Ancaman Getir Terhadap Payudara

>> Saturday, October 22, 2011




ASSALAMUALAIKUM, HELO SAYANG




ANCAMAN GETIR TERHADAP PAYUDARA



Payudara adalah salah satu anggota yang penting kepada kaum wanita yang menjadi lambang kepada mereka sebagai seorang wanita di samping organ-organ seksual yang lain.



Seperti juga organ-organ yang lain, organ payudara ini terdedah kepada berbagai-bagai ancaman bahaya yang boleh memberi kesn dan ancaman kepada wanita pemilik payudara itu sendiri.



Menurut Dr. Hasan Mat, Pakar Bedah Am di Pusat Perubatan Kampung Bharu, nisbah wanita yang mengidap penyakit barah payudara tidaklah begitu ramai seperti yang mungkin disangkakan.



Kata beliau, “Barah payudara berlaku dalam hanya segelintir wanita, namun akibat yang ditimbulkan adalah menakutkan, kerana ia boleh menyebabkan kematian”.



Menurut Dr, Hasan Mat dalam risalahnya KETUMBUHAN DI PAYUDARA, kebiasaannya barah payudara melibatkan wanita selepas menjangkau usia 45 tahun, namun begitu katanya ada kes yang melibatkan wanita berusia dua puluh empat tahun.



Beliau menasihatkan mana-mana wanita yang mempunyai saudara perempuan yang mengdap penyakit barah perlu menjalani pemeriskaan secara berkala di samping melakukan pemerikasaan sendiri terhdap payudra mereka.



Tanda-tanda Barah Payudara


Beliau menjelaskan, kebiasaannya ketumbuhan pada peringakat awal pada payudara tidak dapat dirasai oleh pesakit, namun begitu dengan melakukan pemeriksaan secara berterusan, sebarang kelainan yang terdapat pada payudara, seperti rasa keras, akan dapat dikesan oleh pesakit.



Katanya lagi, apabila barah bertambah besar, ketumbuhan akan dapat dirasai sebagai ketulan di dalam payudara, dan ketulan barah ini biasanya tidak sakit.



Apabila barah membesar, ia menyebabkan kulit payudara menjadi tegang dan bersinar seperti kulit limau sunkist.



Di samping itu katanya, ada juga barah yang menyebabkan ketumbuhan berwarna kemerahan di salur susu di bahagian putingnya.



Katanya ketumbuhan kemerahan ini dapat dilihat dan kadang kala ia mengeluarkan titisan darah di puting. Barah ini dikenali sebagai Paget’s Disease.



Menurut beliau, barah di peringakt lewat akan merebak ke kelenjar limfa di ketiak. Oleh itu pemeriksaan ketiak adalah penting ketika menjalankan pemeriksaan payudara.



Seterusnya kata beliau, apabila barah telah merebak ke paru-paru, pesakit akan mengalami batuk, kadang kala batuk berdarah. Di samping itu pengumpulan air di paru-paru menyebabkan pesakit sesak nafas apabila melakukan kerja ringan.



Barah itu juga boleh merebak ke tulang, dan ini menyebabkan pesakit mengadu sakit tulang di mana barah itu berada, justeru tulang itu boleh patah tanpa memerlukan kemalangan yang luar biasa.



Pada akhirnya kata beliau, barah di peringakt lewat itu boleh pecah melalui kulit payudara dan ini menyebabkan payudara itu berair. Isi barah boleh bertukar menjadi hitam dan mengeluarkan bau yang busuk.



Kaedah Mengesan Barah Payudara


Menurut Dr. Hassan Mat, pemeriksaan payudara oleh doktor dapat menentukan samada ketumbuhan itu barah atau tidak.



Kemudian doktor akan melakukan pemeriksaan mamografi, iaitu pemeriksaan x-ray tetapi menggunakan kuasa voltan rendah. Menurut beliau pemeriksaan mamografi disarankan wanita lebih tiga puluh lima tahun.



Katanya ketulan di payudara perlu dikaji selnya dengan kaedah sedutan menggunakan jarum kecil untuk mencari saranan samada ketulan itu barah atau tidak.



Tapi jika kaedah ini tidak sesuai dan berkesan, jarum yang lebih besar akan digunakan iaitu jarum tru-cut, ketumbuhan akan dikaji struktur tisunya.



Dalam hal ini, katanya kadangkala ketulan itu dibuang keseluruhannya untuk kajian yang lebh terperinci, dan cara ini sekaligus merupakan satu kaedah rawatan kerana ketumbuhan tiada lagi di dada.



Rawatan Barah Payudara


Menurut Dr. Hassan Mat lagi rawatan barah bergantung kepada peringkat mana barah itu dikesan. Dalam hal ini doktor pakar bedah akan berbincang secara panjang lebar dengan pesakit tentang cara mana yang paling sesuai kerana pembedahan itu melibatkan pembuanagan organ yang sangat penting dan berharga kepada wanita.



Sementara itu menurut Prof. Dr. A. Hamid Arshat ada dua teknik pembedahan terhadap kanser payudara, iaitu pertama mastekomi radikal yang merupakan satu pembedahan untuk membuang buah dada yang diserang barah dan kebanayakan tisu-tisu di sekelilingnya.



Pembedahan kedua ialah mastekomi biasa yang hanya melibatkan pembuangan payudara serta tumbuhan kanser di dalamnya tanpa menganggu tisu di sekelingnya



Walau bagaimanapun menurut Dr. Hassan Mat, “Pembedahan membuang payudara boleh menyebabkan kemurungan akibat kehilangan anggota tersebut. Rawatan utama adalah memotong payudara pesakit secara keseluruhan atau sebahagian. Salur limfia yang menjalar ke ketiak juga perlu dibuang. Rawatan pembedahan akan diikuti oleh rawatan radioterapi atau kemotrafi”.



Kemotrafi ialah ialah rawatan menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser, tapi mengikut Prof. Dr. A, Hamid Arshat kemotrafi adalah sangat kuat dan mempunyai kesan sampingan yang tinggi, seperti gugur rambut, luka pada mulut, ataupun demam. Ubat kemotrafi ini hanya digunakan untuk kanser-kanser yang telah merebak dan dalam peringkat tenat.



Teknik Pemeriksaan Sendiri


Dr. Hassan Mat menjelaskan teknik-teknik untuk seseorang wanita memeriksa payudaranya sendiri adalah sebagai berikut.


~~~~~~~~~~~~ [Ilustrasi dipetik dari buku terbitan Lembaga Penduduk dan~~~~~~~~~~~~~

````````````````````````````Pembangunan Keluarga Negara,[LPPKN-1985]



“Mulakan dengan memeriksa payudara sebelah kiri, jika anda biasa menggunakan tangan kanan untuk melakukan kerja dan begitulah sebaliknya.



“Angkat tangan kiri, lipatkan siku dan letak tapak tangan di belakang kepala. Letakkan tapak tangan kanan di atas payudara kiri dan pusingkan tangan sambil menekan payudara.



“Kemudian bahagikan [secara khayalan] payudara anda kepada empat bahagian dengan dua garis lurus-satu melintang dan satu menegak- kedua-duanya bertemu di puting susu.



“Gunakan jari anda untuk memeriksa setiap bahagian secara teliti. Pemeriksaan harus dianjurkan sampai ke ketiak. Ulangkan langkah yang sama untuk payudara sebelah lagi’.



Beliau menyarankan supaya wanita melakukan pemeriksaan payudara sendiri dengan baik dan secara berterusan. Jadikan amalan memeriksa payudara secara teliti pada hari pertama setiap kali anda datang bulan.



Seelok-eloknya, menurut beliau, seseorang wanita melakukan pemeriksaan sendiri secara baik dan berterusan sebagaimana caranya dinyatakan di hujung tulisan ini.



Sebenarnya teknik pemeriksaan payudara sendiri ini boleh dipelajri daripada doktor-doktor, jururawat-jururawat dan lain-lain kakitangan perubatan, di samping itu banyak terdapat dalam risalah-risalah, buku-buku panduan dan filem-filem mengenai pemeriskaan payudara yang dikeluar secara percuma di Negara kita.



Pada akhirnya pesanan Prof. Dr. A. Hamid Arrshat patutlah menjadi ingatan kepada seluruh kaum wanita. Beliau menegaskan, “Setiap wanita patut mengambil berat tentang kesihatan diri mereka dengan menjalani ujian-ujian “pap-smear”, melakukan pemeriksaan buah dada sendiri serta mendapatkan rawatan jika timbul tanda-tanda yang disyaki sebagai tanda kanser. Pengesahan dan rawatan penyakit kanser di peringkat awal memberi peluang untuk pesakit sembuh dengan sepenuhnya”.



xxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP