Mekah Ditenggelami Banjir

>> Thursday, November 17, 2011








TERKENANG SEMASA DULUUUU……..




MEKAH DITENGGELAMI BANJIR



----------------------------Gambar Atas Banjir Menenggelami Tempat Saie


------------------------Gambar Bawah Banjir Menenggelami Penjuru Bukit Safa



Kedua-dua foto ini diserahkan kepada kami kira-kira 45 tahun yang lalu. Kemungkinan besar ia diserahkan kepada kami menerusi tangan, dan siapakah yang baik hati itu, masih belum dapat dipastikan.



Kedua-dua foto ini menunjukkan kota Mekah telah dilanda dan ditenggelami banjir besar pada 22 Januari 1969 sebagaimana tercatat pada gambar tersebut.



Tapi kemudiannya kami menjumpai dalam Arkib foto kami sekeping lagi gambar mengenai banjir di kota Mekah yang berlaku pada masa yang sama sebagaimana di atas.



Tidak ada keterangan lanjut yang diberikan. Di sebelah belakang sekeping dari gambar itu kosong sahaja dan di sebelah belakang sekeping gambar lagi pula diconteng dengan berbagai-bagai perkataan yang nampaknya ditulis oleh seorang atau beberapa orang kanak-kanak.



Dari belakang kedua-dua foto itu juga ada tanda-tanda menunjukkan gambar-gambar itu telah ditaanggalkan dari album.



xxxxxxxxxxxxx



Bisik Pndok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP