DI MANA ISTERI DIBAKAR HIDUP-HIDUP BERSAMA MAYAT SUAMI

>> Friday, September 16, 2011



ASSALAMUALAIKMU, HALLO SAYANG



DI MANA ISTERI DIBAKAR HIDUP-HIDUP BERSAMA MAYAT SUAMI



Kematian adalah suatu peristiwa besar yang berlaku di dalam sesebuah keluarga. Dengan kematian itu bererti berlakunya perpisahan abadi antara si mati dengan keluarga yang masih hidup, baik dengan ayah ibu, suami isteri, anak-pinak, saudara mara, kekasih dan segala-galanya.



Deepika Padukone-gambar hiasan



Ada berbagai-bagai cara yang dilakukan oleh manusia untuk menyimpan atau pun menyingkir mayat itu. Ia bergantung kepada adat resam, kepercayaan, dan budaya sesuatu kaum atau bangsa. Ada bangsa yang menanam mayat itu dalam tanah, ada yang membiarkan mayat itu menjadi reput dan busuk, ada yang melemparkan ke dalam sungai atau laut, ada yang menyimpanya di tempat-tempat yang khas dan ada juga yang membakarnya untuk diambil abunya.



Membakar mayat adalah amalan orang Hindu di India. Bila berlaku kematian, mayat tidak disemadikan dalam bumi, tapi dibakar dalam unggun api yang marak menyala di hadapan orang ramai, termasuk sanak famili.



Di samping amalan-amalan mengkebumikan mayat, ada juga berbagai-bagai upacara sampingan yang berkaitan dengan si mati, seperti mengadakan majlis jamuan dan seumpamanya.



Dalam perkara ini ada di antaraya merupakan upacara-upacara yang pelik dan mungkin tidak masuk akal diamalkan oleh bangsa manusia yang berkaitan dengan kematian.



Di antaranya di India, jika seorang lelaki mati dan dia meninggalkan isterinya, maka jandanya itu akan dikorbankan bersama suaminya dalam api yang membakar mayatnnya itu.



Dengan itu, bila seorang lelaki mati, maka pada hari pembakaran mayatnya itu, isterinya juga akan masuk ke dalam api itu untuk membakar dirinya sendiri bersama-sama dengan mayat suaminya.



Upacara ini dipanggil sati di mana isteri yang masih hidup merelakan dirinya dibakar atau membakar ddirinya bersama-sama dengan mayat suaminya itu.



Ia merupakan lambang hak pemilikan mutlak kaum lelaki ke atas wanita. Dengan pembunuhan diri itu tidak ada lagi lelaki lain yang dapat memiliki wanita itu walau pun suaminyan telah meninggal.



Di samping itu ia juga dikatakan bertujuan untuk menjaga kesucian diri seorang wanita kepada suaminya, walau pun dia telah meninggal.



Dengan pengorbanan itu, sang wanita percaya dia akan dapat tinggal bersama dengan suami di syurga bertahun-tahun lamanya mengikit bilangan rambut yang berada di di atas kepala suaminya.



Itulah hidup berdua mata bersama.



Justeru itu ia tidak dianggap sebagai membunuh diri atau dibunuh oleh orang lain, malah dianggap sebagai amalan yang kehendaki dan terpuji.



Walau bagaimana pun, kebiasaannya sati ini dilakukan oleh wanita-wanita pilihan tertentu sahaja yang melakukannya, iaitu khusus untuk kaum wanita kasta tinggi di India.



Justeru itu sati dikatakan pilihan yang terbaik oleh wanita janda yang kematian suami.



Sati dipercayai telah diamal oleh masyrakat India sekitar tahun 400 Selepas Masihi [AD] lagi.



Amalan sati ini menjadi tentangan hebat oleh dunia luar yang menganggapnya suatu perbuatan yang zalim dan kejam yang tidak patut dijadikan amalan di mana-mana sahaja di dunia ini.



Amalan sati ini ditentang hebat oleh kaum-kaum penjajah yang memerintah India. Oleh sebab buminya luas, maka dia dijajah oleh berbagai-bagai bangsa penjajah yang berlainan dan di tempat yang berlainan di bumi India dalam masa yang mungkin sama atau hampir sama.



Mereka bertindak mengharamkannya di kawasan-kawasan yang terletak di bawah pemerintahan mereka.



British menentang amalan sati yang membakar hidup-hidup seseorang janda bersama dengan mayat suaminya yang mereka anggap sebagai pembunuhan yang boleh dijatuhi hukum gantung mereka yang terlibat dengannya.



Walau pun perjuangan menentang upacara yang kejam ini telah lama dilakukan, tapi hanya baru pada tahun 1987 kerajaan India meluluskan Undang-undng “Commision of Sati [Prevention Act 1987]”.



Di bawah undang-undang ini adalah menjadi kesalahan membesar-besarkan atau mendewa-dewakan sati dan mereka yang didapati bersalah melakukannya boleh dihukum penjara selama satu hingga tujuh tahun.



Di bawah undang-undang ini adalah menjadi kesalahan untuk cuba melakukannya dan mereka yang didapati bersalah boleh dihukum.



Demikian juga memaksa seorang wanita melakukan sati boleh dijatuhkan hukuman bunuh atau penjara seumur hidup



Cubalah bayangkan bagaiamana seorang wanita moden hari ini menghadapi detik-detik seperti itu bila suaminya mati di mana dia terpaksa membakar dirinya bersama mayat suaminya?



Mampukah anda membayangkannya? Apa lagi andainya wanita itu masih muda, rupawan dan seorang jutawan?



Islam Melindungi Wanira.


Sebagai wanita Islam anda amat bernasib baik. Kedudukan anda cukup terjamin dan mulia sebagai seorang insan.



Islam sebagai satu cara hidup dan agama yang syumul meletak kaum wanita di tempat wajar di samping kaum lelaki. Mereka adalah sama di sisi Allah, dan yang membezakan keduanya ialah iman dan takwa.



Dalam hal ini wanita yang kematian suami bukan sahaja tidak dikorbankan atau dibakar hidup-hidup bersama-sama dengan mayat suaminya, malah diberi hak untuk terus hidup dan bersuami lain jika mereka menghendakinya.



Malah dia juga berhak mendapat harta pusaka yang ditinggalkan oleh suaminya; kalau suaminya tidak mempunyai anak maka janda itu memperolehi sebanyak ¼ daripada pusaka peninggalan suaminya, dan kiranya suaminya meninggalkan anak, maka dia memperolehi sebanyak 1/8 daripada keseluruhan harta peninggalan suaminya itu.



Demikian juga dalam Islam seorang wanita yang kematian ayahnya, maka dia juga berhak mendapat bahagian daripada harta pusaka peninggalan ayahnya itu di samping saudara-saudaranya yang lain, baik lelaki atau wanita.



Allah berfirman, “Orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, samada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu, iaitu bahagian yang telah diwajibkan [ dan ditentukan oleh Allah]”. An-Nisa’:7.



Demikianlah Islam mengangkat darjat wanita dan meletakkannya dalam kedudukan yang wajar dan mulia.



Demikianlah agama Islam. Bersyukurlah kerana anda dilahirkan sebagai seorang Islam.



xxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP