Tidur-tidurlah, Sayang, Kereta Terus Berjalan

>> Saturday, October 1, 2011




ASSALAMUALAIKUM, HELO SAYANG




TIDUR-TIDURLAH, SAYANG KERETA TERUS BERJALAN



Ada dua bari atau cerita pendek yang hendak kami ungkapkan di sini. Kedua-dua bari ini boleh dijadikan bahan lawak dan juga bahan renungan. Kedua-dua cerita ini kami pungut dalam perjalanan berkereta bersama dengan keluarga pada malan Aidilfitri yang lalu dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.



Episod Pertama


Peristiwa ini berlaku beberapa hari menjelang hari raya. Ada sepasang suami isteri yang tinggal di KL ingin balik beraya di kampung yang terletak di sebuah negeri sebelah Utara.



Seperi biasa, untuk keselesaan dalam perjalanan, mereka bertolak pada waktu malam. Dan seperti biasa juga, si suamilah yang memandu kereta melalui lebuh raya menuju ke Utara walau pun isteri ada lesen dan cekap memandu.



Pada malam itu kereta mereka dapat meluncur laju menjalari lebuh raya dan meredah malam, kerana masih belum banyak keenderaan yang membanjiri lebub raya nan sebatang itu.



Memandu motokar dalam perjalanan jarak jauh ini biasanya membosan dan membebankan, terutama di waktu malam dan tanpa lawan untuk berbual-bual sambil memandu.



Keadaan seperti ini boleh meletih dan membuat mata jadi mengantuk. Ini sudah tentu boleh mengancam keselamatan dalam perjalanan.


Terus menerus memasang radio atau memasang lagu-lagu dari CD juga selama berjam-jam dalam perjalanan malam itu akan mencetus rasa cuak juga.



Untuk menghilangkan rasa cuak dan mengantuk itu, pemandu memerlukan penumpang yang duduk di sebelah membuka mulut, bercakap dan bercerita yang boleh menghilangkan rasa mengantuk



Khususnya isteri yang berada di sebelah dalam perjalanan yang jauh perlu memain peranan, membuka bual atau bercakap perkara-perkara yang sesuai, berfaedah dan menggembirakan.



Tapi elakkan cerita-cerita yang boleh membakar hati suami, mencetuskan kemarahan, jangan buka mulut dengan cerita mengumpat dan mencela, dan jangan merepek dan mencungkil-cungkil perkara-perkara yang boleh menyakitkan hati dan boleh meledakkan perbalahan suami isteri.



Bila ternampak suami yang memandu itu semacam mengantuk, si isteri hendaklahlah menepuk-nepuk bahu suami supaya tidak terus tertidur, atau menganjurkankan suami supaya berihat sekejap, atau berhenti membasuh muka.



Dan andainya ternampak keadaan-keadaan mencuriga di hdapan, seperti kenderaan yang tersadai di pinggir jalan, segeralah memberi peringatan kepada suami, supaya dia tidak terlalai.



Tapi malangnya, isteri sahabat kita yang memandu motokar malam itu mudah tertidur, bila motokar bergerak sahaja, matanya pun mulai berat dan tak lama kemudian terus tertidur, malah kadang-kadang kedengaran berdengkur.



Malam itu pun, bila motokar bergerak kira-kira setengah jam, dan masih berada dalam wilayah ibu negara Kuala Lumpur, dia sudah tertidur.



Si suami yang memandu, benar-benar mengharap si isterinya itu tidak tertidur seperti biasa malam itu, supaya boleh menemani dia memandu motokar sambil berbual-bual untuk menghilangkan keletihan dan rasa mengantuk yang mungkin menyerangnya.



Setelah memandu hampir satu jam, si suami merasa tidak selesa dengan keadaan sepi seperti itu, lalu membangunkan isterinya yang sedang diulit mimpi itu.



Isterinya terkejut, dan bertanya di mana mereka telah sampai, dan kenapa suaminya membangunkannya?



Setelah menyepi sejenak, maka berkatalah suami dengan tenang, “Tidur-tidurlah sayang, kereta terus berjalan, nanti bila sayang buka nanti, kita akan bertemu di akhirat”.



Si isteri tidak menduga suaminya meluahkan kata-kata seperti itu yang menyebabkan matanya terbuka luas, dan rasa mengantuknya terus hilang.



Dia tidak tidur-tidur lagi pada malam itu hingga sampai ke destinasi yang dituju.

Malah bukan sahaja malam itu, tapi hari-hari berikutnya, dan malam-malam seterusnya dia tidak tidur-tidur lagi bila berada di samping suaminya yang sedang memandu............



Matanya yang cantik itu terus terbuka luas......menembusi malam atau siang.



Episod 2


Sepasang suami isteri ini pula seperti juga perantau-perantau yang lain ingin balik beraya di kampung halaman mereka. Mereka tinggal di salah sebuah negeri di Selatan Semenajung.



Mereka juga bertolak dari KL pada waktu malam, dan menyusuri lebuh raya menuju ke Selatan, sebelum menuruti jalan raya biasa untuk sampai ke rumah mereka.



Mereka mempunyai seorang anak kecil yang ikut serta dalam perjalanan itu. Oleh sebab anak itu enggan duduk sendirian di belakang, kerana takut katanya, maka terpaksalah ibunya menemaninya.



Maka dengan itu tempat duduk di sebelah pemandu tidak berpenumpang. Apa hendak dikatakan lagi, takkan hendak dibiarkan anaknya melolong di belakang sendirian sepanjang perjalanan malam itu.



Hendak dibiarkan isterinya meriba anaknya itu dan duduk di sebelahnya, maka tentulah isterinya tidak larat untuk menempoh perjalanan yang berjam-jam lamanya itu.



Pada mula-mulanya, mereka masih mampu berbual-bual dengan mengeraskan suara, tapi tentulah tidak seronok bercakap dengan kedudukan seorang di belakang dan seorang di hadapan seperti itu.

Akhir-akhirnya suara isterinya tidak kedengaran lagi,


Isterinya telah tertidur bersama-sama dengan anaknya. Puas suaminya mengajak bercakap pun, dia tidak memberi sebarang respon.



Biarkanlah dia tidur. Biarkan dia lelapkan matanya. Kereta terus berjalan. Dia masih boleh memandu, walaupun tanpa ditemani isteri di sebelah.



Bila sampai di sebuah stesen minyak dia pun berhenti untuk mengisi minyak dan membuag air kecil.



Dia membiarkan isterinya terus tidur, dan keberatan untuk menganggu tidur mereka.



Dia meninggalkan isterinya yang sedang nyenyak itu di dalam kereta untuk mengisi minyak dan ke tandas, dan meninggalkan kereta itu tanpa berkunci.



Setelah selesai dia kembali semula ke kereta, lalu masuk ke dalamnya dan terus memandu ke distinasi mereka.



Setelah memandu kira-kira sejam, tekaknya terasa dahaga, lalu berkata kepada isteri yang berada di belakangnya, “Young I dahaga ni.....!



Sepi. Tidak ada respon. Dia mengulangi lagi beberapa kali ayat yang sama, tapi masih juga tidak menerima apa-apa jawapan.



Timbul keraguan dalam hatinya. Apa kena dengan isterinya ini?



Dia lalu memberhentikan kereta dan memandang ke belakang. Dia merasa amat terkejut kerana isteri dan anaknya tidak ada.



Dia cuba menelefon isterinya, tapi tidak berjawab, kerana telefon bimbit isterinya tertinggal dalam kereta.



Dia percaya, isteri dan anaknya itu telah ikut keluar, ketika dia pergi ke tandas ,dan mungkin mereka juga pergi ke tandas di setesen minyak tadi tanpa memberi tahunya.



Dia terus menghidupkan kereta, dan mencari tempat untuk membuat U-Turn untuk kembali ke setesen minyak tadi. Harap-harap isteri dan anaknya masih lagi menunggu di sana.



Tidaklah mudah untuk mencari lubang untuk berpatah balik. Mana ada lorong U-Turn di lebuh raya?



Setelah membuat pusingan berpatah balik, dia memecut laju keretanya, kerana bimbangkan anak dan isterinya yang tertinggal tadi.



Salah dia juga, kerana tidak membangunkan isterinya tadi.



Bila sampai, memang isteri dan anaknya sedang menunggu di setesen minyak itu. Mereka duduk di atas sebuah bangku yang kebetulan terdapat di hadapan pintu masuk ke pejabat setesen minyak itu.



Bila dia mendekati mereka, maka berkatalah isterinya, “Kalau you tak datang ambil kita, saya akan ikut Mat Benggala itu baliklah”. Mak Bennggala yang dimaksudkan oleh isteriya itu ialah penjual minyak berbangsa Banggaladesh di setesen minyak itu.



“Allahlah you ni. Sorrylah”, katanya, “Marilah cepat ktia pergi, dah lewat ni”. Maka ketiga-tiga beranak itu pun bertolak semula menuju ke distinasi mereka.



xxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP