Suamiku, Musuhku, Seteruku
>> Sunday, September 11, 2011
ASSA LAMUALAIKUM, HELLO SAYANG
SUAMIKU, MUSUHKU,SETERUKU
Pada suatu malam saya mendapat panggilan talipon daripada salah seorang sahabat saya. Untuk sekian kalinya dia mengadu tentang perangai isterinya yang kian menyakitkan hatinya. Perangainya kian hari kian melampau. Beberapa tahun selepas mereka kahwin dahulu istrinya tidak begitu. Meeka berkahwin atas dasar cinta mencntai antara satu sama lain.
Katanya dia tidak tahun dengan mulut lancang isterinya itu. Dia selalunya menjadi mangsa kemarahan isterinya, malah juga dimaki dan sumpah seranah tanpa sebab yang logik langsung. Pada malam itu isterinya bertindak dengan lebih melampau lagi.
Malam itu dia balik lewat dari pejabat, kerana banyak kerja yang mesti diselesaikan dalam masa yang singkat. Dia bukan sahaja diserang dengan maki hamun tanpa ampun, diungkit-ungkitnya perkara yang tidak wajar, tapi dia telah disepak oleh isterinya, hingga dia terjatuh jelepak di ambang pintu.
Pada mula-mulanya dia ingin membalas sepakan itu, tapi mujurlah dia dapat menahan amarhnya, dan sabar, dan timbul rasa kasihan dalam hatinya, apa akan jadi terhadap isterinya itu bila dia menerjangnya?
Saya nasihatkan dia supaya terus bersabar, insyaAllah pada suatu nanti isterinya mungkin akan berubah dengan izin Allah.
Mereka sudah beberapa tahun berkahwin dan dikunrikan dengan dua orang cahaya mata. Ekonomi mereka stabil, kedua-duanya bekerja. Mempunyai sebuah rumah yang baru dibeli, masing-masing mempunyai sebuah kereta sendiri-sendiri untuk pergi ke tempat kerja. Ada seorang pembantu rumah.
Apa lagi yang tidak kena?
Pada sutu pagi seleapas itu pula saya menerima satu panggilan talipon, dari seorang sahabat yang lain pula. Untuk ke berapa kalinya, dia memberitahu dia bergaduh dengan isterinya. Katanya sejak kebelakangan ini isterinya hampir setiap hari mencari fasal dan minta diceraikan.
Isterinya itu berubah laku selepas menyerupai sebuah pertubuhan NGO. Hampir setiap hari, seleapas bekerja dia meninggalkan rumah untuk menjalankan aktiviti NGOnya itu bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangannya.
Sejak itu urusan rumahtangga, makan minum suami dan anak-anak telah diabaikannya, asyiknya dengan NGO sahaja siang dan malam. Kalau suaminya menegur, akan diterjahnya dengan jawapan yang keras dan menyakitkan hati. Malah setiap hari dia menuntut dicerikan.
“Isteri saya ni dah teruklah”, katanya. Saya minta dia supaya terus bersabar dan mencari jalan penyelesaian sambil berdoa kepada Allah.
“Sabar apa lagi? Baru sekejap saya menunaikan tuntutannya minta dicerai. Saya dah ceraikan dia”. Katanya.
Sahabat saya itu memberitahu, pagi tadi kerana tidak sabar lagi dengan sikap isterinya itu, dia memanggil jiran-jiran di sebelah rumahnya dan melafazkan ceraikan terhadap isterinya yang katanya sering mendesak minta diceraikan.
Katanya dia juga bertindak membuang segala barang-barang kepunyaan isterinya itu di tepi jalan dan menghalau dia pergi dari rumahnya itu bersama dengan anak-anaknya.
Apa dah jadinya dengan kehidupan rumah tangga mereka sebenarnya?
Suami Anda
Adakah anda seorang wanita? Adakah anda mempunyai suami? Atau masih belum bersuami, masih dara sunti, tapi bercadang untuk mencari seorang suami atau mendirikan rumah tangga suatu masa nanti?
Bakal suami anda itu pasti seorang lelaki. Suami anda sudah pasti seorang lelaki. Lelaki tulen yang mampu memenuhi fitrah anda dari segi lahiriah dan batiniahnya. Melngurniakan turunan untuk anda berdua. Sebaik-baik sahaja lelaki itu menerima ijabkabul yang dilafazkan oleh iman, maka bererti tamatlah kehidupan solo anda, sebagai seorang gadis atau pun janda. Anda serta merta menjadi isteri kepada seorang insan yang bernama lelaki.
Sebagai seorang isteri, anda mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap suami dan rumahtangga anda yang dibina bersama-sama dengan suami anda yang menyedari tanggungjawab pikulannya sebagai seorang suami lebih berat dari tanggungjawab yang anda pikul sebagai seorang isteri.
Islam menggariskan kriteria-kriteria tertentu yang mesti dimiliki oleh seorang wanita yang bergelar isteri, di samping menjauhi berbagai-bagai faktor yang boleh merosakkan diri anda sebagai seorang isteri dalam erti kata yang sebenarnya sebagai isteri Islam.
Ingatlah sayang, seorang isteri yang kurang akal fikirnya, kurang kebijaksanaannya tidak dapat mewujudkan keamanan dan kententeraman kepada keluarga, malah sebaliknya akan menimbulkan mala petaka dan kesangsaraan kepada suami dan keluarga anda.
Seorang isteri yang kurang akal fikirannya, tidak mampu menjadi teman yang setia kepada suaminya; tidak dapat membantu suami, andainya suaminya dilanda oleh berbabagi-bagai problem, malah sebaliknya boleh menyebabkan suami anda bertambah merana dan sangsara, bertambah meruap dalam kepanasan, bertambah sedih dalam kedukaan, bertambah resah dalam kegagalan, bertambah hina dalam kelemahan, kerana isteri yang seperti ini tidak dapat menjadi wadah yang baik untuk menadah telinga mendengar curahan perasaan yang sebak dan menegang di dada suaminya, malah kadang-kadang suaminya itu dilayan lebih buruk dari jungus dan abdi di rumah mereka.
Isteri yang seperti ini tidak mampu memberi ketenangan dan keamanan kepada suaminya, malah menyebabkan fikiran suami bertambah kacau-bilau, dan ini boleh menyebabkan urusan pekerjaannya menjadi terganggu dan tergugat oleh karenah dan gelagat isteri yang kurang akal dan miskin kebijaksanaannya.
Hello sayang! Jadilah seorang isteri yang beriman dan seorang wanita yang salih. Seorang wanita yang tidak beriman dan tidak salihah, tidak akan mampu menjaga kehormatan dan kemuliaan suaminya, malah kehormatan dirinya sendiri pun tidak terurus dan terbangkalai. Ini membuat fikiran suami menjadi sesak, dada menjadi sebak dan perasaannya menjadi haru-biru. Perangai dan tingkah lakunya yang bejat itu akan membawa suami, rumah tangga dan seluruh keluarganya ke lembah kemaluan dan kehinaan.
Ingatlah seorang isteri yang mempunyai nafsu serakah yang lebih terhadap harta dan kemewahan hidup boleh mendorongkan suaminya bertindak melampaui batas dalam mencari rezeki untuk memenuhi kehendak dan selera isteri yang selalu mendesak walaupun dia tahu desakan dan tekananan yang dihimpitnya di luar dari kemampuan suaminya. Isteri yang memburu kemewahan seperti ini mendedahkan suaminya ke jurang kemusnahan dan mengheretkan keluarganya ke lembah kehancuran.
Jauhilah daripada menjadi isteri yang yang malas dan bebal. Kerana seorang isteri yang malas dan bebal akan membawa suami dan keluarganya ke dalam kancah suasana yang tidak sihat. Kerana kebebalan dan kemalasan itu menyebabkan urusan makan minum dan pakaian keluarga menjadi terbangkalai, kebersihan tidak terurus dengan sewajarnya, akibatnya keluarganya berada dalam lembah kesangsaraan penyakit dan kemalasan.
Ingatlah seorang isteri yang tidak bijaksana yang kurang akal fikirnya sahaja bersedia menjadikan rumah mereka sebagai neraka dunia, dengan menjadikan suami dan ahli-ahli keluarganya sebagai bahan bakar dan dia sendiri jadi penyucuh api atau pembakarnya.
Dengan berbuat demikian bererti dia sengaja menyingkirkan suami dan anak-anaknya dari rumah. Sudah tentu mereka lebih senang berada di luar rumah daripada melihat wajah isterinya yang tegang dan gersang dengan tujuan untuk mencari ketenangan dan kententeraman, mungkin melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang bercanggah dengan hidup Muslim.
Sedangkan dalam Islam, lelaki dan perempuan dihubungkan dengan pertalian yang erat antara satu sama lain, di mana antara keduanya saling gantung bergantung, lebih-lebih lagi antara dua insan yang bergelar suami dan isteri.
Allah berfirman, “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya bahawa Ia menciptakan untuk kamu [wahai kaum lelaki], isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu [suami isteri] perasaan kasih sayang dan belas kasihan”.Ar-Rum:21.
Jangan jadikan suami anda sebagai musuh, sebagai seteru. Jangan jadikan rumahtangga sebagai medan tempat bertempur untuk memusnahkan rumahtangga dan keluarga anda. Sayangilah mereka dengan sepenuh hati anda.
Sebagai seorang isteri, jagalah suami anda, jagalah hati suami anda, jagalah anak-anak suami yang juga anak anda, jagalah keluarga suami anda dan keluarga anda, dan jaga jugalah diri anda supaya kekal menjadi insan yang diredai suami dan diredai Allah.
Wahai sayang, jagalah telaga emas anda, ia hanya khusus untuk suami anda menimba kasih, mencurah sayang, melepas kedahagaannya, dan haram untuk lelaki lain menikmatinya.
Wahai sayang, jagalah mulut anda dan jangan jadikan mulut anda seperti meriam puaka untuk menembak suami anda dengan kata-kata kesat dan tidak bertimbang rasa.
Wahai sayang, jagalah mata anda, jangan jadikan mata anda seperti peluru berpandu untuk melancarkan senjata tajam untuk membungkamkan suami anda.
Wahai sayang, jagalah tangan anda, dan jangan jadikan tangan anda itu seperti tongkat untuk membedal atau memukul suami anda.
Wahai sayang, jagalah kaki anda, jangan jadikan kaki anda seperti kaki kuda untuk menyepak dan menendang suami anda.
Suka tidak suka pun, suami anda tetap suami anda selagi ikatan perkahwinan itu tidak diputuskan dengan gunting perceraian.
InsyaAllah anda akan berbahagia di dunia dan di akhirat.
xxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah,Seuntai Kasaih. Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment