Belailah Muka Anda Untuk Kelihatan Cantik Berseri [PETUA MEMIKAT SUAMI]
>> Saturday, January 7, 2012
PETUA MEMIKAT SUAMI
BELAILAH MUKA ANDA UNTUK KELIHATAN CANTIK BERSERI
Anda sebagai seorang wanita dan sebagai individu sudah tentu ingin dimanja-manjakan oleh orang-orang yang anda kasihi, ibu bapa kalau masih belum bersuami dan suami anda jika anda sudah berkahwin.
Demikian jugalah anggota-anggota badan anda mengharap dia dibelai dan dimanja-manjakan dengan penuh kasih sayang oleh anda, terutama muka atau wajah anda.
Salah satu cara untuk memanja atau membelaikan muka anda ialah dengan mengurut-nguurutnya dari masa ke masa.
Untuk mengurut muka tidaklah perlu anda pergi ke kedai kecantikan atau ke saloon kerana anda boleh melakukannya sendiri untuk menjimatkan masa dan ongkos.
Cleoptra dikatakan wanita tercantik dalam sejarah. Tapi sebagai Muslimah anda tidak layak mengambilnya sebagai ikon kecantikan anda.
Muka adalah satu-satunya anggota zahir wanita yang paling berharga. Justeru itu jagalah muka anda dengan sebaik-baiknya agar sentiasa kelihatan segar sepanjang masa.
Salah satu daripada cara untuk memelihara kulit muka dan mengelakkanya daripada mudah berkedut ialah dengan mengurutnya setiap hari.
Dan cara untuk mengurutnya telah didedahkan oleh Fatimah Yasin dalam ceramahnya sebagaimana berikut.
Menurut beliau mengurut muka itu boleh anda lakukan sendiri dengan berlatih mengikut cara yang betul.
Sebelum itu, patutlah diberi perhatian, kiranya anda mempunyai kulit yang kering, anda hendaklah menggunakan krim yang berminyak, sebaliknya andainya kulit anda berminyak, gunakanlah krim yang tidak berminyak.
Lebih baik kiranya krim yang hendak digunakan itu dihangatkan terlebih dahulu supaya senang disapukan dan agar kulit tidak mudah tertarik.
Dan semasa mengurut muka, jangan lupa menguurut leher sama, Jika anda amalkan mengurut dagu dan leher setiap hari, ini boleh menjauhkan dagu anda daripada berlapis.
Semasa mengurut muka, adalah penting kepada anda berada dalam keadaan relek, dan buatlah tiap-tiap pergerakan itu sebanyak enam kali jika anda ada masa.
Cara Mengurut Muka Sendiri
-Mula-mula sapukan krim pada muka anda, untuk memudahkan pergerakan mengurut. Krim dibubuh pada tiga jari tengah pada kedua belah tangan. Mulakan mengurut dari bawah dagu, membawa ke tulang pipi, ke arah keluar telinga. Tepuk-tepuk pada keliling mata.
-Pegang dagu dengan jari dan ibu jari, urut pada pada tulang rahang kedua-dua belah arah keluar, naik ke atas, mengarah ke telinga.
-Sekarang mulai dari dagu, urut dengan urutan yang padat ke tulang pipi dan keluar menuju ke telinga.
-]Pada peringkat ini, mulakan urutan dari luar penjuru mulut dengan pergerakan memusing mengarah ke atas ke hidung.
Wajah anda secantik bunga, indah dan menawan memikat mata dan hati
-Mulai dari sebelah dalam hujung kening, tekankan dengan jari perlahan-lahan di sekeliling mata.
-Letakkan jari di kedua belah hidung, kemudian urut ke atas dahi hingga ke gigi rambut dengan pergerakan memusing.
-Akhir sekali, leltakkan jari di tengah dahi, urut ke kiri dan ke kanan hingga ke pelipis mata.
Demikianlah cara mengurut muka secara ringkas, semoga memberi manfaat kepada anda, supaya muka anda sentiasa kelihatan cergas dan berseri dan mempesonakan orang yang anda cintai.
xxxxxxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni
1 comments:
perkongsian yang baik, setuju bila pautkan iman, muka berseri dengan sendiri..
https://vitaminpilihansemua.blogspot.com/
Post a Comment