Diet Untuk Cantik Berseri
>> Thursday, January 12, 2012
PETUA MEMIKAT SUAMI
DIET UNTUK CANTIK BERSERI
Selain menjaga kulit dengan sewajarnya untuk mencegahnya daripada ditimpa berbagai-bagai masalah, sekali gus untuk memiliki wajah yang sentiasa cantik berseri, makanan-makanan anda juga perlu dijaga, sebagaimana perlunya anda menjaga makanan untuk mendapat kesihatan yang baik.
Fatimah Yaasin dalam ceramahnya mendedahkan diet yang dikatakanya dapat membuat seseorang wanita memiliki kulit yang bersih dan cerah- tegasnya cantik dan menawan di mata orang yang anda cintai.
Setiap Pagi
Anda hendaklah minum segelas air limau yang diambil dari sebiji limau, dicampur dengan air panas yang telah sejuk.
---------Telur antara makanan dalam diet untuk menempa keancantikan yang bereri-seri.
Sarapan
Makan sebiji telur rebus, dikukus atau digoreng hancur. Tomato atau ikan dipanggang. Bakar sekeping roti dengan mentega. Sebiji buah limau epal. Minum teh atau kopi. Pastikan tidak ada makanan bergoreng.
Sebelum Makan Tengahari
Sebelum sampai waktu makan tengahari, anda hendaklah minum air buah-buahan.
Makan Tengahari
Makan tengahari terdiri dari ikan, daging atau ayam, tapi jangan digoreng, sayur-sayuran hijau, terutama salad.
Pisang adalah buah-buah tempatan yang kaya di Malaysia.Rasanya manis dan enak dimakan.
Jauhkan makanan yang manis seperti puding dan lain-lain. Sebaliknya makananlah buah-buahan.
Minum Petang
Minum teh petang hendaklah teh nipis dengan sekeping biskut biasa, atau sekeping roti dengan mentega.
Makan Malam
Malam sebelum tidur, anda hendaklah minum segelas susu atau air perahan buah-buahan.
Penting Dingati
Anda hendaklah mengurangkan gula dalam makanan anda.
Jauhkan daripada memakan kuih, kek dan pastry.
---------------------------------------Epal yang baru enak dimakan
Jangan minum semasa makan.
Dalam keadaan biasa pun, orang lelaki dilarang minum air ketika makan, kerana dipercayai dapat melemahkan kekuataanya, lahir dan batin. Justeru ada orang yang tidak minum langsung walaupun selepas makan, sebelum kira-kira sejam berlalu.
Minum banyak air antara waktu makan.
Jauhi daripada meminum teh atau kopi pekat.
Tentukan pembuangan air dengan betul
Diet di atas bukan sahaja dapat memilihara kulit anda, tapi juga mengelak anda daripada terkena sembelit.
xxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment