Jagalah Kejelitaan Bibir Anda

>> Wednesday, June 6, 2012


KEJELITAAN KEMBALI KE BUMI HIJAU


JAGALAH KEJELITAAN BIBIR ANDA



Jika anda ditanya apakah yang dikatakan bibir mulut itu? Apa jawapan anda?



Bibir ialah anggota luaran yang terletak di bahagian muka anda dan merupakan bahagian tepi kepada mulut anda. Ia mempunyai dua bahagian, iaitu bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas adalah bibir atas dan bahagian bawah adalah bibir bawah.



Bibir mulut itu mempunyai berbagai-bagai jenis bentuk, keadaan dan warna. Ada yang berwarna merah, hitam, pucat dan ada pula yang tebal dan nipis, kecil, besar dan terlalu besar yang dipercayai menjadi rahsia peribadi dan cermin kepada tuan empunya bibir itu sendiri.



Bibir mulut ialah sejenis anggota yang lembut dan mudah merasa atau murasa [sensitif] kepada sentuhan, khususnya sentuhan seksual.



Adakah bibir anda seindah ini?



Oleh sebab ia merupakan sebahagian dari muka, maka kaum wanita amatlah prihatin dengan bibir mereka supaya sentiasa kelihatan cantik dan menarik dan mempesona khususnya kepada suami yang tercinta.



Tambahan pula bibir adalah menjadi sebahagian daripada daya tarik seksual kepada seorang lelaki atau wanita.



Bibir juga seolah-olah seperti pintu untuk makanan masuk ke dalam mulut ketika makan dan minum, dan juga berguna untuk menahan makan atau minuman daripada keluar daripada mulut dengan jalan menutup rapat-rapat kedua bibir atas dan bibir bawah.



Ada sesetengah mesyarakat dunia, kaum wanitanya menutup bibir mereka kerana menganggap bibir mempunyai kaitan dengan anggota sekual wanita yang juga mempunyai dua bibir yang terletak di sebelah kanan dan kirinya.



Justeru iutlah berbagai-bagai jenis alat solek untuk menambahkan kecantikan bibir telah dibuat dan dipasarkan, seperti berbagai-bagai jenis gincu dengan berbabagi-bagai jenis warna, dan juga bahan-bahan khusus untuk mencegah dan merawat bibir yang bermasalaah.



Bibir yang merangsangkan inspirasi?



Bayangkanlah bagaimana keadaannya jika anda ditakdirkan tidak dikurniakan bibir oleh Allah S.W.T? Bagaimana dengan muka anda waktu itu?



Bibir seperti juga anggota-anggota badan yang lain terdedah kepada berbagai-bagai ancaman penyakit, khususnya sebagaimana bahagian-bahagian muka lain yang sentiasa terdedah kepada alam sekitar.



Antara masalah yang dihadapi oleh bibir ialah kering dan pecah-pecah kerana sebab-sebab tertentu.



Di sini kita utarakan sedikit petua tradisional untuk menjaga kesihatan bibir supaya sentiasa kelihatan jelita.



Menghilang Bintik-bintik Hitam Pada Bibir



Bintik-bintik hitam yang terdapat pada bibir akan merosakkan bibir yang cantik sekali pun, dan ini boleh merisaukan kaum wanita yang ingin supaya sentiasa kelihatan cantik dan menawan, terutama di hadapan orang yang dikasihi.



Menurut orang-orang tua kita bintik-bintik hitam pada bibir itu boleh dihilangkan secara tradisional yang bahannya mudah diperolehi.



Caranya, ambil sebiji buah pinang muda, kupas kulit dan ambil isinya. Kemudian ricis-ricis atau kacipkan pinang itu nipis-nipis dengan kelkati sebagaimana orang-orang tua kita memakannya dengan sirih.



Kemudian sapu-sapukan kacipan pinang itu pada bintik-bintik yang terdapat pada bibir.



Amalkan selalu sehingga bintik-bintik hitam itu hilang, dan menjadikan bibir kelihatan lebih menarik.



Selain daripada bintik-bintik hitam pada bibir, malah seluruh bibir juga boleh menjadi hitam dan kusam.



Perkara ini berlaku kerana beberapa sebab, seperti akibat merokok, kurang makanan berzat, dan juga kerana cuaca tidak menentu.



Di samping itu bibir kaum wanita yang menjangkau usia menopause juga biasanya mudah menjadi hitam.



Rawatlah dengan cara yang sama.



Merawat Bibir Pecah



Bibir mungkin mengalami kekeringan dan pecah-pecah yang bukan sahaja tidak elok kelihatan, tapi juga menimbulkan rasa perit yang tidak menyelesa dan menganggu. Oleh itu jangan dibiarkan jika bibir mengalami kepecahan.



Kadang-kadang bibir menjadi pecah kerana menggunakan gincu yang tidak sesuai menyebabkan menjadi alahan dan merosakkan bibir dengan pecah-pecah.



Antara bahan tradisional yang sering digunakan untuk merawat bibir pecah ialah dengan menggunakan madu lebah yang disapukan kepada bibir, sebaik-baiknya madu asli.



Kalau tidak ada kesempatan, sapukan pada waktu malam sebelum tidur dan biarkan hingga ke pagi.



Tapi awas pula, jangan biarkan bibir anda dihurung dan digigit oleh semut yang amat sukakan benda-benda manis.



Selain daripada disapu langsung pada bibir, baik juga kalau madu itu diminum dengan mencampurnya dengan air kosong, atau dengan mana-mana minuman yang disukai, seperti teh o.



Di samping merawat bibir yang pecah, madu yang diminum itu juga boleh membuat wajah seseoang menjadi lebih cantik dan berseri.



Daun Jarak



Biasanya pokok jarak ialah sejenis pokok yang tumbuh meliar. Ia berguna untuk ramuan perubatan tradisional.



Sebuah iklan tentang kecantikan bibir yang menawan .Gambar sekadar hiasan



Antara kegunaannya ialah untuk merawat bibir yang pecah-pecah, Ambil beberapa helai daun jarak, sapu-sapukan pada bibir yang pecah itu. Ulangi beberapa kali sehingga sembuh.



Justeru itu jagalah bibir anda supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan elok, bukan sahaja supaya tidak menganggu keselesaan anda, tapi juga supaya tidak memburukkan wajah anda yang cantik jelita itu.



Jagalah keindahan bibir anda, supaya sentiasa menjadi ingatan dan kenangan yang berpanjangan kepada suami anda



Jangan jadikan bibir anda seperti bibir manusia yang “bibirnya diretak panas” yang bermaksud orang yang suka bercakap yang bukan-bukan dan dusta.



Jangan jadikan bibir anda seperti orang yang suka “menaupkan bibir atas dan bibir bawah”, yang bermaksud orang yang suka membuat seribu janji tapi tidak mengkotanya.



Jangan jadikan bibir anda seperti orang “menghapus bibir”, yang bermaksud orang yang dirundung kekecewaan kerana tidak memperolehi keuntungan seperti diharap-harapkan kerana cuai dan lalai.



Jangan suka “menanam tebu di bibir mulut”, yang bermaksud orang yang suka menghamburkan kata-kata yang baik-baik atau manis-manis tapi hanya palsu belaka.



Sekianlah untuk dikongsikan dengan anda semua.



EndPr.pr.pr.pr.Pr



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP