Lihat Allah Sebelum Pandang Suami

>> Thursday, October 27, 2011


ASSALAMUALAIKUM, HELO SAYANG




LIHAT ALLAH SEBELUM PANDANG SUAMI



Pada suatu malam, anak lelaki Pak Dolah dan isterinya balik agak lewat, kerana menghadiri majlis perkahwinan sahabat mereka. Pak Dolah sepatutnya ikut sama pergi, tapi dia menguzurkan diri kerana capik menempoh perjalanan yang jauh di siang harinya. Pada waktu itu Pak Dolah masih belum tidur.



Petang tadi juga dia telah menelefon sahabatnya tentang keuzurannya itu dan tidak dapat hadir. Dan dia dimaafkan



“Bagaimana dengan majlis?”, tanya Pak Dolah, sebaik-baik anaknya berada dalam rumah.



“Baik”, jawabnya, “Hebat. Jamuannya sungguh istimewa”.



“Alhamdulillah!”, balas Pak Dolah, “Apa yang hebatnya?”.



Jawab anaknya, “Jamuannya cukup istimewa. Ramai orang yang hadir. Majlisnya meriah”.



“Oh begitu!. Habis apa yang awak lihat”. Tanya pula Pak Dolah.



“Macam-macam.”Jelas anaknya, “Pengantin baru duduk bersanding di atas pelamin yang cantik, direnjis air mawar oleh tetamu-tetamu istimewa”.



“Lagi?”, tanya Pak Dolah.



“Ramai orang-orang kenamaan yang hadir, termasuk ahli-ahli ahli-ahli politik, para peniaga......”. Jelas anaknya.



“Apa yang awak lihat lagi?”, tanya lagi Pak Dolah.



“Apa lagi! Lain-lain itu macam biasa sahajalah di majlis perkahwinan,” Jelas anaknya.



“Oh begitu”, jawab Pak Dolah. Dalam hatinya, dia merasa ada sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh anaknya, sesuatu yang amat penting yang patut dilihat bukan sahaja oleh anaknya, tapi oleh semua orang yang hadir di majlis itu.



Itu bukan salah empunya majlis, tapi salah anaknya kerana tidak dapat melihat apa yang tersirat di sebalik apa yang kelihatan itu. Ada sesuatu yang tersembunyi di sebaliknya. Sesuatu yang amat penting.



Apa itu?



Itulah Allah, Tuhan semesta alam! Bisik Pak Dolah dalam hatinya. Itulah elemen penting yang patut dilihat oleh anaknya itu dalam setiap majlis seumpama itu.



Itulah yang perlu dilihat oleh setiap pengantin sebelum dia melihat wajah pasangannya. Itulah yang perlu dilihat atau dinampak oleh pengantin perempuan sebelum dia melihat wajah suaminya.



Melihat wajah Allah, Rabbulalamin.



Kerana Allah itu ada di mana-mana.



Jika seorang wanita cintakan suaminya, sudah tentu dia ingin melihat wajah suami dan mendekatinya. Demikian juga bagi seseorang hamba yang cintakan Allah, sudah tentu dia ingin melihatNya, sentiasa mendekatiNya, tanpa berpisah-pisah lagi.



Rasa bahagia itu terdapat pada cinta yang sejati. Dan cintakanlah Allah ada sumber kebahagian sejati, dan menjadi sumber kepada segala cinta. Justeru, wahai isteri, sebelum anda melihat suami anda, lihatlah Allah terlebih dahulu, sebagai tanda anda menyintaiNya.



Tidak ada cinta yang lebih tinggi nilainya, dan lebih luhur daripada mencintai Allah, cinta yang menjadi sumber kebahagian yang unggul dan adi, kebahagian yang sempurna kerana kebahagian yang merangkumi dunia dan akhriat.



Ia terukir dalam doa kita setiap hari, “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepada kami kebahagan dunia dan kebahagian akhirat dan jauhkanlah kami dari api neraka”.



Wahai sayang! Cintalah Allah terlebih dahulu sebelum anda mencintai yang lainnya. Dekatilah Allah terlebih dahulu sebelum anda mendekti yang lainnya.



Cintailah Allah sebelum anda mencintai suami anda. Cintailah Allah dalam mencintai suami anda. Lihatlah Allah dalam wajah suami anda. Niscaya anda akan menemui cinta sejati yang akan memberi kebahagian yang abadi kepada anda.



Ingatlah wahai sayang, tanda-tanda orang mencintai Allah itu sentiasa berzikir dengan khusyuk dan ikhlas kepada Allah. Itulah tandanya orang yang berdampingan dengan Allah, berada disisinya dalam keadaan reda dan meredai.



Seorang isteri yang mencintai Allah, dan patuh taat kepadaNya, bererti dia seorang isteri yang menaruh rasa cinta yang suci dan murni terhadap suaminya.



Seorang isteri yang cintakan Allah sudah tentu tidak rela untuk melakukan sesuatu yang boleh menyakiti hati suaminya, sesuatu yang boleh menyinggung perasaan suaminya yang dicintainya itu.



Dia mencintai suaminya dengan sepenuh hati dan jiwa raganya, kerana dia melihat Allah pada suaminya itu.



Ketika berada bersendirian, tanya-tanyalah diri sayang, adakah aku brenar-benar mencintai Allah?Adakah anda menaruh cinta palsu terahdap Allah, sebagaimana cinta seorang wanita terhadap seeorang lelaki, kerana harta kekayaannya?



Berlaku jujurlah, jangan menipu diri sendiri, kerana ada perbezaan yang ketara antara cinta palsu dan cinta sejati.



Andainya anda benar-benar mencintai Allah, maka sudah tentu anda mematuhi kepada segala perintahNya dan terus meninggalkan apa yang dilarangnya? Taat dan patuh itulah lambang keagungan cintakan Allah.



Tentulah anda tidak layak mendakwa, anda mencintai Allah, kiranya anda tidak mematuhi apa yang diperintahNya dan melanggari apa yang dilarangnya?



Demikian juga dengan suami anda, jika anda benar-benar mencintainya, maka sudah tentu anda menurut segala perintahnya dengan segala kerelaan hati dan keikhlaan, kecuali perintah yang bercanggah dengan perintah Allah.



Anda sebagai isteri, tidak rela mendua atau meniggakan suami anda, kerana ia merupakan perbuatan yagn tidak jujur dan terkutuk yang dilarang oleh Allah.



Suami anda adalah sebahagian daripada hidup anda, belahan jiwa anda, justeru mengkhianati suami anda bererti anda mengkhianati diri anda sendiri.



Anda tidak pernah menduakan Allah, kerana Allah Pencipta yang Maha Berkuasa yang tidak boleh diduakan. Menduakan Allah bererti menempah kebinasaan; menyebabkan putusnya tali hubnngan anda dengan Allah yang akan menghumbankan anda ke dalam neraka.



Anda tentu sedar bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang mengasihi anda dan hamba-hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anak-anaknya sendiri. Dia melindungi anda dengan payung rahmatNya, menyampaikan permohonan anda jika di pinta. Walaupun anda melupakanNya dan berlagak sombong kepadaNya.



Sesiapa isteri yang mencintai Allah, tapi tidak mencintai suaminya, maka cintainya adalah cinta palsu, cinta songsang yang menyempang dari jalan Allah.



Sesiapa isteri yang mencintai suaminya, tapi tidak mencintai Allah, maka cintainya itu adalah cinta palsu yang songsang dan menyempang dari jalan yang benar.



Seorang isteri yang benar-benar mencintai Allah, secara automatik, dia akan mencintai suaminya. Itulah jalannya dan itulah lorongnya yang menjadi ketentuan Allah untuk hamba-hambaNya yang beriman dan bertakwa.



Jangan jadi manusia munafik, mencintai Allah, tapi tidak mencintai suaminya, atau mencintai suami tapi tidak mencintai Allah.



Cinta terhadap suami, hanya dapat ditegak di atas cinta kepada Allah yang akan membuahkan kebahagian di dunia dan akhirat.



Oleh itu, lihatlah Allah sebelum melihat suami anda; dan cintailah Allah sebelum anda mencintai suami anda. Itulah dasar cinta yang utuh untuk menjamin kebahagian di dunia dan di akhirat.



Cinta rumahtangga anda adalah berdasarkan cinta kepada Allah yang menjadi tapak yang teguh, mencacak di bumi, menjulang angkasa yang tidak bergoyang walaupun dilanda ribut dan taufan yang membadai. Akarnya menjalar ke perut bumi, dan pucuknya mencecah langit menjulang rahmat Allah.



Lihat Allah sebelum pandang suami anda. Itulah letaknya keagungan cinta yang suci dan mulia, itulah yang menjadi segala cinta yang murni dari dunia menuju ke akhirat.



Itulah ia cinta kerana Allah.Keabadian cinta antara sepasang insan suami isteri yang dipintal cintanya oleh Allah.



Itulah nilai sebuah cinta yang benar antara suami dan isteri. Cinta yang berdasarkan iman dan takwa yang kekal sepanjang masa.



Wahai para isteri! Lihatlah Allah sebelum pandang suami anda. Cintalah Allah sebelum cintakan suami anda. Itulah rahsia kebahagian abadi.



xxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP