Boleh Makan Percuma, Kalau Tak Sedap
>> Monday, September 26, 2011
BOLEH MAKAN FREE KALAU TAK SEDAP
Sebaik-baik sahaja kami, saya dan anak saya, Ahmad Syaibani Zaini, duduk di sebuah meja di kedai makan itu seorang pemuda pelayan datang ke meja kami membawa pen dan secarik kertas. Dia bertanya apa yang kami hendak oder.
Saya minta nasi goreng biasa dan tidak mau pedas langsung. Anak saya, Ahmad Syaibani Zaini pula mengoder nasi putih dan semangkok tom yam, dan dua biji telur dadar goreng.
Sementara minumannya, dua gelas air suam dan segelas air barli panas. Nampaknya pelayan itu mencatat semua yang kami pinta itu.
Untuk kepastian, kami bertanya apakah dia sudah dapat apa yang kami oderkan itu, dan dia mengiakan.
Dia seorang pemuda dari Indonesia, katanya sudah beberapa tahun bekerja di Malaysia, di restoran yang sama.
Saya bertanya lagi, apakah dia betul-betul memahami apa yang kami minta itu. Katanya dia faham. Namun begitu, saya ulang lagi, nasi goreng itu, saya tidak mahu pedas langsung, jangan campur cili walau pun sedikit, dan jangan masukkan apa-apa sayur, kecuali daging ayam sahaja.
“Saya tidak boleh makan pedas”, kata saya untuk menjelaskan kenapa saya tidak mahu nasi goreng saya dimasukkan lada.
“OK”, katanya lalu berlalu menuju ke bahagian belakang di mana terletak dapur memasak masakan panas yang ditempatkan di kaki lima bangunan koner lot itu.
Kami yang mendahului tiba dari kawan-kawan yang biasanya akan menyusuli nanti untuk join makan bersama kami sekejap lagi, termasuk anak saya Arham Zaini dan keluarganya.
Bila beberapa orang sahabat kami tiba tidak lama kemudian dan membuat oderan, makanan yang kami tempah terlebih dahulu telah pun siap dan dibawa kepada kami.
Bersama Sidi Irwan
Bila saya mengecapi nasi goreng itu, rasanya sedikit pedas, dan saya lihat ada pula potongan-potongan sawi yang panjang di dalamnya. Sedangkan kami dah beri tahu tadi jangan masukkan sebarang cili dan sayur di dalamnya.
Mula-mulanya saya ragu-ragu untuk makan nasi goreng itu kerana pedasnya itu, tapi setelah mencuba semulut dua, saya rasa saya boleh bertahan makan nasi goreng itu.
Kalau tidak, saya terpaksa memulangkannya balik dan meminta dibuat nasi goreng yang lain yang akan menyusahkan tukang masak di dapur.
Lalu saya kesampingkan sudu dan gerpu, dan memakannya dengan tangan, sambil memungut sayur-sayur sawi itu dan mengumpulkannya di atas meja, di sisi pinggan.
Di samping sayur itu terdapat potongan-potongan lada merah yang setelah dikumpulkan cukup sebiji tanpa tangkai. Saya fikir lada inilah yang membuat nasi itu pedas, walaupun bahan memasak nasi goreng itu tanpa lada.
Anak saya pula, minuman yang dimintanya ialah air barli panas, tapi yang dibawa ialah air barli sejuk yang di dalamnya terdapat kiub-kiub air batu berenang di permukaan gelas.
Anak saya pun memanggil pelayan tadi, dan memberitahu dia meminta air barli panas dan bukannya sejuk dan minta ditukar dengan air barli lain.
Pelayan itu pun mengambil air barli itu dan membawanya ke dapur, dan sejurus kemudian keluar membawa gelas air barli yang sama yang telah dibuang kiub air batunya dan dimasukkan air panas sebagai tukarannya.
Sebab itu bila saya sentuh gelas tersebut untuk mempastikan kepanasannya, ia tidak panas, tapi suam sahaja.
Kami hanya mengeleng-gelengkan kepala.
“Saya faham penerima oderan kami memang faham apa yang kami oder, tapi dia tidak beritahu kepada tukang masak apa yang kita kehendaki, lalu dibuatnaya apa dia fikir perlu. Itulah sebabnya, lain yang kita minta, lain yang diberikan”, kata saya.
Makan Percuma
Saya lalu terkenang kepada seseorang yang amat saya kenali. Pada suatu ketika, dia masuk ke sebuah restoran yang baru sahaja memulakan operasi, dan banyak tawaran-tawaran istimewa yang diberikan kepada pelanggan-pelanggannya.
Untuk memudahkan panggilan kita panggil sahaja dia “A”. Sebaik-baik sahaja dia duduk di meja, maka datanglah empunya restoran atau taukeh restoran itu sendiri bertanya apa yang dia hendak oder.
Katanya dia hendak oder mi, dan bertanya, apakah mi di restoran ini benar-benar sedap seperti yang diiklan-iklankan itu?
“Geranti sedap”, kata taukeh restoran.
“Baiklah”, kata A.”Awak mesti berjanji dengan saya, kalau mi awak itu tidak sedap sebagaimana yang awak kata, saya tidak akan bayar satu sen pun”.
“OK”, kata taukeh restoran, “Kalau tidak sedap awak boleh makan fri, tak perlu bayar”.
Maka A pun mengoder sepinggan mi goreng. Tapi bila mi goreng itu siap dan dibawa ke hadapannya, A terus mencuba mi yang masih panas berasap itu, sambil meniup-niup mi yang masih panas berada dalam sudu sebelum menyuapnya ke mulut.
Setelah merasanya beberapa sudu, dia pun mencemik bibir, lalu berkata dengan suara yang agak keras, “Tak sedap. Tak sedap”.
A memanggil taukeh kedai dan memberitahu minya itu tidak sedap sebagaimana didakwanya, entah apa rasa katanya.
Walau pun mi goreng itu katanya tidak sedap, tapi A memakannya sampai habis. Selepas membayar harga secawan teh yang dimintanya, A pun terus keluar dari restoran itu tanpa membayar harga mi yang dimakannya, kerana mengikut perjanjiannya, kalau mi itu tidak sedap, dia boleh makan percuma dan tidak perlu membayrnya.
Sambil melangkah keluar restoran, dia berulang-ulang kali mengatakn, “kalau tak sedap tak payah bayar-kalau tak sedap tak payah bayar”.
Beberapa kawan yang telah sampai dan makanan yang mereka oder telah dihidangkan mereka pun mulai menikmati makanan-makanan masing. Ada yang minta nasi goreng ikan masin, ada yang minta telur bungkus, nasi pataya, sup dan tom yam dan lain-lain mengikut selera masing-masing.
Tapi nasi pataya lambat sampai. Kawan yang mengoder nasi itu terpaksa memanggil pelayan kedai itu bertanya nasi oderannya, kenapa masih belum sampai-sampai juga. Pelayan itu memohon maaf, dan minta tunggu sekejap kerana oderanya terlupa dibuat.
Kami tidak berkata-kata apa-apa dan hanya tersenyum-senyum sahaja. Restoran ini cukup istimewa kepada kami, kerana kami boleh minta apa sahaja masakan yang kami mahu tanpa mengikut resipi asal yang mereka tetapkan. Kami boleh ubah resipi mereka mengikut selera kami. Mereka tidak keberatan melayannya.
Selepas selesai makan, kami pun bersurai menuju ke rumah masing-masing. Ada di antara kami akan berangkat ke Mekah untuk menunai ibadat Haji, di mana penerbangan pertamanya dijadualkan akan bermula tidak lama lagi....Semoga Allah mereda dan menerima ibadat Haji mereka sebagai haji mabro.
Amin
xxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment