Geruh Dan Maut Ada Di mana-mana

>> Saturday, June 16, 2012





GERUH MAUT ADA DI MANA-MANA



GERUH, ajal dan maut tidak terduga. Ia boleh berlaku bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, dan dalam semua keadaan. Bila tiba masanya ia tetap berlaku, tidak boleh ditambah sesaat atau pun dilewatkan sesaat. Semuanya ketentuan dari Allah belaka.


Ia boleh berlaku di pondok usang, di rumah, di istana, di pawagam, di masjid, di hsopital, di jalanraya-jalanraya dan di mana-mana sahaja.


Peranan kita sebagai hamba-Nya ialah berhat-hati, dan berdoa, supaya keburukan tidak menimpa, dan semuanya berjalan dengan baik.

"Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada dalam benteng yang tinggi dan kukuh".An-Nisa': 78.







Sentiasalah ingat, setiap yang hidiup mesti mati. Itu jaminan Allah Maha Pencipta.


Beberapa keping foto yang dipamerkan dalam blog ini menunjukkan satu kemalangan yang trajis yang meragut nyawa seorang dan melibatkan dua orang yang lain.


Kemalangan ini tidak diduga, tidak diharap, semoga dijauhkan Allah. Tapi ketentuan Allah tidak ada siapa yang dapat melepasinya.


Foto-foto ini dirakamkan oleh Ahmad Syaibani Zaini, ketika beliau berkebetulan dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya dari Tanah Merah ke Pasir Mas, Kelantan.



Foto-foto ini disiarkan sebagai satu pengalaman hidup yang tidak mungkin dapat dilupakannya, dan berharap beliau tidak akan menemuinya lagi di masa-masa akan datang. Semoga dijauhkan Allah.


Fakta:


-Ia berlaku di Leburaya Pasir Mas Rantau Panjang pada hari Rabu, 13 Jun 2012.  Sebuah van telah berlanggar dengan lori 16 tan yang bermuat sarat dengan tanah.


Pemandu van, Zul Fakar Daud 38 tahun, kakitangan Pos Malaysia Kota Bharu, meninggal dunia di tempat kejaidan kerana cedera parah kerana di kepala dan badan, sementara pemandu van Ibrahim Mamat, 54 tahun  cedera parah di kepala dan dikejarkan ke hospital.


Kemalangan itu menyebabkan dua buah kereta lain di belakangnya terbabit, tapi kedua-uda pemandunya mengalamai kecederaan ringan sahaja.


Kemalangan itu menyebabkan kesesakan jalan dan terpaksa ditutup selama kira-kira dua jam.
Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.



EndPr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP