Ketiak Busuk Bagaimana Mengatasinya?

>> Monday, June 11, 2012


KEJELITAAN KEMBALI KE BUMI HIJAU



KETIAK BUSUK BAGAIMANA MENGATASINYA?



Salah satu bahagian anggota yang diketahui mengeluarkan bau, iaitu bau yang busuk, ialah ketiak, iaitu anggota yang terletak di bahagian bawah sendi yang menyambung anggota bahu dengan lengan seseorang.



Ada berbagai-bagai bau busuk ketiak, seperti hapak, hamis, tengit dan hangit, dan bau itu pula ada yang keras, sederhana keras dan tidak keras.



Walau apa pun baunnya, bau busuk ketiak itu tetap tidak menyenangkan kepada kebanyakan orang yang terhidu baunya.



Dalam cuaca panas dan berpeluh, bau ketiak itu lebih keras baunya, dan akan melekat pada ketiak baju, kadang-kadang tidak mudah untuk dihilangkan baunya walau pun dibasuh.



Namun begitu ada sesetengah orang yang tidak merasa terganggu dengan bau busuk ketiak, iaitu mereka yang suka dan memuja ketiak dan bau ketiak yang busuk itu. Malah orang-orang seperti ini amat mencintai bau ketiak yang busuk itu, terutama bau ketiak pasangannya, baik suami atau isteri.



Kepada mereka seperti itu bau busuk ketiak itu merupakan sebahagian daripada kenikamtan seksualnya. Orang seperti itu akan melarang pasangannya untuk mandi atau melarang pasanganya membasuh ketiak ketika mereka berhasrat untuk bersunyi dan bersama.



Namun begitu oleh sebab bau ketiak yang busuk itu tidak disukai oleh kebanyakan orang, maka sebahagian besar dari mereka, baik lelaki atau perempuan berusaha untuk menghilangkan bau ketiak yang busuk itu, malah sebaliknya berusaha untuk mewangikannya, terutama kepada mereka yang profesionnya berhubung dengan orang ramai.



Ada beberapa cara untuk menghilangkan bauh busuk ketiak itu, seperti dengan menggunakan bedak yang khusus, ada yang menggunakan bahan-bahan pewangi yang digolek-golek pada anggota ketiak dan ada juga dengan jalan pewangi anti bau ketiak yang disembur yang begitu banyak di pasaran.



Sehinggakan pencegahan bau busuk ketiak ini telah lama menimbulkan perindustrain yang khusus dalam dunia kecantikan, baik kepada lelaki atau perempuan.



Justeru asyik dengan penggunaan bahan-bahan moden untuk menghilangkan bau busuk ketiak itu, kita sering lupa kepada bahan-bahan tadisional yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita untuk tujuan yang sama.



Kita ungkapkan sebahagian daripadanya untuk perhatian bersama, semoga memberi faedah.



-Daun Jambu



Ambil beberapa helai daun jambu batu [jambu butir banyak/biji] yang masih hijau dan tidak terlalu tua. Letak daun itu di atas tapak tangan kemudian upal-upalkan atau genyeh-genyehkan dengan kedua belah tapak tangan hingga lembut, kemudian gosok-gosokkan daun itu ke seluruh ketiak sebelum mandi.



Ketika mandi, basuhlah ketiak dengan air biasa hingga bersih. Amalkan petua ini setiap hari sebagai ganti sabun, insya-Allah ketiak tidak akan berbau.



Selepas mandi jangan biarkan sisa-sisa daun jambu itu berselerak di atas lantai bilik mandi, nanti menyusahkan.



-Limau Kasturi



Ambil dua biji limau kasturi yang besar. Kerat dua tiap-tiap satunya, lalu disapukan rata-rata ke seluruh ketiak sebelum mandi.



Biarkan sekejap, kemdian bersihkan dengan air biasa sebelum mandi. Amalkan petua ini setiap hari sebagai ganti sabun,



Tapi awas juga jangan biarkan kulit dan biji limau kasturi itu mengotori bilik mandi anda.



-Lada Putih



Bahan-bahan yang diperlukan ialah lada putih [lada sulah], kapur baruh dan minyak tanah.



Tumbuk satu sudu besar lada putih, campur dengan sedikit kapur baruh dan minyak tanah, gaulkan semua bahan hingga rata.



Sapukan sekadar yang perlu adunan itu kepada ketiak yang busuk, insya-Allah bau busuk ketiak akan hilang.



Biarkan baunya selembut dan sewangi mawar berkembang



Bahan-bahan ini hangat, oleh itu mereka yang alahan kepada bahan-bahan panas, hendaklah berhati-hati menggunanya.



-Daun Sirih



Bahan-bahan yang diperlukan ialah daun sirih yang masih hijau, dan limau nipis.



Tumbukkan beberapa helai daun sirih hingga lumat, perahkan tiga biji limau nipis ke dalamnya, kemudian gaul-gaulkan hingga rata.



Sapukan adunan itu kepada ketiak yang berbau, insya-Allah baunya akan hilang.


Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, ia bukan sahaja dapat menghilangkan bau busuk ketiak, malah juga dapat mewangikan bau badan.



-Jauhi Tapak Tangan



Saya pernah dinasihatkan oleh orang-orang tua supaya tidak menggosok ketiak dengan tapak tangan untuk mengelaknya daripada berbau busuk atau bertambah busuk, sebagai gantinya gunakanlah belakang tangan untuk menggosok ketiak.



Sebelum saya menamatkan petua ini, izinkan saya mengingatkan supaya setiap pasangan suami isteri mempastikan suami atau isteri mereka termasuk dalam kategori mereka yang suka ketiak dan baunya atau tidak, kerana saya pernah diberitahu berlaku perceraian di kalangan pasangan suami isteri, kerana sang suami sukakan bau ketiak, tapi isterinya tidak mampu melayan kemahuan suaminya itu, kerana dia seorang yang amat penggeli, dan malangnya perkara ini telah berakhir dengan keruntuhan rumah tangga mereka.



Sekian.



EndPr.pr.pr.pr.Pr

4 comments:

mola May 9, 2013 at 12:16 AM  

Satu cara yg simple, hilang selamanya, ialah mandi gunakan kain sintetik. Sesuai utk semua jantina dan peringkat umur, semua keadaan dan tempat. Dijamin dlm tujuh hari selesai. Baca blog saya, atau 0133377242.

Maznia October 13, 2014 at 10:17 AM  

Berminat pasal kain sintetik tu..boleh share info

Diana July 4, 2015 at 4:39 PM  

Tips yang sangat baik untuk yang mengalami masalah ketiak berbau... Tq.

mola December 9, 2015 at 6:49 AM  

Boleh, semoga menjadi ibadah buat kita. Kerana dengan langkah yang puan Mazni ambil itu adalah sebagai mencegah kemungkaran. Dipanggil kemungkaran kerana bau badan walaupun apa puncanya adalah tidak disukai ramai.

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP