Rahsia Pengorbanan Nabi Ibrahim

>> Saturday, November 5, 2011




RAHSIA PENGORBANAN NABI IBRAHIM




Sebelum Nabi Ibrahim a.s diperintah oleh Allah supaya menyembelih puteranya yang dikasihi, Ismail terdapat sebuah kisah yang menjadi latar belakang kepada peristiwa itu.



Penyembelihan yang dilakukan Nabi Ibrahim terahdap anaknya Ismail itulah menjadi salah satu ibadat kepada umat Islam, dalam menyambut hari raya Aidiladha sampai ke hari ini.



Versi Pertama


Pada suatu masa Nabi Ibrahim a.s telah mengorbankan sebanyak seribu ekor kambing dan tiga ratus ekor sapi.



Usahkan manusia, para malaikat juga merasa hairan dan tertanya-tanya dengan perbuatan Nabi Ibrahim a.s itu.

Pada masa dahulu kain Kaabah setiap tahun dibawa dari Mesir ke Mekah, Sebelum dihantar kain itu diarak terlebh dahulu di Mesir.



Maka menjawablah Nabi Ibrahim, “Semua yang aku korbankan itu tidak bererti apa-apa bagiku. Demi Allah, andainya aku diperintah untuk mengorbankan anaku di jalan Allah, maka akan aku laksanakan”.



Setelah sekian lama masa berlalu, maka Nabi Ibrahim telah dikurniakan seorang putera yang dinamakannya Ismail. Bila Ismail berusia tujuh atau tiga belas tahun, Baginda pun diperintah oleh Allah supaya menunai nazarnya menyembelih anaknya, Ismail menerusi mimpi.



Versi ahli-ahli Sufi


Satu sumber lagi, sebuah kisah yang terdapat di kalangan sesetengah ahli sufi.



Peristiwa ini dikisahkan berlaku sebelum Hajar melahirkan Ismail. Pada suatu masa dengan izin Allah Nabi Ibrahim a.s ternampak salah seorang daripada pengikutnya terdiri daripada seorang jahat yang amat buruk akhlaknya.



Nabi Ibrahim a.s merasa amat tidak puas hati dengan hamba Allah yang amat buruk akhlaknya itu dan merasa amat kecewa, lalu mengadu kepada Allah.



“Wahai Allah”, ujar Nabi Ibrahim, “salah seorang daripada hambaMu yang menjadi pengikutku ini amatlah buruk akhlaknya. Aku merasa amat kecewa, dan berharap Engkau ambillah nyawa hamba itu untuk mencegahnya daripada terus berbuat zalim”.



“Wahai Ibrahim”, kata, Allah, “ tapi dia juga hambaKu”.



“Tapi dia seorang pengikutku yang jahat. Aku merasa kecewa dan malu dengan perbuatannya itu. Ambillah nyawanya, wahai Allah”, balas Nabi Ibrahim a.s.



“Tapi dia hambaKu juga”, kata Allah.



Untuk kali ketiganya Nabi Ibrahim terus merayu, maka berkatalah Allah, “Dia hambaKu. Tapi kerana engkau minta Aku mengambil nyawanya, Aku ikut katamu. Tapi ingat. Ini masamu, tunggulah masa Aku nanti”.



Maka nyawa orang yang tidak disukai oleh Nabi Ibrahim a.s kerana jahatnya itu diambil Allah.



Tidak lama kemudian, Nabi Ibrahim a.s ternampak pula seorang lagi pengikutnya yang jahat dan meminta Allah segera mematikannya. Allah menurut permintaan Nabi Ibrahim a.s. dengan mengingatkannya, “Baiklah. Tapi ingat Ibrahim, ini waktumu, akan tiba waktu Aku pula”.



Kemudian untuk kali ketiganya Nabi Ibrahim a.s meminta Allah supaya mengambil nyawa seorang lagi pengikutnya yang jahat. Allah juga memperkenankan permintaannya, tapi dengan ingatan yang sama, “Baik Ibrahim. Ini masamu, tunggulah masa Aku pula”.



Nabi Ibrahim dengan isteri pertama Siti Sarah tidak mempunyai anak walaupun usia mereka telah lanjut. Tapi bila Baginda berkahwin dengan Hajar, seorang hamba sahaya yang diberikan oleh isterinya Sarah kepadanya, dia dikurniakan seorang putera.



Hajar dikurniakan kepada Siti Sarah oleh Firaun, Raja Mesir kerana kejayaannya menyembuhkan kedua belah tangan raja itu yang tertutup dan tidak dapat dibuka.



Putera Nabi Ibrahim dengan Hajar itu dinamakan Ismail. Dan dari Nabi Ismail inilah bermulanya keturunan Nabi Muhammad S.A.W., yang mengikut susur galurnya merupakan nenek Baginda S.A.W. yang kedua puluh.



Ketika Ismail berusia tujuh atau tiga belas tahun Allah memerintahkan Ibrahim menerusi mimpi supaya menyembelih anak kesayangannya Ismail, dan itulah masa yang dikatakan oleh Allah, “Tungulah masa Aku pula” sebagai ujian kepadanya.



Allah menceritakan peristiwa itu di dalam kitab suci al-Quran:



“Dan Ibrahim berkata,”Sesungguh aku pergi menghadap kepada Tuhanku”.



“Ya Tuhanku anugerahkan kepadaku [seorang anak] yang termasuk orang-orang yang salih”.



“Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar”.



“Maka tatakala anak itu sampai [pada umur sanggup] berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anaku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu”. Ia menjawab, “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyallah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”.



“Tatakala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis[nya],[nyatalah kesabaran keduanya”.



“Dan Kambi panggil Ibrahim, “Hai Ibrahim”.



“Sessungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik”. As-Shaffat: 99-105.



Sesungguh kesanggupan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Ismail merupakan satu pengorbanan yang berat dan amat sukar untuk dilaksanakan, kecuali oleh orang-orang yang sabar dan ikhlas seperti Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail



Maka berkatalah Malikat Jibrail," Allahu Akbar! Allahu Akbar!”, sebagai penghormatan kepada Nabi Ibrahim a.s.



Dan dijawab oleh Nabi Ibrahim dengan katanya, “Laillaha illallah wallahu akbar”.



Bila didengar oleh Ismail, dia pun menyambutnya dengan ucapan, “Allahu Akbar Walilllahi Alhamdu”.



Demikian sedikit renungan di sekitar hari Aidiladha ini.



SELAMAT HARI SAYA, MAAF LAHIR DAN BATIN.



Allahu Akbar Walillahi Alhamdu.



xxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP