Di sebalik Hubungan Intim Suami Isteri
>> Thursday, September 29, 2011
ASSALAMUALAIKUM, HELO SAYANG
DI SEBALIK HUBUNGAN INTIM SUAMI ISTERI
Manusia adalah sejenis makhluk Allah yang sempurna sifat kejadiannya. Ia dilahirkan dalam dua bentuk, iaitu lahir dan batin, iaitu rohani dan jasmani, sifat-sifat yang boleh dilihat dengan mata kasar dan sifat-sifat yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Nafsu badanaiah atau nafsu seks adalah salah satu sifat semula jadi manusia. Ia lahir bersama dengan kelahiran manusia. Suci dan bersih pada asal kejadiannya.
Setiap insan yang lahir dilengkapkan dengan anggota-anggota seks itu, yang mengkelaskan mereka dalam jenis lelaki atau perempuan. Keadaan rupa bentuknya berbeza. Perbezaan inilah yang membezakan fungsi-fungsi kejadiannya.
Nafsu semula jadi inilah yang menjadi tarikan antara seorang insan yang bernama lelaki dan seorang insan yang bernama perempuan untuk menjalin hubungan kasih sayang, serta membentuk kekeluargaan yang akan melahir dan membiakkan turunan umat manusia di muka bumi ini.
Dari fungsi utama untuk mendapat keturunan itu, ada sesuatu yang mereka cari pula, iaitu kepuasaan, kepuasaan dalam hubungan suami isteri. Isteri inginkan kepuasaan dan suami pun inginkan kepuasaan. Tanpa kepuasaan ini hubungan suami isteri terasa tawar dan hambar.
Tapi dalam mengejar kepuasaan ini menyebabkan ada di antara mereka lupa kepada tujuan-tujuan asal hubungan suami isteri itu, lalu mereka menjadi manusia pencari dan pemburu kepuasaan yang jika dituruti mereka akan terus menerus hanyut dan tidak akan mencapai matlamatnya.
Orang-orang yang semata-mata memburu kepuasaan itu dengan senang sahaja diperkuda-kudakan oleh nafsunya yang telah ditunggani oleh syaitan. Nafsu mereka menjadi tidak terkawal, maka berlakulah berbagai-bagai kesumbangan dalam pemuasaan nafsu, termasuk perzinaan yang terkutuk itu.
Justeru sebelum anda terjebak menjadi hamba nafsu atau diperkudakan oleh syaitan seks, anda hendaklah sentiasa awas dan waspada. Ingat pemuasaan nafsu seks itu bukanlah segaa-galanya dalam hidup ini,
Ingatlah melakukan hubungan intim dalam hubungan suami isteri, bukanlah semata-mata bererti persetubuhan dua badan jadi satu, kerana di sebalik perlakuan itu ada mempunyai berbagai-bagai rahsia yang tersembunyi, baik kepada wanita mahupun kepada lelaki, baik kepada isteri mahu pun kepada suami. Ini patut sentiasa diingati dan dirasai oleh setiap pasangan suami isteri untuk menambah keharmonian rumah tangga mereka.
Jika anda telah bersuami atau pun telah beristeri, ataupun berhasrat untuk mendirikan rumah tangga, saya suka menarik perhatian anda kepada fakta-fakta yang berikut:
Hubungan intim suami isteri itu tidak boleh dilakukan di mana sahaja sesuka hati, di pinggir-pinggir jalan, di tepi-tepi lorong, di tempat-tempat awam yang terbuka,kerana yang membuat kerja seperti itu hanya haiwan yang tidak mempunyai akal fikiran dan tanpa rasa malu sebagai manusia.
Orang-orang yang melakukan kerja-kerja tanpa segan dan silu sperti itu hanya orang-orang barat di atas nama kebebasan bercakap dan bertindak dan kebebasan peribadi yang tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa pun. Keadaan yang jelik ini nampaknya telah menular ke dalam segolongan masyarkat kita yang telah kehilangan maruahnya sebagai manusia yang normal.
Ingatlah menikmati habuan halal pun mestilah ikut cara yang betul sebagai manusia, bukanya seperti haiwan yang bertindak sesuka hati sahaja bila tercetus keinginan.
Di sebalik Hubungan Intim Suami Isteri
Ingatlah setiap kali terjalin hubungan intim suami isteri itu, maka bermakna telah wujudnya persefahaman yang kukuh dan maaf memaafkan antara anda dan suami anda, kerana hubungan intim itu dijalankan atas rela merelakan, dan bukan dari hasil tekanan atau pakasaan, tapi atas dasar suka sama suka.
Dengan terjalin hubungan intim itu bermakna wujudnya perasaan berterima kasih antara antara anda suami dan isteri tanpa menerusi ucapan lisan sebagaimana biasa.
Dengan terjalinnya hubungan intim antara suami isterti itu bermakna anda suami isteri telah mengulangi ikrar rasa cinta menyintai yang mendalam dan ikhlas antara anda dan suami anda.
Dengan terjalinnya hubungan intim itu bermakna anda suami isteri mengulangi ikrar taat setia antara satu sama lain, dan mengikarar janji setia bahawa anda tidak akan mengkhianati perkahwinan anda buat selama-lamanya.
Dengan terjalin hubungan intim itu bermakna anda suami isteri telah bersedia untuk membangun semula hubungan komiunikasi yang unggul antara anda berdua yang tidak terucap menerusi kata-kata.
Dengan terjalinnya hubungan intim suami isteri itu bermakna anda telah Berjaya membaharui ikrar saling rela merelakan.
Dengan terjalinya hubungan instim suami isteri itu bemakna anda telah berikrar untuk membina kerja sama yang lebih untuh lagi di masa-masa akan dating demi keharmonian rumah tangga anda.
Dengan terjalinya hubungan intim suami isteri itu bermakna anda telah mengikrar untuk mendapat keturunan atau baka yang murni yang akan mewrisi kehidupan mereka.
Dengan terjalinnya hubungan intim suami isteri itu bermakna anda berdua telah memperbaharui ikrar untuk terus hidup bersama dengan harmoni, rukun dan damai hingga ke akhir hayat anda berdua dengan harapan akan berttemu kembali di akhirat nanti.
Dan seterusnya, hubungan intim suami isteri itu, mengandungi berbagai-bagai mesej dan makna lagi, dan bukannya hanya sekadar wadah untuk melepaskan dahaga nafsu badaniah atau seksual semata-mata, kerana ia mengandungi bebagai-bagai mistri yang tersembunyi yang merangkumi kemesraan, kasih saying, kehangatan, bertimbang rasa, saling mengerti antara satu sama lain, saling rela merelakan dan sebagainya di samping menikmati kepuasaan jasmaniah.
xxxxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Imam.Hulurkan Sejambak Mahabah,Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment