagian peha dan menolong menguatkan bahagian bawah tulang belakang.



Caranya



Baring terlentang di atas lantai. Pejamkan mata, luruskan kaki. Mulakan dengan satu kaki dahulu, diikuti dengan kaki yang satu lagi. Tolakkan tumit kaki anda ke depan seolah-olah anda cuba hendak menolak dinding dan angkatkan kaki kira-kira 12 inci dari lantai.



Jika anda lakukan dengan betul, anda dapat merasakan tarikan melalui betis ke lutut dan terus ke pangkal peha dan ke belakang anda. Ini adalah satu cara untuk menghindarkan ketegangan pada kaki.



Macam Hendak Pakai Stokin



Berihat seolah-olah anda hendak memakai stokin. Duduk dihujung kerusi, luruskan sebelah kaki, lutut lurus, tumit di lantai. Hembuskan nafas anda sewaktu anda menarik stokin ke atas.



Baring terlentang, tulang belakang tekan rata di atas lantai. Angkat kedua kaki dan bengkokkan, pegang dengan kedua tangan. Hujung kaki hendaklah lurus ke hadapan.



Semoga dengan melakukan senaman yang ringan ini, anda akan menjadi bertambah sihat dan segar, lebih bertenaga untuk menunai ibadah, dan bertambah cantik dan manis dipandang suami. Akan bertambah kasih dan sayangnya dalam pautan keimanan.



Amin!



xxxxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:




Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP