Helikopter Di Sungai Durian
>> Sunday, September 11, 2011
HELIKOPTER DI SUNGAI DURIAN
Kira-kira pukul enam petang tadi, Ahad 11 September 2011 bunyi kepalterbang berlegar-legar di atas kawasan perumahan tempat kami tinggal, di Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
Saya buka pintu rumah hendak lihat apa yang sebenarnya berlaku. Sekumpulan penduduk, kebanyakan kanak-kanak sedang berlari-lari di hadapan rumah kami sambil memekek-mekek kapalterbang telah turun.
Saya masuk semula ke rumah, mengambil kamera di atas meja terus keluar menuju ke arah yang dituju oleh orang ramai itu.
Dari jauh nampak sebuah helikopter Polis Diraja Malaysia telah pun mendarat di sebuah tanah lapang dengan kipas terus berputar.
Dalam kepala saya timbul juga pertanyaan kenapa helikopter polis mendarat di kampung kami ini?
Ada apa-apakah?
Bila saya sampai, sekumpulan penduduk, kebanykannya kanak-kanak sedang berkumpul agak jauh dari helikopter kerana takut hendak mendekatinya sebab kipasnya masih berputar.
Kemudian keluar dua orang dari dalamnya berbaju merah, dan bergambar dengan seserang berlatarbelakangkan helikopter itu.
Mana-mana pemuda yang membawa “handset” mereka turut mengambil gambar dari jauh berlatarbelakangkan helikopter tersebut.
Mereka tidak lama, hanya beberapa minit sahaja helikopter itu pun berangkat meninggalkan kami.
Sebelum menaiki helikopter itu mereka melambai-lambaikan tangan kepada orang ramai yang bergembira dengan kunjungan mereka walaupu singkat dan tidak diketahui tujuannya.
Selamat jalan, kata saya dalam hati.
Ketika solat maghrib di masjid, saya mendengar cerita-cerita lebih lanjut mengenai helikopter itu.
Saya baru teringat, saya pernah naik helikopter tentera mengikuti seorang menteri kerajaan pusat yang melawat mangsa-mangsa banjir di Gucil, Kuala Krai, tidak jauh dari Sungai Durian ini suatu ketika dahulu.
xxxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment