Fakta-fakta Seputar Seorang Wanita Dan Seorang Lelaki

>> Friday, November 4, 2011


ASSALAMUALAIKU, HELO SAYANG




Fakta-Fakta Seputar Seorang Wanita & Seorang Lelaki



Allah jadikan makhluknya berpasang-pasangan, negatif dan positif, lelaki dan perempuan, khususnya dalam penciptaan manusia dan haiwan. Dan ada perbezaan yang jelas antara kejadian manusia lelaki dan manusia perempuan. Baik dari segi lahir dan juga batinnya, dari segi yang tidak dapat dilihat dan dari segi yang dapat dilihat dengan mata kasar. Semuanya mencermin Kebesaran dan Kebijaksanaan Allah.



Oleh sebab begitu jelasnya perbezaan lahiriah antara seorang lelaki dan seorang wanita itu, maka kanak-kanak kecil sekalipun dapat membezakan antara orang perempuan dan orang lelaki.



Dari segi fizikal atau lahiriahnya terdapat banyak perbezaan antara lelaki dan perempuan, dan sebahagian daipadanya dibutirkan di bawah untuk dikongsikan bersama.



-Asal Kejadian Wanita


Allah berfirman berfirman dalam Kitab Suci al-Quran, “Dialah Allah yang menciptakan kamu dari seorang [yakni Adam] dan daripadanya Allah menciptakan isterinya [Hawa], agar ia merasa tenang [hidup] bersamanya”. Al-A’raf: 189.



-Kepala

Kepala ialah anggota manusia atau haiwan yang terletak paling atas daripada anggota-anggota lain, dan ia bermula dari anggota leher ke atas.




Menurut kajian, pada umumnya ukuran kepala anda sebagai seorang wanita lebih kecil daripada kepala tunang atau suami anda, sebagai seorang lelaki,



-Kerongkong


Biasanya kerongkong disebut tenggorok, iaitu sejenis anggota yang membawa udara ke paru-paru untuk tujuan pernafasan.



Seperti juga dengan kepala, kerongkong anda keadaannya lebih kecil dan lebih sempit dari kerongkong lelaki.



-Suara


Wanita mempunyai suara yang lebih halus, tapi lebih keras dan lebih tinggi dari suara lelaki yang kedengaran besar dan kasar.



-Rambut


Rambut ialah bulu-bulu yang tumbuh di atas kepala manusia, fungsinya untuk menutup kepala.



Sebagaimana telah diketahui, pada umumnya rambut wanita lebih panjang, lebat dan subur daripada rambut lelaki. Di samping itu rambut anda juga lebih berkilat daripada rambut lelaki yang keadaannya lebih pendek dan berkerasat.



-Tuboh


Yang dikatakan tuboh ialah jasad atau badan yang meliputi seluruh anggota anda sebagai seorang manusia.



Pada umumnya tuboh wanita lebih kecil dan pendek dari tuboh lelaki yang keadaannya lebih besar dan lebih tinggi. Kadang-kadang tuboh wanita juga lebih ringan dari tubuh lelaki.



Jika anda bertuboh biasa dan mempunyai suami yang juga bertubuh biasa sudah tentu anda dapat merasakan perbezaan ini dengan lebih jelas. Jika anda berdua berdiri di hadapan cermin dengan pakaian yang tidak lengkap atau tidak berpakaian, maka sudah tentu anda dapat melihat perbezaan itu dengan ketara.



-Kulit


Kulit ialah bahagian tipis yang menjadi pembalut tubuh manusia atau haiwan.



Sebagai seorang wanita, kulit anda lebih tipis, halus dan gebu jika dibandingkan dengan keadaan kulit suami anda yang tebal dan kasar. Tanyalah suami anda sejauh mana kebenarannya, atau cubalah anda merasainya sendiri dengan tangan dan perasaan anda ketika anda bersama-sama dengan suami anda.



-Daging


Daging ialah bahagian isi pada badan manusia yang bukan tulang atau kulit.



Pada umumnya daging seorang wanita lebih lembut atau lunak jika dibandingkan dengan daging seorang lelaki yang keadaannya lebih keras atau liat.



Daging inilah yang membuat tubuh anda pejal, kemas, padat, atau sebaliknya londeh, kecut atau lembek.



Di kalangan haiwan, daging ayam jantan biasanya lebih keras atau pejal dari ayam betina yang rasanya empuk dan enak dimakan,



-Tulang


Tulang adalah kerangka kepada tubuh manusia atau haiwan, pada tulang-tulang kerangka inilah daging manusia dilekatkan.



Pada umumnya tulang-temalang kaum wanita lebih rapuh daripada tulang kaum lelaki. Kerana itu kaum wanita mudah diserang pernyakit reput tulang.



Tulang-temalang wanita dijalin sebegitu rupa yang menyebabkan mereka berjalan dengan lennggang lengguk yang tersendiri. Berbeza dengan lelaki yang berjalan dengan lebih kuat, tegap dan perkasa.



Itulah sebabnya kerja-kerja berat lebih sesuai dengan kaum lelaki daripada kaum wanita.



-Anggota-anggota Seks


Anggota seks ialah anggota produktif yang mempunyai pertalian dengan pengelahiran manusia atau haiwan untuk perlanjutan makhluk Allah di dunia ini.



Anggota seksual wanita itu terbahagi kepada dua, iatiu anggota dalaman dan angggota seksual luaran.



Anggota seksual wanita luaran dipanggil faraj, keadaannya hampir sama rata dengan perut, dengan keadaan yang berongga, yang berguna untuk laluan air kencing, untuk digunakan dalam masa hubungan intim suami isteri, dan juga untuk laluan bayi ketika melahirkan bayi bila anak dalam kandungan matang.



Keadaan seksual luar lelaki pula dipanggil zakar, keadaannya bulat memanjang, dan dalam keadaan biasanya terkulai, seolah-olah melekat pada badan, dan tidak berongga, tapi boleh bangun dalam keadaan tertentu.



-Jantung


Jantung ialah sejenis anggota yang terletak dalam rongga dada manusia yang berfungsi mengepam darah ke seluruh badan manusia. Untuk menjalankan tugas tersebut, jantung itu sentiasa berdenyut, kembang kucup.



Denyutan jantung wanita terasa lebih halus, lebih sempurna dan lebih kuat dari denyutan jantung lelaki.



Menurut pakar, dalam masa setahun, jantung wanita berdenyut tidak kurang daripada 36,792,000 kali, dan mengepam darah kira-kira sebanyak 1,825,000 gelen ke seluruh anggota badannya.



Ahli-ahli sains berpendapat, kuasa yang digunakan oleh wanita untuk mengepam darah dalam setahun itu mampu mengangkat barang-barang seberat 7,300 tan dari tanah ke atas kepala.



Malah tenaga yang digunakan oleh anggota-anggota badan wanita di sepanjang hayat mereka, sama dengan jumlah tenaga yang diperlukan untuk menjalankan sebuah kereta api express selaju 60 batu sejam dalam perjalalan sejauh 38,000 batu.



-Punggung


Punggung disebut juga sebagai pantat, atau pinggul yang digunakan oleh manusia untuk menampung badan ketika mereka duduk.



Pada umumnya punggung wanita lebih besar atau lebar daripada punggung lelaki. Malah kebanyakan punggung wanita membuka dan mengembang yang berguna besar ketika dia mengandung dan melahirkan anak.



Punggung wanita yang besar dan lebar ini menjadi tarikan kepada sesetengah lelaki kerana kedudukannya tetap dan teguh.



-Pinggang

Pinggang ialah anggota badan yang terletak antara rusuk dan punggung.



Pada umumnya pinggang wanita lebih ramping daripada pinggang orang lelaki, yang kadang-kadang hampir tidak mempunyai pinggang kerana kegemukkannya.



Kerampingan pinggang inilah salah satu sumbangan yang menjadikan wanita kelihatan bertambah cantik dan sedap dipandang.



-Paha


Paha adalah sebahagian daripada anggota kaki yang terletak di sebelah atas lutut.



Kebanykan paha wanita lebih besar daripada paha lelaki yang biasa dan tidak bertaraf gemok.



-Paru-paru


Paru-pparu ialah sejenis anggota yang terletak dalam rongga dada yang berguna untuk tujuan pernafasan.



Pada umumnya, paru-paru wanita tidaklah sekuat paru-paru orang lelaki. Paru-paru wanita membakar hanya kira-kira 6 gram karbondioxida dalam masa satu jam. Sebaliknya paru-pru lelaki membakar 11 gm. karbondioxida dalam masa yang sama.



-Darah


Darah ialah sejenis bahan cecair yang terdapat dalam tubuh manusia, dan berwarna merah. Ia penting untuk menjamin kehidupan seseorang manusia.



Pada umumnya sukatan suhu darah wanita lebih rendah daripada sukatan suhu darah lelaki. Darah wanita juga mengandungi lebih banyak oksijan daripada darah lelaki.



Namun begitu urat darah wanita lebih kecil dan lebih sempit daripada urat darah lelaki.



-Lemak


Lemak ialah sejenis zat minyak yang terdapat dalam badan manusia dan haiwan.



Dalam badan wanita didapati lebih banyak mengandungi lemak daripada badan lelaki, kerana itu mereka lebih tahan sejuk dairpada lelaki.



Cuba perhatikan, di dalam dewan yang berhawa dingin, anda sebagai seorang wanita cubalah perhatikan kaum sejenis dengan anda yang kelihatan selesa dengan pakaian yang sebahagiannya senghaja didedahkan, sedangkan orang lelaki sudah kelihatan kesejukan walaupun telah dibungkus kemas.



-Air Kencing


Air lebihan yang keluar dari anggota sulit manusia atau haiwan, baik lelaki atau perempuan.



Mengikut kajian, air kencing wanita mengandungi kurang garam jika dibandingkan dengan air kencing lelaki.



-Suhu


Suhu badan adalah sukatan panas sejuk badan seseorang.


Mengikut kajian sukatan suhu badan wanita lebih tinggi daripada sukatan suhu badan lelaki.



Sepanjang hidup seseorang wanita didapati mengeluarkan kepanasan yang cukup untuk mendidihkan lebih daripada 280,000 gelen air.



-Gerak Geri


Sebagaimana diketahui oleh umum, wanita mempunyai gerak-geri yang halus dan lemah lembut, dan ini selaras dengan Allah jadikan mereka dengan keadaan yang begitu rupa.



Kelemahlembutan kaum wanita ini dapat kita lihat dengan jelas jika kita perhatikan seorang kanak-kanak perempuan yang normal sedang berlari.



Pada umumnya, gerak geri wanita kurang cepat atau tangkas seperti kaum lelaki, dan kurang teratur, tapi lemah gemulai, tidak seperti gerak geri lelaki yang kuat, pantas dan tangkas.



Itulah sebabnya kerja-kerja yang kuat dan memerlukan ketangkasan, seperti menjadi tentera, lebih sesuai kepada kaum lelaki daripada kaum wanita. Sebaliknya kerja-kerja yang tidak memerlukan beban tenaga yang banyak lebih sesuai kepada kaum wanita, seperti menjadi jururwat dan pendidik.



-Pergerakan


Bergerak adalah salah satu sifat makhluk yang hidup, seperti manusia dan haiwan, kerana untuk memenuhi keperluan hidup mereka.



Mengikut kajian, sekurang-kurangnya 5 tahun daripada umur wanita dihabiskan untuk berpergian ke sana ke mari, seperti untuk pergi membeli-belah, menziarahi saudara mara, bertemu sahabat handai dan rakan tolan, melancung, berlibur dan sebagainya.



Sepanjang hidup wanita, mereka didapati berjalan sejauh 65,000 batu, kebanyakan berjalannya dalam rumah dan di halaman rumah.



Di samping itu, wanita itu mungkin naik turun tangga dengan kadar setinggi 18,720 kaki sepanjang hayat mereka.



Sekian, sekadar renungan.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP