Mayat Hidup Dikebumi
>> Thursday, November 24, 2011
MAYAT HIDUP DIKEBUMI?
Banyak perkara-perkara yang luar biasa dan aneh berlaku dalam dunia ini sejak dahulu hingga sekarang, peristiwa-peristiwa di luar sempadan sains dan sukar untuk ditafsirkan oleh akal fikiran kita yang biasa.
Salah satu daripada peristiwa tersebut adalah sebagaiamana di bawah, tentang seorang wanita yang disangka telah mati lalu dikebumikan ketika dia masih dalam keadaan koma. Sudah tentu bila dia tersedar, dia sudah berada dalam keranda dan berada dalam kubur........
Puan Rosa Menichelli Spadoni meninggal dunia pada 4 September 1939, di Camerino, Italy. Camerino ialah sebuah bandar kecil yang terletak di Wilayah Macerata, Italy. Hari ini mempunyai penduduk seramai kira-kira 7,135 orang. Mengikut diagonosi doktor dia mati akibat jangkitan sejenis demam panas dan juga kerana kegagalan fungsi jantung. Seperti biasa, kematiannya diratapi dan ditangisi oleh sanak saudara dan sahabat handainya.
Dia dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Kristian Cemerino, Italy.
Tapi kisah kematiannya tidak berakhir dengan pengembumiannya itu. Sebelas tahun kemudian satu kisah yang menarik telah terdedah berhubung dengan kematian wanita tersebut.
Mengikut Philip Paul pada musim panas tahun 1950, Dr. Giuseppe Stoppoloni, Professor Anatomi di Camerino Universiti melancar beberapa siri ujian bersama dengan minduk kerohanian atau spiritual medium, Mario Bocca. Universiti Camerino ialah salah sebuah universiti tertua yang didakwa ditubuhkan pada tahun 1336 M.
Mengikut laporan, ketika upacara menghubungi roh orang mati itu [seance] sedang berlangsung, tiba-tiba muncul komunikasi dari yang dihubungi memberi nama Rosa Menichelli.
Alam ini banyak menyiman rahsia yang tersembunyi
Dalam keadaan yang terharu, minduk itu memberitahu pengkaji yang terkenal itu bahawa wanita tersebut telah ditanam hidup-hidup di tanah Perkuburan Kristian Camerino.
Katanya wanita tersebut merayu supaya diaturkan rancangan untuk menggali semula mayatnya, supaya dengan itu rahsia kematiannya yang mengerikan itu dapat didedahkan.
Dr. Stoppoloni pun segera melancarkan penyiasatan. Rekod-rekod tempatan menunjukkan suaminya ialah Spadoni. Bertolak dari situ upacara pengebumian mayatnya mudah dijejaki secara terperinci.
Pada 13 September 1950 kuburnya dibongkar. Mereka yang hadir di upacara itu ialah Dr. Stoppoloni sendiri, dan ikut disertai oleh Dr. Matteo Marcello, daripada Jemaah Kesihatan Camerino, dan Dr. Alfredo Pesche, dan pegawai-pegawai yang menjadi wakil resmi kepada kerajaan Rapublik Italy dan seorang juru gambar.
Pandangan Yang Mengerikan
Bila penggali kubur memecahkan penutup keranda yang telah dimakan ulat dan mayat yang telah busuk maka kelihatan pandangan yang amat mengerikan.
Philip Paul menggambarkan keadaan yang mengerikan itu lebih kurang begini.
“Tulang-tulang jari dan sebahagian daripada tulang-tulang tangan berada dalam mulut mayat, dan terdapat tanda-tanda bekas gigitan.
Jari-jemarinya terkepal di antara dua rahangnya, seolah-olah berada dalam ketakutan.
Hujung jari tengah dan jari hantu terjulur ke dalam tengkok.
Rambut mengerbang dan tercabut.
Bandar Camerino tempat kisah ini berlaku
Lutut mayat melipat ke atas, seolah-olah cuba membuka pintu keranda dan mengangkat tanah yang begitu berat di atasnya”.
Apakah yang sebenarnya telah berlaku menyebabkan mayat berada dalam keadaan begitu menakutkan?
Peagawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan perubatan membuat kesimpulan Rosa Spadoni telah diistiyarkan mati ketika dia berada dalam keadaan koma atau tidak sedarkan diri. Selepas beberapa hari dikuburkan dia pun tersedar dan menyedari dirinya berada dalam keranda yang telah dikebumikan. Justeru itu dia menghadapi kematian yang amat menyeksakan, dan tidak dapat dibayangkan oleh manusia yang hidup ini. Itulah kata mereka yang menyebabkan mayatnya berada dalam keadaan yang mengerikan seperti itu.
Tapi benarkah begitu?
Tidak ada siapa yang tahu perkara yang sebenarnya.
Apakah pendapat anda?
Jawapannya terserah kepada anda.
Dan jawapan yang sebenarnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Ia suatu kejadian misteri di alam ghaib yang sukar untuk ditafsirkan dengan akal fikiran dan tidak wajar ditafsirkan ikut suka hati.
xxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment