Isteri Penyejuk Hati

>> Saturday, November 12, 2011




ASSALAMUALAIKUM, HELO SAYANG



ISTERI PENYEJUK HATI



Setiap wanita yang telah kerkahwin, atau seorang lelaki yang telah berkahwin bererti wanita atau lelaki itu telah mempunyai teman hidup atau pasangan hidup..



Jika anda mempunyai pasangan hidup, bereti anda telah mempunyai teman untuk berkongsi hidup dengan anda, berkongsi tidur dan berkongsi bangun, dalam jangka waktu yang tidak terbatas, bukan satu jam, bukan satu hari, bukan seminggu, bukan satu purnama dan bukan juga setahun, tapi buat selama-lamanya sepanjang hidup anda, malah bukan sahaja di dunia tapi juga di alam akhirat nanti.



Oleh itu, tidaklah pantas kepada anda untuk mendoakan diri anda atau meminta orang mendoakan perkahwinan anda supaya berkekalan ke akhir hayat, sebagaiamana sering terpapar dalam kad-kad undangan perkahwinan?



Bagaimana selepas anda meninggal dan berada di alam akhirat nanti, adakah anda tidak ini terus bersama dengan orang yang anda kasihi semasa di dunia ini? Bersama-sama dengan orang yang anda kongsikan segala-galanya semasa di dunia yang fana ini?



Dengan berkahwin bererti anda telah mewujudkan suasana yang halal untuk menjelmakan fitrah semula jadi anda sebagai insan yang beriman, maka dengan itu bererti anda telah menutup pintu yang gampang dicerobohi oleh syaitan untuk menggoda anda supaya terjun ke lubuk nafsu yang haram yang akan membawa anda kepada kebinasaan.



Dengan bernikah di samping orang yang anda sayangi itu bererti terbukalah kepada anda berdua sebuah kesempatan yang murni untuk membina sebuah rumah tangga dan keluarga yang aman dan bahagia bukan sahaja di dunia, tapi juga akan berterusan ke akhirat nanti.



Kurniaan Allah itu hanya diperolehi andainya anda berdua membina sebuah rumah tangga anda dengan penuh keimanan dan keikhlasan yang mendasarkan semua tingkah laku dan gerak geri anda kepada semata-mata kerana Allah. Di mana anda bercinta dan berkasih sebagai suami isteri kerana Allah, di mana anda berbelai dan bermanja kerana Allah, malah jika anda membenci pun juga kerana Allah.



Allah berfirman dalaman kitab suci al-Quran, “Katakanlah, sesungguhnya solatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta Allah”.al-An’am:162,



Itulah antara doa yang kita baca dalam solat kita lima kali sehari, dari subuh ke subuh, dari maghrib ke maghrib.



Sebagai seorang wanita, suami anda adalah insan yang paling hampir dengan anda, malah suami anda adalah segala-galanya kepada anda.



Dia adalah suami anda, tempat anda berlabuh kasih sepanjang hayat anda, dia adalah penaung dan penjaga anda, dia adalah rakan seperjuangan anda, dia adalah pembantu anda yang akan jatuh bangun bersama dengan anda, di mana jika anda rebah ke kiri, maka dia akan rebah ke kanan dan bila anda jatuh, dia akan membangunkan anda dengan penuh kesabaran dan kerelaan.



Itulah dikatakan hidup bersama. Hidup bersama di kala senang dan di kala susah, dan bukan hanya di kala senang, dan bukan hanya di kala susah. Ada sebahagian lelaki, hanya hidup bersama di masa susah, tapi bila senang lalu meninggalkan isteri, untuk membina sebuah pelabuhan cinta yang baru, membelakangkan orang yang telah berkorban bermati-matian ketika mengharungi penderitaan hidup di masa yang lalu.



Semoga anda dijauhkan Allah daripada memiliki suami yang bersikap “Habis manis, sepah dibuang” atau menjadi “Kacang lupakan kulit”. Semoga anda mendapat seorang suami yang setia, yang mengasihi dan menyayangi anda, dan yang rela jatuh bangun bersama anda, yang berbahagia di dunia, dan berbahagia di akhirat bersama anda.



Justeru jadikanlah diri anda sebagai seorang isteri sebagaimana diungkapkan oleh seorang wanita bernama Heni Irma Andri Astuti bila beliau menegaskan, bahawa isteri itu laksana cahaya bagi hati yang gelap yang dirundung duka masalah, laksana kemilau embun di pagi hari bagi jiwa yang sedang mencari pencerahan. Dia cantik merona saat suami memandangnya dengan keluhuran akhlaknya, lembut manja saat disapa, penuh cinta dan kerelaan saat dirindukan. Namun di sebalik kelembutannya dia juga mampu untuk sanggup dan sabar saat suami memerlukan sokongan, cerdik dan bijaksana dalam memberi idea.



Demikian lembut dan indahnya bila wanita yang berhati gemulai ini meneruskan madahnya, dengan berkata, maka dengan demikian, suami mana tidak inginkan isterinya yang sedemikian indahnya? Tentu hati suaminya tidak akan berpaling, tentu rindu hanya untuk sang isteri tercinta, bahkan hati akan terasa enggan meninggalkannya. Bila cinta sudah sedemikian dalam di hati, maka katanya tentulah kebahagian yang akan diraih, kerana tidaklah mungkin orang yang mencintai akan membiarkan orang yang dikasihinya berada dalam kesedihan dan keresahan.



Inilah barangkali gambaran wanita dalam firman Allah, “Dan orang-orang yang berkata, “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”. Al-Furqan:74.



Dan ini juga maksud daripada sabda Rasulullah S.A.W., “Seorang wanita biasanya dikahwini kerana hartanya, kecantikannya, kemuliaan keluarganya atau kekuataan agamanya [ketakwaannya]. Maka pilihlah yang kuat agamanya agar engkau berbahagia dalam hidupmu”.HR: Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah.



Oleh sebab itu, wahai sayang, hiasilah diri anda dengan iman dan takwa, dengan kasih dan sayang, dengan cinta yang luhur dan penuh keikhlasan sebagai seorang perawan atau isteri yang sentiasa bertakhta di hati suaminya. Hanya Allah dan RasulNya menjadi matlamat kita dalam hidup yang penuh diselimuti perjuangan ini untuk mencapai matlamat suci dan mulia.



Sekian.



XXXXXXX



MAJLIS MENYAMBUT MENANTU



Foto-foto di bawah adalah rakaman daripada majlis sambutan menantu Encil Halim bin Yusoff [Ayah Cik] dan Norlida bt Mohd Ya’acob [Noli- Acik yang diadakan pada 11 November 2011 [15 Zulhijjah 1432 H] yang di Dewan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Cawangan Kelantan, antara Ahmad Hamin bin Halim [Amin] dengan Maryam Husna bt. Haji Firdaus.



Semoga diberkati dan berbahagia.































xxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:




Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP