Wanita Lebih Mudah Mengikut Emosi
>> Thursday, November 10, 2011
ASSALAMUALAIKUM, HELO SAYANG
WANITA LEBIH MUDAH MENGIKUT EMOSI
Ada perbezaan yang jauh antara seorang wanita dengan seorang lelaki, baik dari segi jasmani dan rohani, atau dari segi fizikal dan mentalnya, dan juga dari segi bentuk dan warna perasaan mereka juga berbeza antara satu sama lain.
Ini tidak dihairankan, kerana di kalangan wanita sesama wanita sendiri pun ada perbezaan sebagaimana adanya perbezaan antara seorang lelaki dengan seorang lelaki, buakansahaja dari segi rupa parasnya, tapi juga dari segi perasaan dan pemikirannya.
Marilah kita jengok dan kongsi bersama, perbezaan itu secara lebih terperinci sedikit untuk memberi kesedaran kepada kita tentang kemahabijaksanaan Allah dalam segala hasil ciptaanNya.
Pemikiran
Mengikut kajian pada umumnya akal fikiran wanita agak sempit jika dibandingkan dengan akal fikiran lelaki.
Di samping itu akal fikiran wanita juga lebih cepat menurun daripada akal fikiran kaum lelaki, di mana akal fikiran mereka mulai menurun ketika mencecah usia 30 tahun, sedangkan akal fikiran lelaki mulai menurun ketika mencecah usia 40 tahun
Saya pernah mengutarakan sebuah pepatah Arab [kalau tidak silap saya] dalam Daijes DIAN pada suatu masa dahulu yang menggambarkan kesempitan akal fikiran wanita itu dan ianya telah segera disanggah dan dikecam haibat oleh seorang pensyarah wanita di sebuah universiti tanah air.
Pensyarah tersebut mungkin menyangka kata-kata tersebut adalah merupakan pendapat redaksi DIAN, kerana entah bagaimana saya yang bertanggungjawab mengumpul dan memilih kata-kata hikmat itu terlupa untuk menyatakan ianya merupakan sebuah petikan pepatah dari bangsa Arab.
Allahyarham Dato’ Yusuf Zaky juga selaku ketua redaksi, bila diberitahu oleh seorang rakan sekerja tentang teguran pensyarah itu menegur kealpaan saya untuk menyatakan kata-kata tersebut adalah sebuah kata-kata hikmah itu berasal dari bangsa Arab, bukanya ciptaan kami.
Pandangan
Pada umumnya, kebanyakan wanita mempunyai pandangan yang mendatar dan tohor, atau setakat luaran sahaja.
Oleh sebab itu, kebanyakan wanita tidak memikirkan terlebih dahulu akan akibat atau risiko yang akan mereka terima sebelum melakukan sesuatu.Show all
Kerana itulah mereka mudah terkena tipu daya, mudah terkena kecek, puji dan puja terutama daripada kaum lelaki yang pandai menanam tebu di bibir mulut dengan tujuan untuk memperdayakan mereka.
Berapa ramai anak-anak gadis kita telah terpedaya hingga sanggup mengikuti lelaki yang kononnya mereka cintai hingga sampai ke negara lelaki itu, dan kemudian menyesal dan ingin kembali semula ke pangkuan keluarga?
Berapa ramai wanita yang telah menjadi lembu betina dadah kerana terpedaya dengan lelaki yang pandai menipu daya dengan menggunakan janji-janji yang mansi?
Bongkak Dan Sombong
Semua wanita, tanpa mengira, kaum dan bangsa, tanpa mengira usia, muda atau tua, tanpa mengira status atau kedudukan, pada umumnya mereka adalah manusia yang tergolong dalam golongan bongkak dan sombong.
Oleh sebab itu mereka adalah manusia suka bermegah-megah dan membangga-banggakan diri sendiri seperti burung merak.
Pada umumnya mereka suka disanjung-sanjung, dipuja dan dipuji, walaupun kedengaran ganjil. Oleh sebab itu wanita-wanita seperti ini mudah menjadi mangsa, terjerat oleh lelaki yang pandai berlakon memuji, memuja dan menyanjung mereka.
Berapa ramai wanita yang telah terpedaya dengan lelaki yang hanya mereka kenali menerusi facebook, tapi pandai memujuk rayu yang menyebabkan mereka mengalami kerugian harta benda yang bukan sedikit, malah banyak pula yang maruahnya juga telah turut tergadai.
Akibat didorong oleh kegemaran bermegah-megah itulah wanita suka mempamerkan kecantikannya, perhiasan yang membalut badannya, pakaiannya semuanya diperaga-ragakan untuk memenuhi selera mereka yang tinggi kepada kemegahan.
Malah kadang-kadang segala gerak geri mereka juga diada-adakan supaya kelihatan lebih bergaya dan menarik perhatian.
Sejak sekian lama berbagai-bagai penganjuran ratu cantik diadakan dalam berbagai-bagai rupa dan peringkat, termasuklah peringkat global, ratu cantik dunia. Dalam pertandingan seperti ini sudah tentu, bukan sahaja wajah mereka yang dipamerkan, malah juga batang tubuh mereka yang berada dalam kedaan hampir telanjang sepenuhnya turut dipamerkan untuk tuntuan dunia seluruhnya. Penyertaan wanita dalam pertandingan itu dengan jelas membuktikan salah satu sikap suka bermegah-megah kaum wanita.
Namun begitu, pada umumnya wanita memang terkenal dengan sikap mereka yang lemah lembut, mudah memberi simpati dan mudah menaruh kasihan belas.
Di samping itu pada umumnya mereka juga lebih tenang dalam menghadapi suasana tegang dan cemas, dan lebih sabar dalam menghadapi krisis, terutama krisis rumah tangga. Justeru itulah wanita boleh bertahan sebagai seoranng isteri dalam masa yang panjang, walaupun mereka berada dalam suasana yang tidak menggembirakan, seperti ditindas dan dizalami oleh suami dan keluarga.
Perasaan
Memang telah diketahui umum, wanita mempunyai perasaan yang sensitif atau mudah tersentuh.
Mereka juga mudah terpengaruh dengan keadaan luaran, kerana itulah mereka lebih mudah merasa bimbang dan ragu, mudah merasa sukacita dan dukacita, mudah mengalirkan air kerana kegembiraan atau kesedihan.
Kaum wanita lebih banyak mengikut perasaan daripada akal fikiran. Kepada mereka perasaan lebih utama dari akal fikiran dan logik. Oleh itu dalam menilai sesuatu, mereka lebih banyak menggunakan perasaan sebagai neraca pertimbangan daripada menggunakan akal fikiran,
Kaum wanita lebih mudah merasa jemu dan bosan. Oleh itu mereka tidak boleh berada lama dalam keadaan menunggu-nunggu dalam sesuatu hal atau urusan, terutama dalam perkara yang memerlukan kesabaran tinggi atau lebih dari biasa.
Oleh sebab wanita makhluk yang sensitif, maka mereka sukar untuk melupakan sesuatu yang menyentuh perasaan dan melukakan hatinya. Terutama soal-soal kasih sayang, percintaan, juga perbuatan-perbuatan yang kasar dan ganas yang menyentuh maruah dan harga diri mereka sebagai seorang wanita.
Allahyarham Isteri saya boleh menginggati peristiwa kecil yang berlaku lebih dari tiga puluh tahun yang lampau tentang sikap mahabah saya terhadap seorang gadis di sebuah toko buku. Pada waktu itu saya sedang berdiri di toko itu, dan di situ ada seorang gadis yang hendak membeli buku, tiba-tiba barang yang berada ditangannya terjatuh di hujung kaki saya, lalu saya secara spontan membongkok mengambil barang itu dan menyerahkan kepadanya. Kepada saya perkara itu habis begitu sahaja, dan sampai ke hari ini saya tidak mengetahui siapakah gadis itu. Rupa-rupanya isteri saya terpandang hal ini, dan menyentuh perasaannya, dan boleh menyebabkan dia mengungkit perisitiwa tersebut walaupun telah berlaku kira-kira tiga puluh tahun lalu, bila peristiwa yang hampir sama berlaku pula ke atas saya. Saya bukan sahaja tersenyum malah ketawa mendengarnya, dan dapat merasa bagaimana cintanya isteri saya kepada saya.
Justeru itu, seorang wanita yang kecewa dan putus cinta, bukan sahaja akan diharu oleh rasa sedih dan kecewa, malah mungkin akan merasa kesannya yang amat perit di sepanjang hayatnya, menyebabkan dia hidup dengan hati luka dan tercuka, dan duka lara.
Menunggu
Mengikut kajian wanita menghabiskan masa selama tahun daripada usia hayat mererka untuk menunggu-nunggu, seperti menunggu bas, teksi, kereta api, doktor gigi dan sebagainya.
Hiburan
Mengikut kajian, pada ebrejnya kebanyakan wanita atau lelaki menonton TV selama antara 2 hingga 4 jam sehari.
Boleh dianggap amat bernasib baik, kiranya ada wanita yang menghabiskan usianya selama lapan tahun dari usia mereka untuk hiburan, antaranya menonoton wayang atau menonton TV.
Biasanya kepada kaum lelaki bila mereka mencapai usia 35 tahun kehidupan sosial mereka akan mernosot tidak seperti sebelumnya, oleh itu kebanyakan mereka lebih suka menghabiskan masa mereka dengan menonton TV di rumah.
Namun begitu sebanyak 20 peratus di kalangan wanita warga emas mereka menghabiskan masa mereka selama lima hingga enam jam sehari untuk menonton TV, dan ini berbeza dengan kaum lelaki hanya sebanyak 25 peratus sahaja mereka yang bersifat seperti itu.
Membaca
Bilangan wanita yang membaca akhbar harian setiap hari lebih kecil dari kaum lelaki. Ini mungkin kerana orang lelaki suka menghabiskan masa membaca ruangan sukan dan komik yang menjadi sebab kenapa mereka lebih ramai memabca daripada kaum wanita,
Mengikut kajian, sebanyak 70 peratus daripada kalangan wanita warga emas yang berusia antara 65 hingga 84 tahun memabca akhbar setiap hari, sementara di kalangan kaum lelaki dalam peringkat usia yang sama hanya 54 peratus sahaja yang memabca akhbar harian.
Di samping itu di kalangan wanita yang berusia 85 tahun dan ke atas, sebanyak 47 peratus daripada mereka membaca akhbar setiap hari, sebaliknya di kalangan kaum lelaki dalam lingkungan usia yang sama sebanyak 54 peratus daripada mreka memabca akhbar.
Di samping itu masa yang diambil oleh wanita warga emas untuk menonton TV lebih sedikit daripada kaum lelaki.
Kajian itu juga mendapati wanita yang mendengar radio lebih ramai dari kamu lelaki. Dalam usia antara 65 hingga 84 tahun kadar masa yang diambil oleh wanita untuk mendengar siaran radio ilah selama 2 jam sehari, sedangkan kadar masa yang diambil oleh kaum lelaki untuk mendengar radio ialah satu jam setiap hari.
Bercakap
Memang telah diketahui pada umumnya wanita suka bercakap. Sebahagian besar daripada masa mereka dihabiskan untuk bercakap mengenai berbagai-bagai perkara. Malah mengikut kajian kaum pada umumnya bercakap terlalu banyak.
Andai kata wanita kurang bercakap, tapi banyak bertindak, maka bererti mereka mempunyai masa luang yang lebih banyak daripada apa yang biasa mereka miliki, dan dapat mengurus rumah jauh lebih baik lagi daripada biasa mereka lakukan.
Dengan itu bererti kaum wanita menghabiskan selama 5 tahun daripada usia hayat mereka dengan berbual-bual, iaitu satu tahun lebih banyak daripada masa yang diambil oleh kaum lelaki yang memang juga suka berbual.
Dengan itu bererti sepanjang usianya wanita menggunakan kira-kira sebanyak 60 milion patah perkataan untuk bercakap sepanjang hidupnya, berbanding dengan kaum lelaki sebanyak 45 milion patah perkataan untuk bercakap sepanjang hayat
Menayang Di hadapan Cermin
Menghias diri, supaya sentiasa kelihatan cantik, adalah sifat semula jadi kaum wanita
Oleh itu mereka menghabiskan selama 70 hari daripada usia hayat mereka dengan melihat bayang-bayang mereka dalam kaca cermin, untuk mencantikkan diri atau untuk mengkagumi kecantikan diri sendiri.
Sehubungan dengan itu kaum wanita juga didapati menghabiskan usia hayat mereka selama lima tahun melakukan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan oleh setiap orang, seperti memakai pakaian, mandi manda serta menggosok-gosok badan.
Tidur
Kebiasaannya para isteri lebih lewat tidur daripada para suami yang masuk ke bilik lebih awal, ini berlaku kerana wanita terpaksa mengemaskan rumah dan menjaga anak-anak. Justeru itu dalam masa satu tahun, isteri tidur kurang daripada 200 jam daripada masa yang diambil oleh suami mereka untuk tidur.
Sekian sekadar renungan.
xxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment