Wanita Sebagai Saudara Kembar Lelaki

>> Saturday, October 15, 2011


ASSALAMUALAIKUM, HELO SAYANG




WANITA SEBAGAI SAUDARA KEMBAR LELAKI


Pada umumnya telah diakui bahawa dunia Islam hari ini berada dalam keadaan banjir di mana-mana, sebahagiannya kerana pencapaian kembali kemerdekaan oleh banyak negara Islam dan sebahagiannya pula kerana kebangkitan semangat kebangsaan dan kesedaran keagamaan, yang kadang kala dianggap sebagai bukti kebangkitan kembali cita-cita dan kebudayaan Islam.



Kebebasan wanita adalah satu daripada berbagai-bagai aspek yang telah diterima di dalam kebangkitan kembali itu, dan oleh sebab masalah ini melibatkan secara langsung separuh daripada umat Islam, dan sebahgian lagi mempunyai pertalian yang sangat kental dengan pengaruh kekeluargaan, maka tidak ragu-ragu lagi ia merupakan salah satu daripada perkara yang amat penting.



[Rencana ini saya alihbahasakan daripada tulisan Malika Kathrin dan telah disiarkan dalam majalah Qiblat keluaran bulan Oktober 1978 dengan jodol” Kebebasan Wanita Dalam Islam”.Untuk keselesaan pembaca saya siarkan sebahagian dari tulisan tersebut terlebih dahulu dengan jodol “Wanita Sebagai Saudara Kembar Lelaki”. Selamat Membaca”.]



Status Wanita


Islam ialah agama yang praktikal yang memberi perhatian yang wajar terhadap kedudukan wanita dalam Islam, dan meletakkan asas cita-cita dan taraf yang wajib mereka perjuangkan, andainya mereka mahu menunaikan tanggungjawb, bukan sahaja kepada diri sendiri, tapi juga kepada Allah dan masyarakat. Namun begitu, prinsip Islam ini adalah prinsip yang baik dan bijaksana, kerana ia dirangka untuk merangkum kedudukan wanita di sepanjang masa dan tempat, dengan meninggalkan ruang-ruang bagi penyesuaian-penyesuaian kecil dalam perkara-perkara amalan yang detail.



Secara ringkasnya, prinsip ini menuntut seseorang wanita mengingat tanggungjawab kekeluargaan dan menjaga akhlak diri mereka sendiri, dan keutuhan perkara-perkara pokok ini tidaklah mengkongkong kegiatan-kegiatan wanita, malah ia memberi hak yang sama kepada mereka sebagai manusia. Justeru itu, prinsip-prinsip ini bukan sahaja sejajar dengan kebebasan wanita, tapi juga membentuk asas contoh tauladan yang baik dalam bidang ini, yang belum pernah dilihat oleh dunia sebelumnya.



Di dunia Barat, kebebasan wanita tidaklah datang menerusi pengaruh-pengaruh agama Kristian, malah sebaliknya ia muncul ketika pengaruh itu merosot. Ketika itu juga, kekuatan perindustrian, demokrasi dan pendidikan sejagat sedang pesat, dan menuntut kebebasan atas nama keadilan sosial. Tapi agama Islam sejak mula-mula lagi, di dalam Kitab Suci Al-Quran telah menaja satu piagam hak-hak wanita dan persamaan-persamaan yang halal di sisi undang-undang yang belum pernah dilihat oleh dunia sebelumnya. Malah lebih jauh lagi, di sinilah boleh didapati asal usul gerakan pembebaan wanita, berabad-abad sebelum dunia barat berfikir mengenainya.



Memanglah wajar untuk diutarakan, hannya al-Quran sahaja satu-satunya kitab suci yang tidak mengandungi kata-kata kejian terhadap wanita atau pun menganggap mereka sebagai makhluk yang hina. Sebaliknya kata-kata seperti, “lelaki dan wanita yang percaya....” berulang-ulang kali ditegaskan, dan selalunya dihubngkan bersama lelaki dan wanita berdasarkan persamaan peribadi dalam masalah tanggungjawab, hak-hak dan amal kebajikan.



Nabi Muhammad saw. sendiri telah memberi berbagai-bagai sumbangan yang memberangsangkan kepada wanita, ini menunjukkan Baginda bagitu arif dan faham tentang tanggungjawab mereka yang berat bila Baginda bersabda, “Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu”. Malah Baginda pernah memberi kedudukan yang lebih utama kepada wanita dari lelaki bila Baginda menegaskan, “Suatu benda yang paling berharga di dunia ini ialah wanita-wanita yang suci”, Baginda juga diriwayatkan pernahnbersabda, “Wanita adalah saudara kembar lelaki”, ini merupakan kata-kata yang besar eertinya, seperti yang diharapkan oleh sesiapa sahaja yang ingin melihawt persamaan hak antara lelaki dan wanita.



Ramai penulis angkatan baru terus menyambung perkara ini dalam tulisan-tulisan mereka; Said Ameer Ali, dalam bukunya “The Spirit Of Islam” telah berjaya tampil ke hadapan hingga ke zaman pertengahan untuk mencari ucapan-ucapan dari penyokong perkara tersebu, dan beliau telah menemui dalam karya ahli Falsafah Ibn Rusyd yang menurut beliau pernah menegaskan, “Andainya kaum wanita itu diberikan kedudukan yang setaraf dengan lelaki dan menerima pendidikan yang sama, maka mereka akan mencapai kedudukan yang setanding dengan suami-suami dan saudara-saudara lelaki mereka dalam bidang ilmu pengetahuan dan seni”.



Al-Quran Kitab Suci Di dunia Yang Meletakkan Asas Hak-hak Undang-undang dan Hak-hak Perseorangan Kepada Wanita.


Namun begitu, sebenarnya wanita Islam, seperti juga wanita-wanita lain di seluruh dunia, hanya baru beberapa puluh tahun yang lalu sahaja mendapat berbagai-bagai hak dalam pelajaran, politik dan sosial, yang telah dinafikan untuk mereka di sepanjang zaman. Ini adalah berpunca dari awal permulaan sejarah lagi, di waktu kegagahan badani dan kekuatan fizikal dianggap sebagai neraca kelebihan, dan dengan ini bererti kejayaan-kejayaan untuk kaum lelaki, dan kaum wanita dianggap sebagai makhluk yang lemah yang sewajarnya tunduk kepada kaum lelaki.



Konsep ini didukung oleh semua agama dan kebudayaan tua, dan akhirnya diulangi kembali oleh St. Paul dalam Injil. Al-Quran adalah julung-julung kali dan satu-satunya kitab suci yang meletak asas undang-undang dan hak-hak perseorangan kepada kaum wanita, mengangkat mereka ke peringkat keadilan yang sempurna, sedangkan ajaan al-Quran secara umumnya di dalam jurusan ini pula melorongkan jalan pencapaian yang berperingkat-peringkat kepada perssamaan yang ssepenuhnya antara kaum lelaki dan wanita di haapan Kahlik dan undang-undang-Nya.



Walau bagaimana pun, sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab memandang wanita begitu keji, melayan mereka sebagai harta benda warisan, persis hamba abdi. Memanglah sukar untuk diduga, bahawa perubahan seperti itu berlaku dengan mendadak, dan di samping itu kemajuan-kemajuan besar mengenai kedudukan wanita telah dibawa oleh Islam, di waktu konsep-konsep yang diwarisi mengenai kelemahan wanita secara semula jadi itu terus berpengaruh, kadang-kadang menyebabkan ajaran al-Quran dalam hal ini diketepikan secara melulu, dan kadang-kadang ayat al-Quran ditafsirkan begitu rupa untuk menyokong sikap tersebut yang terus hidup selama berabad-abad. Malah ia terus hidup di sesetengah daerah hingga ke hari ini, di mana mereka cuba membedung jalan yang halal kepada kebebasan wanita.



Dua Ayat Al-Quran Yang Didakwa Mendedahkan Wanita


Kadang-kadang dibuat dakwaan itu untuk menyokong sikap tersebut bahawa ayat-ayat al-Quran yang tertentu, terutama surah 3, ayat 228, dan surah 4, ayat 34 memberi sokongan-sokongan yang tertentu terhadap sikap memandang rendah kepada wanita, tapi kepalsuan dakwaan itu dapat ditunjukkan dengan jelas oleh baris mengenai ayat-ayat tersebut. Pentafsir ayat al-Quran, Abdullah Yusuf Ali mentafsir ayat yang pertama itu sebagai berikut:



“...............dan perempuan itu mempunyai hak seimbang dengan hak lelaki dengan cara yang sopan, tetapi lelaki ada mempunyai darjah [kekuasaan] atas perempuan”.



Dua baris ayat al-Quran yang terakhir itu, kadang-kadang dicabut dari ayatnya yang lengkap dan ditafsir secara umum sebagai, “lelaki mempunyai kedudukan yang lebihi tinggi dari wanita”, justeru itu mempergunaknnya dengan erti yang berlainan. Kandungan ayat itu, yang memperkatakan masalah perceraian, semata-mata menyarankan bahawa wanita patut diperlindungkan daripada layanan-layanan yang tidak adil di dalam hal ini, memandangkan kekuatan fizikal dan ekonomi yang lebih kukuh dimiliki oleh kaum lelaki. Demikian jugalah dengan surah 3, ayat 34:



“Lelaki itu pengurus atas perempuan-perempuan, lantaran Allah telah lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian, dan dengan sebab [nafkah] yang mereka belanjakan dari harta-harta mereka”.



Tafsir al-Quran Muhammad Asad yang berjodol “Maca The Message of Qur’an, “Tidak ada satu pun di dalam ayat itu yang menyarankan sebarang keutamaan atau kelebihan lelaki dari wanita. Ayat-ayat itu semata-mata menyatakan hakikat bahawa adalah menjadi tanggungjawab kaum lelaki untuk mencari rezeki dan melindungi keluarga mereka, kerana mereka mempunyai kekuatan dan kekuasaan yang lebih besar untuk mencari nafkah. Ini adalah semata-mata kelebihan realitif yang seimbang dengan kelebiahn-kelebihan yang boleh didapati pada wanita.



“Malah dalam segi fizikal sekali pun, kaum wanita dikatakan mempunyai kekuatan hayat yang lebih besar, kerana mereka bukan sahaja berumur lebh panjang dari lelaki, walaupun mendapat desakan terhadap jasmani mereka oleh fungsi-fungsi kekelurgaan yang bermula dari melahirkan anak dan menjadi ibu, tapi lebih ketara lagi, bahawa bayi perempuan telah diketahui mempunyai kebolehan semula jadi yang lebih utuh dari bayi lelaki untuk terus hidup dengan kesihatan yang terancam dalam masa awal usia bayi- sesungguhnya suatu keadaan yang begitu trajis telah dapat dilihat dalam kehidupan Rasulullah saw. sendiri yang tidak mempunyai seorang pun anak lelaki yang lanjut usianya.



Peranan Semua Jadi Dan Peranan Tradisional


Peranan semula jadi dan tradisional wanita ialah menjadi isteri dan ibu yang telah dianugrahkan oleh alam semula jadi kepada mereka, dan kepuasaan serta kenikmatannya diharap-harap oleh setiap wanita untuk merasainya. Peranan semula jadi ini penting dan juga berharga kepada masyarakat, dan menjadi cabaran yang besar kepada kejayaan-kejayan yang ulung di dalam semua bidang yang mungkin dicapai oleh kaum lelaki. Malah kedudukan yang tinggi dan utama ibu-ibu yang bijaksana dan mulia itu dengan terang dinayatakan oleh Hadis Nabi saw, yang diterangkan diatas tadi di mana syurga seolah-olah terletak di bawah telapak kaki para ibu yang bijaksana itu.



Selain daripada dianugerahkan Allah dengan kelebihan jasmani untuk melahirkan keturunan, kaum wanita juga turut memiliki kebolehan-kebolehan fikiran dan jiwa yang luar biasa sebagai manusia yang membezakan dunia kemanusian dengan dunia kebinatangan. Nabi saw. menyedari hal ini bila Baginda berabda, “Tanggungjawab untuk mencari ilmu pengetahuan itu adalah menjadi tugas setiap orang Islam-lelaki dan perempuan”, dan dengan itu ternyata bahawa kedua-duanya mempunyai kebolehan untuk mencari ilmu pengetahuan. Dalam hal ini, mestilah diberikan peluang-peluang yang sama kepada kaum lelaki dan wanita di dalam pendidikan dan kegiatan intelekcual. Namun begitu, adalah satu hakikat yang mengharukan dakwaan yang kadang-kadang dibuat menuduh kaum wanita dari semula jadi lagi lemah dalam bidang ini, sedangan kebiasaannya semata-mata membayangkan secara langsung kekurangan atau kepecekan latihan-latihan pendidikan pada wanita-wanita yang dimaksudkan itu.



Wanita-wanita moden semua bangsa telah membuktikan dengan kebolehan-kebolehan mereka secara praktikal dalam semua bidang pekerjaan dan akademik bahawa wanita juga pada asasnya mempunyai kebolehan-kebolehan intelekcual yang sama seperti lelaki, mereka mempunyai keinginan dan peluang untuk memperkembangkan kebolehan-kebolehan itu.



Namun begitu, dalam memikul tugas-tugas dan tanggung jawab perkahwinan, maka sudah tentu masa dan tenaga wanita ditumpukan sebahagian besarnya kepada rumah tangga dan keluarganya, dan dalam keadaan demikian, wanita-wanita yang dianugerahkan dengan bakat-bakat yang tinggi sekali pun, pada umumnya akan berhenti daripada mencapai kedudukan yang setara dengan lelaki, terutama di peringkat kegiatan-kegiatan yang genius yang memerlukan penumpuan fikiran yang tidak berbelah-bahagi lagi. Justeru itu hakikat nama-nama wanita tidak terdapat dalam rekod manusia genius, tidaklah adil didakawa sebagai bukti kelemahan intelek mereka.



Berhubung dengan hal ini, mungkin menarik untuk disebutkan bahawa dalam rekod-rekod jenayah dan kejahatan-kejahatan yang besar juga tidaklah terdapat nama-nama wanita, namun begitu, adalah tidak adil mendakwa bahwa ini menunjukkan kaum lelaki pada umumnya, baik dari segi moral atau pun jiwanya lebih rendah daripada wanita. Pandangan yang lebih rasional dalam hal ini, adalah semata-mata menyarankan bahawa kejayaan-kejayaan praktikal di dalam tahap yang lebih besar dalam bidang kebaikan dan kejahatan mungkin dicapai oleh lelaki, kerana peluang-peluang yang lebih besar dan dorongan-dorongan serta hasrat yang lebh kuat yang bergerak dalam hal ini terdapat kepada lelaki, di samping mencari nafkah untuk keluarga menurut kemampuan mereka.



Walau Islam menganggap wanita sebagai permaisuri rumahtangga, dan menuntut mereka berlaku jujur dan setia terhadap keluarga sebagai tanggungjawab mereka yang utama, tapi Islam juga membenarkan mereka bekerja di luar rumah, andainya keperluan ekonomi atau pekerjaan mendesak berbuat demikian, kerana al-Quran menegaskan, “Lelaki akan mendapat bahagian dari apa yang telah mereka usahakan, dan perempuan akan mendapat bahagian dari apa yang telah mereka usahakan”. Surah 4, ayat 38.



Hanya satu syarat dikenakan ke atasnya, iaitu sewaktu menjalankan pekerjaan tersebut tidaklah mereka meninggalkan tanggungjawab kepada keluarga, namun begitu mereka bebas untuk mewakilkan tugas-tugas rumahtangga itu kepada orang lain jika dia mahu. Memang satu hakikt yang lumrah, bahawa sejak permulaan fajar sejarah lagi, jutawan menyerahkan tanggungjawab seperti itu kepada pelayan-pelayan tanpa dikutuk kerana berbuat demikian, walaupun masa yang luang yang mereka dapati itu dihabiskan dengan bermalas-malas atau pun sia-sia.



xxxxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Seaklung Harmoni.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP