Pondok Baru Dan Azam Baru
>> Friday, October 14, 2011
PONDOK BARU DAN AZAM BARU
Pagi tadi saya bertemu dengan salah seorang sahabat lama saya secara kebetulan sahaja. Sambil minum-minum di sebuah gerai, kami pun berbual-bual serba sedikit tentang perkembangan diri masing-masing.
Apa yang saya ceritakan kepada sahabat saya itu tidaklah begitu penting, tapi apa yang diceritakan oleh beliau itulah yang hendak saya kongsikan di sini.
Katanya dia merasa amat bersyukur kerana pondok baru yang dibina beberapa bulan yang lalu telah pun siap, iaitu dengan dengan kemasukan bekalan api eletrik dan bekalan air semalam. Ia sekarangsudah boleh diduduki.
Pagi semalam kakitangan TNB telah memasang meter dan sekali gus menyambung wayar elektrik dari tiang ke pondoknya dan sebelahnya pula bekalan air pula disambung.
Petang ini pula sebahagian daripada barang-barang di rumahnya sekarang akan diangkut dengan anak lori yang disewa khas untuk tujuan tersebut ke pondok barunya itu.
Sebahagian daripada barang-barang yang akan diangkut itu selain daripada perkakas rumah, ialah buku-buku yang dimilikinya sejak berbpuluh-puluh tahun yang lalu.
Katanya entah berapa banyak belanja yang dihabiskannya untuk membeli buku-buku itu tidaklah diketahuinya, dan berapa banyak buku pula yang dimiliknya, dia pun tidak tahu, kerana dia masih belum berkesempatan untuk mengiranya.
Katanya tenaga utama di belakang pembinaan pondok itu adalah isterinya yang kepingin sangat hidup di rumah yang terasing sedikit dari rumah orang lain. Pondok pun taka pa kata isterinya.
Selama ini katanya mereka banyak tinggal di rumah-rumah pangsa atau rumah teres yang berjiran di sebelah kanan dan kirinya, termasuk di KL. Katanya, kali ini dia hendak tinggal di rumah yang berasingan, hendak cari kebebasan sedikit.
Alhamdulillah, mereka pun berjaya memperolehi sebuah petak tapak rumah, dan akhirnya dengan usaha isterinya terbinalah sebuah pondok di atas tapak tersebut yang siap kelmarin.
Tapi yang akan menduduki pondok itu bukan dia dan isterinya, kerana semasa pondok itu dalam rancangan pembinaan, isterinya telah kembali ke pangkuan Ilahi. Namun begitu pembinaan pondok itu diteruskan juga dan itulah pondoknya.
Dia bersyukur dan bergembira tapi hatinya terasa peritnya, kerana dia tidak dapat berpindah bersama-sama dengan isterinya. Memang banyak rancangan yang mereka atur untuk mereka laksanakan bila mereka pindah nanti.
“Allah telah kabulkan hasrat sucinya untuk tinggal sendirian di pondoknya sendiri.”, katanya. “Semoga Allah limpahi rahmat ke atasnya”.
Katanya sejak dari mula mereka merancang untuk membina pondok itu lagi, dia telah berdoa supaya Allah menjadikan pondok itu suatu tempat kediaman yang bahagia yang dicucuri rahmat oleh S.W.T., dengan penghuni-penghuninya terdiri dari mereka yang beriman dan bertakwa.
Juga terdiri dari mereka yang bersemangat mahabah dan berkasih dan selalu berdoa untuk kebajikan seluruh keluarga mereka.
Tapi katanya kedudukan pondok itu agak jauh dari masjid, dan ini menghalangnya untuk berjalan kaki ke masjid, tidak seperti rumahnya sekarang, dia hanya berjalan kaki sahaja ke masjid.
Walau bagaimana pun katanya, pondok tersebut terletak di sebelah rumah anak menantunya, di sebuah kampong dalam Bandar Kota Bharu, Bandar Raya Islam.
Katanya, semoga pondok itu akan lebih mendekatkan dirinya lagi kepada Allah dan akan meningkatkan lagi mahabahnya kepada manusia.
Dia juga telah menanam pokok-pokok, termasuk sayur-sayuran dan bunga-bunga di sekeliling pondoknya, termasuk pokok-pokok bunga yang digemari oleh allahyarhmah isterinya.
Dia juga memberitahu, kalau ada rezeki dia akan mengadakan majlis kesyukuran kecil-kecilan untuk “naik rumah”, dan akan mengundang keluarga, kawan-kawan dan jiran-jiranya ke majlis itu.
Sebelum bepisah dia menghulurkan kepada saya sebatang “pen drive”, sambil berkata, kalau saya ada masa tengok-tengoklah gambar pondoknya, mana tahu kalau saya juga berminat untuk memiliki sebuah pondok sepertinya di masa-masa akan dating.
Semoga Allah memberkatinya, mengurniakannya rahmat, taufik dan hidayah.
Ingatlah sebuah rumah bukan semata tempat kediaman, di mana kita tidur dan bangun, makan dan minum, berkahwin dan beranak-pinak, malah lebih dari itu ia merupakan pengkalan hadapan yang akan menentukan hala tuju anda, bukan sahaja di dunia, tapi juga di akhrat nanti, Kalau kita pandainya menjaga, maka kebahagian adalah menjadi hak kita, tapi kalau kita tidak tahu untuk menjaganya, maka bererti kebiansanlah yang akan menimpa kita dan keluarga kita. Dirikan rumah anda dengan iman dan takwa, bukan hanya dengan wang semata.
Amin.
xxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment