Ancaman Kristian Sentiasa Membara

>> Tuesday, November 22, 2011

t

ANCAMAN KRISTIAN SENTIASA MEMBARA




Ancaman Kristian terhadap Islam dan umat Islam memang telah lama membara tanpa henti-henti hingga sekarang. Sejarah tidak dapat berbohong. Dalam al-Quran Allah memperingatkan tentang ancaman Kristian-Yahudi terhadap Islam, demikian juga dalam Hadis-hadis Nabi SAW. Berbagai-bagai cara telah, akan dan sedang mereka lakukan untuk tujuan tersebut, di mana caranya tergantung kepada keadaan, masa dan tempat.



Umat Islam yang sedar juga telah melancarkan berbagai-bagai program untuk menangkis serangan Kristian-Yahudi tersebut dan sekali gus mendakwahkan Islam di kalangan orang-orang Islam sendiri dan juga di kalangan orang-orang bukan Islam. Namun begitu umat Islam sewajarnya menyusun program-program yang lebih teratur dan canggih daripada apa yang dijalankan kaum missionari Kristian itu, supaya iman umat Islam terus mantap, tidak bergoyang dan lebih ramai dapat menarik orang-orang bukan Islam menerima Islam sebagai agama mereka.



Berhubung dengan penyebaran agama Kristian ini, saya terbaca sebuah risalah yang dihasilkan oleh Drs. Muhammad Syah bin Bawih berjodol “Ancaman Kristian-Yahudi Terhadap Umat Islam Dan Cara Mengatasinya”, yang diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan pada tahun 1987.



Beliau mendului tulisan beliau dengan menggungkap dua potong ayat al-Quraan berhubung dengan perkara tersebut. Ayat pertama firman Allah, “Aliflammim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan [sahaja] mengatakan:”Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesunguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”.Al-Ankabut:1-13.



Masjid Nabawi menjadi saksi perkembangan Islam di seluruh dunia



Dan firmanNya lagi, “Orang-orang Yanudi dan Nasrani [Kristian] tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti [agama] mereka. Katakanlah:Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk [yang sebenarnya] dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong kamu”.Al-Baqarah:120.



Beliau juga mengunggkapkan sebuah Hadis Nabi SAW yang berbunyi, “Abi Sayyid al-Khudri ra. berkata Nabi SAW bersabda, “Kamu akan mengikuti jejak orang yang sebelummu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga bila mereka dahulu itu masuk lubang biawak kamu semua mengikutinya. Kami bertanya:Ya Rasulullah, apakah orang Yahudi dan Nasrani? Jawab Nabi SAW Siapa lagi selain mereka”.Al-Bukhari.



Kata beliau al-Quran dan Hadis menegaskan tentang ancaman Yahudi dan Kristian terhadap umat Islam itu supaya mereka sentiasa berhati-hati dalam menjalankan tugas di mana dan bila-bila masa sahaja.



Beliau seterusnya menegaskan, “Sejarah Perang Salib banyak membuktikan bahawa perlawanan secara keras terhadap umat Islam tidak banyak menguntungkan mereka, walaupun mengambil masa dua abad lamanya. Adapun bentuk perang yang dilaksanakan sekarang, mereka menyesuaikan dengan keadaan dan tempat. Buat masa mutakhir ini mereka melaksanakan suatu bentuk perang saraf dan tersembunyi. Akibatnya banyak sudah wilayah-wilayah Islam yang roboh dan jatuh ke tangannya”.



Cara Yang Mujarab


Beliau menjelaskan orang-orang Kristian-Yahudi telah melakukan berbagai-bagai tindakan yang berkesan untuk memnbinasakan Islam dan umat Islam. Mereka telah mengatur berbagai-bagai strategi untuk menjalankan tujuan jahat mereka itu.



1.Untuk Melenyapkan Hukum Islam


Beliau menjelaskan dalam masa perundingan di Luzon antara pehak Turki dan Inggeris, penjajah Inggeris telah memberi beberapa syarat kemerdekaan kepada Turki, iaitu.



-Turki hendaklah menghapuskan sistem khalifah Islam.



-Turki hendaklah menghapuskan semua gerakan yang mendukung pemerintahan Khalifah.



Masjid dapat menyemarakkan iman dan memperteguhkan akidah umat Islam


-Pemerintah Turki yang baru akan memutuskan hubungan dengan Islam.



-Pemerintah Turki yang baru akan memilih undang-undang dasar sivil, sebagai ganti undang-undang yang berdasarkan hukum Islam.



Dengan terlaksananya syarat-syarat yang dikehendaki oleh Inggeris itu barulah Inggeris berundur dari bumi Kamal Atturtuk, Turki.



Kata beliau, pada mula-mula di Parlimen Inggeris, Kerzon sebagai Menteri Luar British ketika itu telah dikutuk kerana memberi kemerdekaan kepada Turki, tapi bila Kerzon menjawab, “Kami telah menghancurkan Turki dan ia tidak akan bangkit kembali…..kerana kami telah menghancurkan semua kekuatannya yang bersumber kepada dua hal, iaitu Islam dan khalifah”, maka Parlimen Inggeris pun bergemuruh dengan tepukan tangan anggota-anggotanya.



2]Menghancurkan Al-Quran Dan Melenyapkannya


Dalam perakara ini beliau mengunggkapkan dua pendapat yang pernah dikemukakan oleh dua orang pemuka Kristian yang terkenal.



Pastor William Gaford Bilkrof pernah menegaskan, “Apabila al-Quran dan Kota Mekah dapat dikubur dari Arab, maka pada saat itu kami akan dapat melihat orang Arab melangkah menuju peradabaan barat”.



Pastor Takly pula menegaskan, “Kami harus menggunakan al-Quran senjata Islam yang paling ampuh [sakti] untuk menakluki Islam itu sendiri, hingga kami dapat menghancurkanya sama sekali”.



3]Menghancurkan Akhlak Umat Muslimin


Samuel Zwemer pernah menegaskan,”Upaya penganut Kristian ditinjau dari peradabaan barat mempunyai dua muka, iaitu penghancuran dan pembinaan”.



Penghancuran bererti mengeluarkan orang Islam dari agamanya walaupun mereka menjadi athis.



Pembinaan bererti memasukkan orang Islam ke dalam agama Kristian sebaiknya supaya berdiri dengan barat melawan bangsanya sendiri.



4]Menghancurkan Persatuan Kaum Muslimin


Kardinal Simeon menegaskan, “Persatuan kaum Muslimin dapat mempersatukan cita-cita umat Islam dan dapat mendorong mereka lepas dari kekuasaan Eropah, dan upaya Kristianiti satu usaha penting dalam mematahkan kuku gerakan mereka. Dengan Kristianiti kita harus dapat merubah arah kaum Muslim dan menjauhkan mereka dari cita-cita persatuan Islam”.



Lambang salib ini tidak seharusnya disalahgunakan sehingga bercanggah dengan Perlembagaan Negara Malaysia.



Lawerence Brown pula menegaskan, apabila kaum Muslimin bersatu padu dalam suatu kekuasaan [Arab], mereka akan menjadi suatu bencana dan bahaya bagi alam semesta ini…….apabila mereka tetap berpecah belah mereka akan tetap tidak berharga dan bernilai.



5]Meragukan Kaum Muslimim Dengan Agamanya Sendiri



Banyak buku dan karangan yang cuba melemahkan ajaran Islam dan maruah kaum Muslimin, sebagai contoh kitab, موضوعة تارىخ جنس البشرى وتقد مه الثقفى والعلمى , Buku ini diterbitkan oleh UNESCO dari PBB dalam fasal 10 Jilid 3. Isinya antara lain:



a]Agama Islam dari rangkaian Yahudi-Kristian



b]Al-Quran sebagai kitab yang tidak mempunyai balaghah [kesusateraan-bahasa yang menakjubkan]



c]Hadis-hadis Nabi itu buatan manusia semata-mata, yang disusun setelah Nabi tiada.



d]Para ahli fiqah Islam meniru undang-undang barat.



e]Wanita dalam Islam tidak mempunyai nilai.



6]Membiarkan Bangsa Arab Tetap Lemah


Orang Arab berkeyakinan bahawa bangsa Arab adalah merupakan tempat penting dari umat Muslimin, demikian ditegaskan oleh Moro Berger dalam bukunya “Dunia Arab”. Sejarah mencatat bahawa kekuatan bangsa Arab memberi kekuatan kepada umat Islam, justeru itu hancurkanlah bangsa Arab, supaya kehancuran mereka itu dengan sendirinya akan menghanucrkan Islam dan pemiliknya.



7]Mencipta Sistem Diktator Politik Dalam Dunia Islam



Seorang orientalis W.K.Smith dari Amerika menegaskan, apabila kaum Muslimin diberi kebebasan hidup dalam dunia Islam dan mereka hidup dalam demokrasi, maka Islam akan mendapat kemenangan di negeri itu. Oleh itu dengan sistem diktator sahajalah umat Islam dapat dipisah dari agamanya.



8]Menjauhkan Kaum Muslimin Dari Kemampuan Mengeluarkan Barangan, Tapi Menjadi Pembeli Barangan Keluaran Barat



Dunia barat selalu memberi peluang kepada dunia Islam apa sahaja yang ada di barat, asalkan dunia Islam tidak mengeluarkannya sendiri, iaitu semuanya dibeli dari barat.



9]Mereka berusaha terus menerus menjauhkan cerdik pandai Islam daripada memegang tampuk pemerintahan di negara-negra Islam supaya mereka tidak dapat membangun atau membangkitkan Islam.


Pada tahun 1968, Mountego Mery Watt menulis dalam harian London Times, “Kalau sudah ditemukan seorang pemimpin Islam yang tepat, yang berbicara dan memperkatakan dengan suara Islam tepat pula, mungkin sekali agama ini akan merupakan kekuatan politik yang besar di dunia untuk kesekian kalinya”.



9]Merosakkan Wanita Dengan Menggunakanya Sebagai Model Menyebar Kejahatan Dalam Iklan Dan Pertubuhan Yang Mendedahkan Mereka Ke jalan Maksiat.


Seorang Sister Kristian, Anna Miligan menegaskan, “Ia telah dapat mempengaruhi pelajar di Kaherah melalui pertubuhan sekolah بثا بىق . Ia merupakan wadah Kristian yang terbesar yang dapat menghimpun, mengumpulkan kaum wanita Islam dan wadah ini merupakan tempat untuk menghancurkan nilai-nilai Islam yang ada pada umat Islam itu.



Di tepi barat Sungai Jordan, pihak Yahudi mengumpulkan wanita dalam sebuah pertubuhan tertentu, kemudian mereka mengundang pemuda-pemuda Arab Islam untuk bermain dan bersuka ria dengannya dan sebagainya, sehingga pemuda-pemuda Arab itu hanyut menurut arus yang sudah digaris oleh kelompok itu seterusnya.



Di Kawasan Asia Tenggara


Bagi kawasan Asia Tenggara, khususnya Malaysia dan Indonesia yang majoriti penduduknya beragama Islam, kata beliau pihak Yahudi-Kristian melakukan beribu-ribu cara untuk mencapai tujuan buruk mereka, melemah dan menyesatkan umat Islam, dan mengubah umat Islam memeluk agama mereka yang sesat itu.



Di saat-saat akhir ini, cara penyesatan yang paling ketara antaranya ialah timbulnya aliran yang tidak percaya kepada Hadis dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Sekarang pun ada orang Melayu sendiri mengembang ajaran anti-Sunnah.



Pada mulanya ajaran ini dipelopori oleh seorang Yahudi-Orientalis, Prof. Dr.Goldziher [1850-1912] yang pernah belajar di Kaherah, Mesir [1873-1874] untuk mencari titik yang dianggap lemah oleh mereka dengan tujuan untuk melemah dan menghancurkan Islam dengan menggunakan ajaran Islam itu sendiri,



Seterusnya mereka menubuhkan sebuah badan “Engkar Sunnah” dan menghancurkan Islam. Dr. Goldziher yang mempunyai ramai murid yang tersebar di seluruh dunia dengan pelajaan Islamlogi, terutama di U.S.A. dan Eropah. Di sana terdapat ramai mahasiswa Islam belajar untuk memperolehi gelar doktor [Ph.D] dalam Islamlogi.



Lalu orang-orang Yahudi-Kristian membuat satu kesimpulan, “Bahawa sarjana Muslim semakin banyak mendapat gelar keserjahanaan yang diperolehi dari usaha mereka, maka semakin tak siumanlah cara berfikir mereka tentang Islam, kecuali sarjana-sarjana Muslim yang ikhlas”.



Dan mereka yang tidak ikhlas ini memakai simbol “Pembaharuan Islam”, contohnya di Malaysia mereka membawa slogan:



-Dengan slogan “pembaharuan Islam” mereka menyebar fahaman sekularnya.



-Dengan slogan “Pembaharuan Islam” mereka menyebar faham engkar sunnah [tidak percaya kepada Hadis]



-Dengan slogan pembahruan Islam”, maka bebas dan merdekalah mereka mengabui mahawiswa-mahasiswa Islam.



-Dengan slogan “Pembaharuan Islam” berleluasalah mereka meracuni keyakinan mahasiawa Islam dan umat Islam.



Untuk tujuan tersebut Profesor Dr.Goldziher meninggalkan 200 buah buku dan artikel-artikel sebagai panduan dan bacaan kepada pembawa ajaran missinya.



Missi Kristian


Manakala Missi Kristian pula didorong oleh Kitab Perjanjian Baru [Bibel} 19-18:28 yang berbunyi: “Jesus mendekati mereka dan berkata, “Kepadaku telah diberikan segala kuasa di syurga dan di bumi, kerana itu pergilah, jadikanlah semua bangsa muridku dan baptislah mereka dalam nama bapa dan anak, roh kudus”. [Terjemahan dalam bahasa Indonesia dari al-Kitab/Bibel].



Dan masih banyak lagi ayat-ayat lain yang mewajibkan umat Kristian berdakwah kepada missi mereka, dengan berbagai-bagai bentuk dan cara.



Khusus untuk Malaysia-Indonesia missi Kristian-Yahudi, mereka melaksanakan beberapa program seperti berikut:



Saluran Pendidikan


-Melalalui pendidikan TADIKA- kelas bimbingan kanak-kanak.



-Di sekolah rendah menengah- dan universiti.



-Serta kursus-kursus kemahiran dan diterapkan fahaman mereka.



Kegiatan Kemasyarakatan Dan Sosial


-Membuat kelab malam sosial dan membantu dari segi kebendaan.



-Memberi modal dalam usaha-usaha perniagaan.



-Rumah-rumah sakit, kelas-kelas muzik dan masmedia.



-Bidang politik dengan memberi sumbangan kepada pihak-pihak yang akan menguntungkan perjuangan mereka.



Holy Water boleh merosakkan akidah



Pokoknya mulai dari mencari pasangan sampai melahirkan anak, hingga sampai ke tanah perkuburan boleh mereka manfaatkan untuk tujuan penyesatan dan keagamaan mereka.



Menentang Ancaman Kristian


Nenurut Drs. Muhammad Syah bin Bawih ada beberapa saluran yang patut digunakan untuk menentang serangan Kristian itu, iaitu saluran pendidikan, saluran politik dan kekuasaan, saluran kegiatan kemasyarakatan dan sosial dan menerusi individu-individu Muslim sendiri. Beliau menjelaskan perkara itu satu persatu.



-Saluran Pendidikan


Ia hendaklah dimulai dengan pendidikan agama di rumah ketika kanak-kanak masih kecil dan seterusnya dihantar ke kelas-kelas TADIKA yang mengajar melalui pendekatan Islam dan pendidikan Islam.



Ibu bapa dan guru hendaklah sentiasa mengawasi pelajaran agama dan amalan-amalan agama kanak-kanak, baik di sekolah atau di luar sekolah.



-Saluran Sosial Dan Kemasyarakatan


Kita hendaklah mengambil berat dan selalu berusaha untuk kemajuan agama Islam dalam gerakan kemasyarakatan.



Kita hendaklah mengawasi kegiatan-kegiatan yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan bertindak untuk mengatasinya.



-Saluran Politik Dan Kekuasaan


Umat Islam yang mempunyai kuasa dan pengaruh, hendaklah menggunakan kuasa yang dimilikinya itu demi kepentingan perkembangan dan kemajuan agama Islam.



Umat Islam hendaklah memain peranan penting untuk mencegah kemasukan pengaruh Kristian- Yahudi, dan membentuk badan yang khusus dalam mengkaji tindak tanduk yang merugikan umat Islam, dan segera bertindak mencegahnya sebelum ia bertukar menjadi sebuah gerakan politik.



-Peranan Individu Muslim


Setiap individu Islam hendaklah mempastikan diri mereka memahami inti pati ajaran Islam secara umum, dan memahami tujuan Islam secara khusus.



Umat Islam hendaklah memahami, mengerti dan berhasrat untuk mengamal dan benar-benar mengamalkan ajaran Islam itu.



Umat Islam hendaklah mengawasi segala gerak geri dan perjalanan harian mereka berdasarkan amal makruf dan nahi munkar, iaitu mengajak kepada kebaikan dan melarang kemunkaran.



Umat Islam hendaklah sentiasa mengawasi ancaman-ancaman Kristian-Yahudi dan mengambil tindakan yang sesuai untuk mengatasinya sejajar dengan peranan yang dimainkan.



Demikianlah untuk perhatian kita bersama dalam menghadapi berbagai-bagai ancaman daripada Kristian yang boleh merosakkan akidah kita umat Islam yang telah mereka lancarkan menerusi berbagai media, sejak sekian lama di seluruh dunia. Sentiasalah berawas dan berwaspada.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP