Jangan Dibiarkan Muka Anda Bermasalah

>> Wednesday, January 11, 2012


PETUA MEMIKAT SUAMI



JANGAN DIBIARKAN MUKA ANDA BERMASALAH



Semua anggota anda terdedah kepada berbagai-bagai ancaman. Mungkin berat dan mungkin ringan, mungkin sedikit dan mungkin banyak. Antara angggota yang sering terancam oleh berbagai-bagai problem itu, ialah kulit, khusunya kulit muka anda yang amat anda sayangi itu.



Setiap hari suami anda melihat muka anda. Bangun tidur dia melihat muka anda. Hendak pergi kerja dia melihat muka anda. Balik bekerja dia melihat muka anda. Hendak tidur malam dia melihat muka anda. Hendak bermesra-mesra dia melihat muka anda, bukan sahaja dengan matanya, tapi dengan perasaan dan hatinya.



Muka anda itu mengandungi rahsia yang besar. Di situlah terletaknya hati suami anda. Di situlah terletaknya rahsia diri anda. Di situlah terletaknya kemesraan anda. Di situlah terletaknya kepuasan dan kenikmatan anda. Di situlah terletaknya kebencian anda. Muka anda itulah yang dibawa oleh suami anda yang pengasih bersama-sama dengannya ke mana-mana dia pergi.



Oleh itu memanglah wajar anda sentiasa menjaga muka atau wajah anda supaya sentiasa kelihatan cantik dan berseri, menawan hati suami.



Itulah sebabnya, andainya kulit anda bermasalah, sudah tentu anda akan merasa risau. Namun begitu, mengikut Fatimah Yaasin dalam ceramahnya itu kebanyakan masalah kulit boleh anda elakkan atau disembuhkan, andainya anda menjaga kulit anda dengan cara yang betul.



KEBERSIHAN



Kulit berminyak sering kali menimbulkan masalah bagi kebanyakan kita. Perkara yang penting dalam hal ini, ialah menjaga kebersihannya.



Mawar lambang kewangian, kelembutan, dan keindahan, lambang cinta kasih, impian setiap hati.



Untuk tujuan tersebut, menurut Fatimah Yassin, anda digalakkan membasuh muka dengan sabun berubat [medicated soap] dan air suam. Gosokkan sabun pada tangan supaya berbuih, kemudian baru digosokkan ke muka dengan pergerakan ke atas dan keluar.



Jangan gunakan tuala atau sponge, kerana ini akan merebakkan jangkitan kuman. Basuh dengan air suam hingga bersih. Kemudian dibilas dengan air sejuk. Keringkan muka perlahan-lahan dengan tuala atau tisu. Buatlah rawatan ini tiap-tiap pagi dan malam.



LIANG ROMA YANG TERBUKA [ENGLARGED PORES]



Jika liang roma anda terbuka, gunakanlah krim pembasuh muka jenis cecair sebelum tidur malam. Kemudian dibasuh dengan sabun dan air, diikuti dengan menepuk-nepuknya dengan penyegar kulit [skin tonic]. Mengenakan mask sekali sekala dapat menghaluskan kulit.



Walau anda sibuk sekalipun, jangan sekali-kali menambah make-up baru pada yang lama. Ini perlu diawasi bagi anda yang mempunyai masalah kulit, kerana mengenakan make-up pada muka yang bersih, akan memudahkan liang roma bernafas seperti biasa.



BINTIK-BINTIK HITAM TETAUT [BLACKHEADS]



Bintik-bintik hitam ini terjadi pada kulit yang berminyak. Picitkan perlahan-lahan bintik-bintik itu supaya keluar isinya, dan gunakan kapas supaya kulit tidak luka. Kemudian sapukan dengan bahan pencegah kuman [antiseptic ].



Bila membasuh, gunakan berus lembut khas untuk muka, supaya kulit betul-betul bersih. Seminggu sekali, gunakan pores grain [biji-bijian untuk membersih muka].



TOMPOKAN YANG BERKEPING-KEPING



Tiap-tiap malam sapukan dengan krim yang berminyak. Pada sebelah siangnya, gunakan losyen pelembab di bawah make-up. Sekali sekala gunakan mask untuk menyembuhkan kulit yang berkeping dan kering. Mask yang mengandungi “lanolin” sesuai untuk kulit jenis ini.



JERAWAT



Jika muka anda dipenuhi dengan jerawat dan bintik-bintik yang hodoh, janganlah berdiam saja, segerlah bertinda, berjumpalah dengan doktor serta ikuti segala nasihatnya.



SEBAB-SEBAB TERJADI MASALAH KULIT



Kelemumur juga boleh menyebabkan kulit kita rosak. Sebagai cara untuk mengelakkannya, rambut hendaklah dibasuh selalu dengan shampoo berubat. Sikat dan berus rambut anda hendaklah dibasuh dengan antiseptic [bahan pembunuh kuman].



Semasa menyikat atau memberus rambut, alaskan bahu dengan tuala atau kain.



Kadang-kadang, kulit yang ditumbuhi jerawat, bintik-bintik dan lain-lain adalah disebabkan berat badan anda menurun. Kalau ini terajadi, dan kulit terlalu rosak, berjumpalah dengan doktor untuk mendapat rawatan.



Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan bersih, yang pentingnya anda perlukan banyak udara yang bersih. Banyakkan berjalan kaki, dan dapatkan banyak tidur. Sekurang-kurangnya anda memerlukan 8 jam waktu tidur.



Insyallah dengan amalan-amalan tersebut wajah anda akan sentiasa kelihtan cantik dan menawan hati suami anda, maka terhijablah matanya dari terpikat dengan bunga-bunga di taman yang lain, kerana bunga di taman hatiya sentiasa memekar indah dan semerbak mewangi, menyamankan perasaan dan hatinya. Insyallah.


xxxxxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni



1 comments:

Anonymous,  June 5, 2013 at 9:17 PM  

These finances are easy to not order of payment the assets
position of borrowers. gif' var support loans. payday loansThese loans are availed to you for the for these simple cash in hand and can get out of the Byzantine commercial enterprise issues. Once the truth of the information has been chronic the as it avoids the material work. You have a good-looking wage or a good unit of time financial gain and you can make toast thing cash in fast mode.

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP