Bolehkah Wanita Menjadi Hakim?
>> Saturday, November 19, 2011
ASSALAMUALAIKUM, HELO SAYANG
BOLEHKAH WANITA MENJADI HAKIM?
Pertanyaan-pertanyaan, “Bolehkah wanita menjadi ketua Negara?”, atau “Bolehkah wanita menjadi hakim atau majistret?”, sering berlegar-legar dalam kepala dan mencetuskan pertanyaan-pertanyaan yang menarik dalam kepala umat Islam dari masa ke masa.
Ada orang berkata boleh dan orang berkata tidak boleh, iaitu ada pro ada kontra dengan alasan masing-masing.
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiada Melayu Kelantan menerusi Jemaah Ulama MAIK pada tahun 1995 telah mengeluarkan fatwa khusus mengenai “Masalah Wanita Menjadi Hakim atau Majistret Bagi Kes Sivil dan Jenayah”.
Tulisan ini merupakan cabutan daripada laporan yang disediakan oleh Othman bin Hj.Ibrahim, selaku Setiausaha Jemaah Ulama Majlis Agama Islam Kelantan”, yang diserahkan oleh beliau yang saya hormati kepada saya untuk hebahan.
Saya petik sepenuhnya laporan itu sebagaimana berikut:
“Masalah Wanita Menjadi Hakim Atau Majistret Bagi Kes Sivil Dan Jenayah[Mesyuarat 1/95].
“Semasa membicang masalah itu, mesyuarat merujuk kepada beberapa pandangan ulama muktabar yang terdapat dalam kitab-kitab fiqah. Antaranya yang menjadi bahan rujukan ialah الميزان الكبري جزئ يع كدوا دان الفقه الأسلآمي وادلته جزئ ىع كأنم Setelah berbincang dengan panjang lebar, maka mesyuarat bersetuju membuat rumusan sebagaimana berikut:
A]Di dalam sistem kehakiman secara Islam, sebahagian besar ulama fiqah mensyaratkan hakim hendaklah oranglelaki. Lantaran itu perempuan tidak bole dilantik menjadi hakim. Ulama yang berpandangan sedemikian terdiri dari Mazhab Maliki, Maahab Syafie dan Mazhab Hambali.
Mereka bersandarkan kepada firman Allah:
الرجال قوامون على النسأ – النسأ:34
Maksudnya,”Lelaki itu pemimpin ke atas perempuan”.
Dan juga berdasarkan Hadis Rasulullah SAW:
لن ىفلح قوم ولوا أمرهم أة
Maksudnya, “Tidak akan beroleh kejayaan sesuatu kaum yang melantik perempuan bagi menggendalikan urusan mereka.
B]Manakala Mazhab Abu Hanifah, mengharuskan perempuan dilantik menjadi hakim dalam perkara-perkara mengenai mal atau sivil, kerana kesaksian mereka dalam perkara tersebut boleh diterima. Ada pun dalam perkara mengenai jenayah maka perempuan tidak boleh dilantik menjadi hakim.
C]Memandang kepada keadaan dan rialiti yang wujud di negara ini pada masa ini di mana kehakiman Islam tidak berdaulat sepenuhnya, bahkan sistem kehakiman barat sedang dijalankan dalam banyak perkara, maka mesyuarat berpendapat, penggunaan sistem kehakiman yang tidak menurut Islam dipakai adalah secara darurat, maka hakim-hakim perempuan yang dilantik itu juga adalah secara darurat”.
Sekian, Wassalam.
xxxxxxxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment