Menjaga Tajuk Mahkota Anda
>> Monday, January 23, 2012
PETUA MEMIKAT SUAMI
MENJAGA TAJUK MAHKOTA ANDA
Rambut di atas kepala adalah tajuk mahkota kepada setiap wanita. Oleh itu sebagai wanita, jagalah rambut anda dengan sempurna, supaya kelembutan dan kesuburannya sentiasa terpelihara.
Fatimah Yassin dalam ceramahnya telah memberi beberapa petua untuk menjaga kecantikan rambut dan cara-cara untuk mengenakan fesyen rambut yang sesuai dengan wajah seeorang. Ikutilah seterusnya.
Untuk mempunyai rambut yang lembut, basuhlah rambut seminggu sekali [kalau tidak perlu], bilaslah sebanyak tiga kali dengan air yang bersih. Ingatlah baki-baki kotoran yang tertinggal di kulit kepala atau rambut, akan menyebabkan rambut tidak bermaya.
Basuh berus rambut dan sikat anda setiap hari. Jangan biasa meminjam berus atau sikat orang lain. Gunakan tuala bersih selepas membasuh rambut. Dan juga gunakan sarung bantal bersih pada malamnya.
Bertudung adalah kemastian kepada Muslimah
Elakkan menggunakan tudung kepala yang ketat atau mengikat rambut dengan getah, kerana ia akan membuat rambut anda menjadi guru. Jika anda menggunakan “hair spray”, pastikan semburan itu berada 12 incin daripada kepala anda, supaya semburan itu tidak terlalu banyak melekat pada rambut.
Sebelum tidur, anda hendaklah memberus rambut anda 100 kali, iaitu dengan cara menundukkan kepala membawa kedepan. Lepas itu terus pula dari hadapan membawa ke belakang.
Selepas anda membasuh rambut, picit-picit kulit kepala anda. Rambut yang terbelah di hujungnya hendaklah dipotong.
Ingatlah jika rambut kerap terdedah pada pancaran matahari yang terik akan menjadikan rambut anada kering dan tidak bermaya.
Stail Rambut Dan Bentuk Muka
Kepada wanita-wanita Muslimah yang ingin keluar rumah, tidak memerlukan fesyen rambut yang kompliketed, kerana rambut mereka merupakan sebahagian daripada anggota yang harus ditutup daripada terdedah kepada umum. Justeru itu, walau bagaiamana cantiknya sekalipun feseyen rambut, ia terpaksa ditutup dengan kain tudung untuk melindunginya dripada terdedah.
Tapi anda tidak pula dihalang untuk memnyikat rambut anda seindah-indahnya ketika berada di rumah, bersama-sama dengan orang yang dikasihi. Biarkan hati suami anda sentiasa berdebar-debar bila melihat wajah anda, dari hujung kaki hingga ke hujung rambut.
Muka Bujur Sirih
Jika anda mempunyai muka bentuk bujur sirih sikatkan rambut anda ke belakang atau di siput di atas kepala, supaya tampak jelas bentuk muka anda yang cantik itu.
Muka Yang Lebar
Bentuk muka yang lebar, memerlukan fesyen rambut yang tinggi sedikit di atasnya, dan tutupkan sedikit pipi sebelah kiri dan kanan anda dengan rambut. Ini menyebabkan muka anda kelihatan kecil sedikit.
Rahang Yang Lebar
Bagi anda yang mempunyai tulang rahang yang lebar memerlukan fesyen rambuat yang pendek yang disikat melentik di kiri kanan pipi. Ini boleh menyebabkan tulang rahang yang lebar itu kelihatan kecil.
Di luar rumah kepala kena bertudung
Leher Pendek
Jika anda mempunyai leher pendek dan gemuk, ia akan kelihatan lebih ketara jika anda berambut panjang dan memakai baju berkolar. Justeru itu sebaik-baiknya anda berambut pendek atau disikat rambut ke atas. Pakai baju yang potongan lehernya simpel dan lebar.
Muka Kecil
Muka kecil memang cantik, tapi muka yang kecil ini akan hilang di sebalik rambut yang lebat, apatah lagi kalau memakai rantai manik yang panjang tergantung di leher. Fesyen rambut yang pendek dengan rantai leher yang pendek dan simpel akan menyebabkan anda kelihatan lebih manis dan kemas.
Muka Panjang
Anda yang mempunyai muka yang panjang harus berhati-hati dalam memilih fesyen rambut. Jangan memilih fesyen rambut yang tinggi, ini akan membuat muka anda kelihatan lebih panjang. Seelok-eloknya rambut disikat terus ke belakang. Fesyen rambut pendek dan kembang di kiri kanan akan menampakkan muka anda lebih pendek.
Dahi Lebar
Untuk anda yang berdahi lebar, anda hendaklah memtong rambut menutupi dahi anda [fringe].
Dagu Panjang
Jika dagu anda panjang, anda hendaklah seimbangkannya dengan fesyen rambut yang tinggi sedikit di atasnya dan menutupi sedikit di bahagian dahi, tetapi jangan pula menutupi semua bahagian dahi, kerana berbuat demikian menyebabkan bahagian muka di sebelah atas kelihatan pendek dan bahagian dagu kelihatan lebih panjang lagi.
Leher Panjang
Anda berbangga jika mempunyai leher yang jinjang, tetapi jika leher itu terlalu kurus, akan menjadi masalah pula kepada anda. Tapi iIni dapat anda lindungi dengan memakai baju berkolar tinggi atau dihiasai dengan rantai leher. Tapi jangan memilih fesyen rambut yang kembang di atas.
Waktu berdepan dan bergaya di hadapan suami anda dengan fesyen-fesyen rambut pilihan anda itu, perhatikan riaksinya, dan dengar apa katanya kepada anda. Saya harap beliau berkata manja, “Wahai darling, wajah darling bertambah cantik, I love you sayang” dan kata-kata seumpamanya.
xxxxxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment