Sayang, Kenapa Nak Jadi Lelaki

>> Monday, November 28, 2011


ASSALAMUALAIKUM, HELO SAYANG




SAYANG, KENAPA NAK JADI LELAKI?



“Sayang, sayangkan perempuan, kenapa nak jadi lelaki?”



“Tak ada eh, siapa kata?”



“Tu, yang sayang pakai macam lelaki tu?”



“Tak adalah, macam biasalah”..



“Tu yang sayang pakai seluar jean, dan baju T tu? Bukankah itu pakaian lelaki?”.



“Tapi ini pakaian wanita hari ini, pakaian wanita-wanita muda, kemas dan ringkas”.



“Tapi itu pakaian lelaki. Dahlah pakaian lelaki, ketat dan sendat pula tu. Buka dada, dedah tengkok, dedah lengan….ah apa ni”.



“Tak bolehkah?”



“Bukan sahaja tak boleh, tapi haram. Berdosa. Agama kita melarang orang perempuan meyerupai lelaki, dan sebaliknya melarang lelaki menyerupai perempuan”.



Suka Kelihatan Cantik



Setiap orang wanita memang ingin supaya sentiasa kelihatan cantik, anggun dan bergaya, justeru itu dari sejak dahulu hingga sekarang dan seterusnya masa-masa akan datang, berbagai-bagai usaha telah, sedang dan akan mereka lakukan untuk mencapai impian kelihatan supaya kelihatan cantik d.an bergaya



Kerana tamakkan kelihatan cantik itu, kaum wanita dan juga lelaki sering kali tersasul melakukan berbagai-bagai perkara sumbang, kotor, bodoh dan jahil malah tidak masuk akal sekali pun. Mereka sanggup melanggar perintah-perintah suci agama sekali pun, antaranya dengan menyeru jin dan syaitan kerana megejar kecantikan.



Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood seorang pendakwah terkemuka yang sentiasa muncul di khalayak dengan pakaian lengkap dan sopan patut dijadikan idola.



Islam sebagai agama yang syumul dan sebagai satu cara hidup telah menggariskan beberapa prinsip yang menentukan perkara-perkara boleh dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan dalam mengeajr kejelitaan.



Salah satu perkara yang sering dilanggar dalam memburu keanggunan ialah di bidang pakaian, di mana wanita berpakaian menyerupai lelaki dan sebaliknya lelaki berpakaian meyerupai perempuan.



Tasyabbuh


Tindakan seorang wanita untuk menyerupai lelaki dan sebaliknya tindakan seorang lelaki untuk menyerupai wanita diistilahkan tasyabbuh.



Dalam kata lainnya tasyabbuh ialah wanita besifat kelelakian, seperti gemar memakai pakaian lelaki dan sebagainya dan diberikan gelaran “tomboy”, sebaliknya pula lelaki yang gemar berlagak perempuan, seperti dalam berpakaian atau menghias diri digelar “pondan” atau “maknyah”. Itulah antara ciri-ciri penyerupaan yang dikatakan tasyabbuh.



Penyerupaan itu boleh berlaku dalam bidang yang lebih luas lagi, iaitu:



-Dalam berpakaian.



-Dalam penggunaan perhiasan.



-Dalam percakapan dan bersuara



-Dalam gaya berjalan dan melakukan gerakan badan.



-Dalam mengubah bentuk fizikal badan.



Wanita Berpakaian Lelaki



Prinsip pertama wanita diharam memakai pakaian atau menyerupai kaum lelaki, seperti memakai seluar yang sendat dan baju T yang ketat gelmat, yang hanya menutup sebahagian kecil lengan dan menampakkan seluruh lurah dan liku fizikalnya yang mempesonakan.



Tapi hari ini, ramai wanita dari segenap golongan, tua dan muda, lebih-lebih lagi yang remaja suka berpakaian seperti lelaki, malah ada yang hanya memakai seluar pendek yang hanya menutup sebahagian kecil pangkal pehanya, iaitu lebih pendek daripada seluar pendek yang dipakai oleh kaum lelaki.



Malah ramai wanita-wanita hari ini, termasuk wanita Islam yang terikut-ikut dengan pengaruh budaya barat telah menukar wajahnya daripada seorang yang lembut dan ayu kepada wajah seorang lelaki untuk keluar berlagak di tempat-tempat awam.



Saya terkenang satu peristiwa di mana pada suatu hari Allahyarham Ustaz [Dato’] Yusuf Zaky Yaacob [semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya] telah dibawa oleh seorang rakannya menemui seorang tokoh wanita tanah air yang terkenal kerana urusan-urusan tertentu. Pertemuan itu berlangsung di rumah wanita tersebut. Katanya alngkah terkejutnya beliau, bila wanita itu keluar menemui mereka dengan memakai seluar pendek yang mendedahkan pangkal peha dan berbaju panas yang singkat dan ketat. Belaiu mengeluh panjang dan membuat komen pendek “betullah tak hormat orang”.



Datok Yusuf Zaky telah meninggal, kawannya itu juga meninggal, tapi wanita itu masih hidup dan tidak menutup aurat dan terus membogelkan rambutnya, dan sampai ke hari ini pun dia tidak pernah bertudung.



Perubahan-perubahan pesat melapah keburukan seperti itu berlaku kerana terpengaruh dengan serangan kebudayaan barat yang telah mengeggar seluruh dunia. Akibatnya umat Islam, terutama kaum wanitanya terpesona dan terpengaruh, khususnya dengan gelombang gerakan “Dasar Pembebasan Wanita” yang lebih dikenali dengan panggilan “The Women Lib”.



Gerakan ini amat berpengaruh, dan telah berjaya membogelkan seluruh wanita Islam dari kepala hingga ke hujung kaki, menelanjangkan pusatnya, menyelak pehanya. Mendedahkan ketiaknya yang berbulu atau mulus licin, memperagakan dadanya, membogelkan betisnya, malah membogelkan segala-galanya. Sehingga ada di antara wanita Islanm yang lembut dan sopan bertukar menjadi keras, kasar dan lasak seperti lelaki.



Islam Mengharam



Islam melarang keras berpakaian menyerupai seperti itu, baik wanita menyerupai lelaki, atau lelaki menyerupai wanita.



Ada sebuah Hadis Rasulullah SAW bermaksud, “Abu Hurairah r.a. berkata,”Rasulullah SAW melaknat orang lelaki memakai pakaian perempuan dan orang perempuan memakai pakaian lelaki”.HR: Abu Daud.



Al-Imam al-Zahabi dalam komentarnya mengenai perkara ini antara lain berkata, “Apabila wanita memakai pakaian yang dipakai oleh lelaki dan berlagak seperti seorang lelaki dengan pakaian yang serba sempit, kelihatan jelas badannya, itu sudah menyerupai lelaki dan berhak menerima kutukan Allah dan RasulNya”.



Kalau dia mempunyai suami, maka ujar beliau lagi, kutukan itu juga menimpa suaminya, jika dia menyerah rela serta tidak mencegah isterinya berpakaian seperti itu. Seorang suami wajib berusaha memperbetulkan isterinya supaya taat kepada Allah S.W.T dan RasulNya serta menjauhkannya melakukan dosa dan maksiat selaras dengan firman Allah S.W.T. dalam Surah at-Tahrim, ayat 6 yang bermaksud, “Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu”.



Kita kembali kepada persoalan kenapa kita berpakaian? Kenapa wanita berpakaian?



Takkan wanita barat ini yang anda jadikan contoh tauladan?



Tujuan pokok wanita Islam berpakaian ialah untuk menutup aurat supaya bentuk tubuh wanita tidak terdedah dan tidak juga dapat dilihat menembusinya, kerana kenipisannya. Tujuan wanita Islam berpakaian bukan untuk menarik perhatian lelaki yang bukan muhrim menikmatinya.



Secara umumnya pula, apa yang dikatakan aurat dalam Islam yang perlu ditutup dan haram dipandang ialah seluruh tubuh badannya, kecuali wajah dan kedua belah tapak tangannya sahaja sehingga ke pergelangan tangan. Malah mereka juga boleh menutupi anggota-anggota tersebut jika mereka mahu.



Seorang wanita yang berpakaian seperti lelaki, bukan sahaja menukar sifat kewanitaannya kepada lelaki, tapi juga mendedahkan hampir ke seluruhan badannya yang amat berharga itu.



Kalau anda sudah ditakdirkan jadi seorang wanita, yang begitu mulia kedudukannya di sisi Allah dan RasulNya, kenapa pula anda ingin menjadi seorang lelaki?



Jangan berbuat maksiat, menempah dosa, kelak anda akan menderita. Walau bagaimana sekali pun, wanita tetap wanita, dia tidak akan menjadi lelaki.



Demikian juga lelaki, tetap lelaki, dan tidak akan bertukar menjadi perempuan, walau bagaimana sekali pun.



Yang boleh berubah sedikit hanya wajah luaran, tapi hakikat asal kejadiannya tetap tidak berubah. Lelaki adalah lelaki, dan wanita adalah wanita.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.


2 comments:

Rafi Harumin November 28, 2011 at 11:27 AM  

Assalamualaikum.

Renungan buat kita semua. Semoga bermanfaat. Amin.

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP