Mandi Untuk Kecantikan [PETUA MEMIKAT SUAMI]

>> Thursday, January 5, 2012




PETUA MEMIKAT SUAMI



MANDI UNTUK KECANTIKAN



Kenapa Anda Mandi?



Pernahkan anda menanya pada diri sendiri “Kenapa aku mandi? Apakah gunanya mandi? Apakah mandi?”.



Atau anda hanya sekadar mandi kerana mengikut kebiasaan anda dari sejak bayi, tanpa mengetahui apa tujuannya dan tidak tahu bagaimana untuk mandi?



Yang dikatakan mandi itu ialah meratakan air ke seluruh badan. Kalau sekadar membasuh anggota tangan atau kaki sahaja, tidaklah dikatakan mandi, tapi dikatakan basuh kaki atau basuh tangan sahaja, demikian juga dengan kepala, kalau hanya kepala sahaja yang dibasahkan, maka kita katakan basuh kepala, bukan mandi. Orang tidak kata, mandi kepala atau mandi kaki atau mandi tangan.



Sebelum kita membicarakan cara-cara mandi untuk menjaga kecantikan badan, baik juga kita bicarakan sedikit mengenai mandi dalam Islam. Dalam Islam mandi itu ada dua jenis, iaitu mandi wajib dan mandi sunat. Kedua-dua mandi ini ada kaitannya dengan kesihatan dan kecantikan dari segi ruhani dan jasmani.



Awan gelap hendak hujan. Carilah manfaat dari hujan untuk membina kesihatan dan kecantikan



Biasanya kita yang tinggal di negara panas seperti Malaysia ini mandi adalah menjadi satu kemastian kepada setiap orang. Malah ada di antara kita yang mandi tiga kali sehari, atau sekurang-kurangnya dua kali sehari.



Tujuannya untuk menyejukkan badan, membuang daki-daki dan kekotoran pada badan dan sekali gus menghilang bau busuk bdan. Itulah mandi biasa.



Daripada mandi biasa itu, seperti dikatakan di atas tadi, dalam Islam ada dua jenis mandi lagi, iatu Mandi Wajib dan Mandi Sunat.



Yang dikatakan mandi sunat itu ialah mandi sunat pada hari Jumaat, pada hari raya, mandi sunat ihram, mandi selepas memandikan jenazah, mandi ketika hendak masuk kota Mekah dan ketika Wukuf di Arafah.



Sementara mandi wajib ialah mandi yang diwajib ke atas seseorang yang berjunub atau menjalin hubungan seks, keluar mani dan bersih dari haid dan nifas bagi wanita.



Allah berfirman, “......jika kamu junub mandilah”. Al-Maidah: 6.



Dan firmanNya lagi, “Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, :”Haid itu adalah kotoran”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita [menyetubuhi] di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci [mandi]. Apabila mereka telah suci. Maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Alllah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri”. Al-Baqarah: 222.



Maka dengan mandi itu dapat membersihkan diri kita dari hadas besar disebabkan perkara-perkara yang dinyatakan itu.



Dengan mandi boleh membersih dan menyegarkan kembali tubuh kita.



Kajian-kajian terbaru juga berpendapat mandi dapat mempertingkatkan sistem pertahanan badan, seperti membantu mencegah kulit daripada terkena penyakit, dan mampu menyembuhkan problam-problam kkesihatan yang tertentu, sebagaimana mandi "tersat" wanita dalam pantang beranak, atau mandi bunga untuk orang-orang yang menghidap penyakit-penyakit yang tertentu.



CARA-CARA MANDI UNTUK KECANTIKAN



Kata Fatimah Yassin. mandi dengan air panas,[suam] bukan sahaja penting untuk kebersihan dan kesihatan badan, tetapi ia juga memberi suatu kenikmatan dan amat berguna untuk menjaga kecantikan kulit.



Katanya masa yang elok untuk mandi air panas ialah pada waktu petang, sama ada sebelum anda makan malam atau sebelum masuk tidur, iaitu setelah anda selesaikan segala tugas-tugas anda.



Kajian menunjukkan bahawa mandi dengan air panas mempunyai banyak manfaat, seperti dapat membuka lubang pori untuk membantu pengeluaran racun dari badan kita, dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah kita, dapat menyembuhkan sakit otot dan mandi air panas juga dapat membantu usus besar untuk bekerja dengan lebih cekap lagi. Justeru itu mandi air panas ini sesuai di waktu petang, kerana pada masa itu badan kita mengumpul banyak racun-racun sepanjang kita menjalankan urusan kehidupan seharian kita.



Mengikut beliau caranya ialah, campur sedikit wangi-wangian [bath essence] ke dalam air mandi anda. Jika kulit anda kering, gantikan dengan satu sudu makan minyak mandi [bath oil], ataupun satu sudu makan minyak zaiton.



Sebelum memulakan mandi, beruskan rambut anda beberapa kali. Untuk rambut yang panjang, ikatkan ke atas, kemudian sarungkan dengan topi mandi [hair cap] supaya rambut tidak basah. Bersihkan make-up anda, dengan krim pembasuh muka. Kemudian basuh dan keringkan muka.

Laut sumber yang kaya dengan air. Air laut merupakan sumber kehidupan, bukan sahaja kepada manusia tapi juga kepada hidupan-hidupan lainnya.



Selepas itu katanya, sapukan krim pelembut kulit [nourishing cream] ke seluruh badan dengan mengurut-ngurutnya ke arah atas dan keluar. Kemudian berendamlah selama kira-kira 10 minit.



Baringkan dan pejamkan mata anda semasa dalam bensen mandi itu. Lapangkan fikiran anda. Inilah cara paling nikmat lagi segar untuk anda berehat.



Setelah anda puas berehat, sabunkan ke seluruh badan dengan menggunakan sabun dan tuala kecil yang lembut. Sabun dari leher hingga ke hujung kaki. Kemudian dengan menggunakan berus kecil yang lembut, beruskan lengan, kaki dan peha secara perlahan-lahan dalam pergerakan memusing [circular movement], untuk merangsang dan menghapuskan mana-mana kulit yang keras.



Dengan cara begini, selain daripada dapat memutihkan warna serta mencerahkan kulit, ia juga dapat memecahkan lemak-lemak yang ada di bahagian ponggong, peha dan di sekeliling pinggang anda.



Satu cara lagi ialah mencubit-cubit daging anda dengan jari-jari anda. Ini dapat mengurangkan tompokan-tompokan lemak di badan.



Jika kulit anda jenis yang berminyak, dan mengalami bintik-bintik hitam, [black head] atau jerawat pada bahagian belakang antara tulang belikat anda, beruskan dengan berus yang panjang pemegangnya supaya liang-liang roma tidak tertutup dengan daki dan minyak.



Sesudah selesai semuanya, sebelum anda melangkah keluar dari bilik mandi, bukalah pancur air dan bilaskan dengan air sejuk pada leher dan buah dada anda. Ini dapat menegang dan menyegarkan kulit.



Disamping itu kita juga ingin menyatakan bahawa mandi dengan dengan air sejuk memang mempunyai gunanya yang tersendiri, seperti dapat melegakan ketegangan, meningkatkan kandungan gula dalam darah yang menyebabkan kita menjadi lebih bertenaga dan bersemangat untuk menghadapi cabaran-cabaran hari itu. Justeru itu mandi air sejuk sesuai pada waktu pagi sebagai pemulih tenaga dan semangat juang yang akan ditempoh sepanjang hari itu.



xxxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni



1 comments:

Anonymous,  July 28, 2013 at 7:05 PM  

Adakah pasangan anda selalu bekerja di luar pejabat /kerja lapangan yang menggelapkan kulit?
Adakah anak anda aktif dalam sukan dan kerap berjemur di bawah terik matahari?
Adakah anda masih ingin kekal Cerah meskipun terdedah pada cuaca panas?


Call / Sms: +6016 2715447
Email: 772shine[@]gmail[.]com
Google up: Shine FS

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP